Tuesday, January 18, 2011

# Lelaki # Life

Gangguan Seksual

Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance):

Gangguan seksual yang berbentuk ugutan (sexual coercion)

Memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.

Gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi (sexual annoyance)

Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.
Adalah penting ditekankan bahawa gangguan seksual bermakna tingkahlaku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satu kelakuan seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik oleh penerima.

Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual

Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

gangguan secara lisan:
contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan     seksual.

gangguan secara isyarat/bukan lisan:
contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

gangguan visual :
contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

gangguan psikologi:
contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

gangguan fizikal:
contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.


sumber : tunjulia.com

Nak tau macamana cara untuk mengatasi,, sila rujuk sumber... ^^

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

me pun pernah mengalami gangguan-gangguan macam ni...mungkin ada yang menganggap perkara ni sekadar maenan ataupun gurauan but me x suka the kind of joke yang menjurus kepada kata-kata yang tidak senonoh... menyentuh hal-hal yang melibatkan 'cerita dalam kelambu'... so annoying...even me ni BUJANG (ok! saja gedik nak highlight...hahahaha) me pun tau juga sikit sal perkataan-perkataan yang lebey kepada gangguan seks...

'bolehlah saya tengok kamu bogel...' pas tu ketawa...arghhh! sikap apa macam tu..? bukan itu saja but banyak lagi...x hormat langsung pada kita..macamlah me suka sangat ngan lawak lucah yang dia buat...isk!!



No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan