Thursday, August 26, 2010

Erti Bahagia

'bahagianya if dapat dating..' ;)

'bahagianya if dapat jumpa ibu..'

hurm,,itu bahagia yang diilhamkan oleh diri melalui tafsiran dari hati dan perasaan kita...tapi apa pula bahagia dalam erti kata yg sebenar? Masing-masing cuba mencari dan mencari apa itu bahagia...sudah menjadi fitrah yang lahir dari naluri setiap insan yang sentiasa menginginkan bahagia berharap bila bangun setiap pagi,,mengimpikan kebahagiaan itu akan hadir dalam diri..

Sukar untuk kita menilai erti kebahagiaan buat diri seseorang...Mungkin ada yang mengukur kebahagiaan dari segi material dan ada juga yang melihatnya dari aspek lain...

Andai diukir bahawa bahagia itu milik dia yang ketawa sepenuh hati,,lantas berbahagiakah si dia yang ketawanya diiringi syaitan durjana? Andai dinukil bahawa derita itu milik dia yang menangis,lantas menderitakah si dia yang menangis,merintih dan merayu di hadapan Pencipta-NYa?

Kadang-kala kita perlu reda, menerima sesuatu seadanya tanpa meminta lebih, barulah rasa bahagia itu datang...Yang penting, hati mesti sentiasa dekat dengan Tuhan, barulah jiwa kita akan tenang dan tenteram. Kita juga perlu lebih berfikiran terbuka dan berlapang dada dalam menerima sesuatu keadaan....

Jangan juga cuba mengukur kebahagiaan kita dengan kebahagiaan orang lain..Setiap orang ada sebab berbeza-beza yang membuatkan mereka bahagia...Oleh itu,,jangan sekali-kali menganggap kita akan bahagia jika jadi seperti mereka...Mungkin, seandainya benar-benar kita menjadi seperti mereka,,,tidak mustahil kita tetap tidak bahagia...

pEaCe!!

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan