Thursday, October 14, 2010

Senyum


Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Mesti semua orang tau lagu ni kan...rugilah siapa-siapa yang x tau...lagu ni masuk dalam kategori lagu patriotik...sejak Me kecik-kecik lagi Me dengar lagu ni....kiranya Me dibesarkan dalam alunan lagu ni...
ari ni rasa macam mo cerita pasal SENYUM... 

Ia sederhana, tapi dahsyat yang luar biasa. 
Ia kecil, tapi bermakna raksasa. 
Ia mudah, tapi sangat berharga.

Senyuman akan membuatkan badan kita sihat,,senyuman kita akan membuatkan emosi jadi tenang,,senyuman akan meredakan tekanan darah,,senyuman juga memancarkan aura peribadi,,senyuman akan mencairkan nafsu amarah orang lain,,senyuman akan membuka pintu rezeki,,senyuman akan menghindarkan sebarang penyakit...senyuman juga awet muda....banyak kebaekan senyum ni,,oleh itu,,,marilah kita sama-sama senyum...SENYUM TIGA!!! =)

Nabi SAW bersabda, “Senyum kepada saudaramu adalah sedekah.” (HR At-Tirmidzi)

Sumber dari wikipedia pula menyatakan semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit)...senyum mampu mengubah mood kita...dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback)...Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'...menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman....

Apa itu senyum sebenar dan senyuman palsu...? Senyuman sebenar terhasil daripada rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut,,malahan juga otot di bahagian pipi dan mata...senyuman palsu pula hanya melibatkan otot di sekitar mulut...hurm,,, rasanya kita masing-masing pun dapat membezakan antara dua senyuman ini kan...?

p/s : Nabi Muhamad SAW juga menyarankan agar kita sentiasa senyum...so,, senyumlah selalu...=)

pEaCe!!

3 comments:

Follow me @munirah_izzan