Monday, October 25, 2010

~SYURGA~ ~ADIL~

Siapa yang x mengimpikan syurga.... rasanya semua manusia yang hidup di muka bumi Allah ni menyimpan angan-angan untuk masuk syurga... namun layakkah kita?

'sy masuk syurga...ada tanda-tanda yang sy akan masuk syurga...sebab sy baek...sy selalu tolong orang....'


hurm,, begitu yakin kata-kata yang dilafazkan... betulkah kita layak? sedangkan umat zaman Nabi Muhamad SAW,, yang berjuang dan berjihad di sisi Nabi Muhamad SAW pun berasa ragu-ragu akan mencium bau syurga...apalagi kita umat akhir zaman yang sering leka dengan keseronokan duniawi... yang sering mendahulukan urusan dunia dari urusan dengan Allah sedangkan kita hanya dipinjamkan masa yang sedikit untuk bersama-NYA... tetapi yang dikejar tetap apa yang akan ditinggalkan...faham bah kan...means,, kebendaan yang kita kumpul tu hanya sementara ja...bukan boleh dibawa ke kubur....

untuk ke syurga bukannya dinilai dari berapa banyak harta yang diperolehi...yang dinilai adalah dari amal yang kita lakukan sepanjang hidup kita...sepanjang kita berkesempatan menghirup udara yang Allah kurniakan....

Tuhanku,,
Aku tak layak masuk syurga-MU...
namun tak upaya,,
Menghadapi api neraka-MU..

kita tidak layak untuk menentukan sama ada amalan kita diterima atau tidak...hanya Allah yang mengetahui berapa ikhlasnya kita ketika sujud pada-NYA,, berapa ikhlasnya kita ketika memohon keampunan dari-NYA...



'Kamu rasa Tuhan itu adil? tidak!! Tuhan itu tidak adil... kalau Tuhan itu adil,, kamu minta jadi kaya,, Tuhan akan bagi...'


kata-kata apa ini??! mempersoalkan sama ada Tuhan itu adil atau tidak? sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang punya akal fikiran....

adakah kita berasa diri kita adil dengan Tuhan? Tuhan kurniakan kita hidup untuk berusaha mencapai apa yang kita impikan... if setakat kita berdoa dan berharap akan dikurniakan sesuatu tanpa usaha,, tidakkah itu mengajar kita untuk menjadi manusia yang malas? yang lemah? 

ISLAM mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk menjadikan mata pencarian sumber rezekinya dan menghasilkan pendapatan itu bagi menyara hidupnya...Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah...apalagi jika kita hanya berdoa tanpa usaha,, menadah tangan pada Allah agar dikurniakan rezeki...tidakkah kita berasa malu? Allah telah membuka jalan dan memberi kemudahan hidup untuk kita mencari rezeki yang halal bagi menyara hidup...

so,, gunakan sebaek-baeknya peluang itu... dan jangan sekali-kali persoalkan samada Tuhan itu adil atau tidak kerana kita sebagai umat Islam wajib tahu yang Maha Adil itu adalah salah satu dari sifat Allah..

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram ...!
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???

WALLAHHUALLAM


p/s : berhati-hati dalam berkata...berfikir sebelum meluahkan sesuatu...kerana takut, kata-kata yg dilafaz itu memesongkan iman kita... 

pEaCe!!




No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan