Monday, February 28, 2011

KATEK MAHU REVIEW BLOG!!

4:25 PM 4 Comments

Assalamualaikum semua...

Selama 3 ari rehat dari menconteng di blog yang dah agak-agak nak bersawang ni,, rasa rindu sangat...hehehe...but 1st update untuk hari ni nak jadi peserta dalam Puteri Katek punya review blog...suka-suka... :excited
Saja nak bagi orang kenal blog picisan ni...huhuhu... maklumlah,, newbie sesangat lagi dalam blog world ni...orang x tau pun yang me ni wujud...uhuk!

Panjang pula melalut,, sowi-sowi...Puteri Katek suh letak header dia dalam entry,, dah letak... Link ke entry,, dah link (sila klik pic header kat atas tu ea...) Dah letak tajuk entry seperti dalam syarat...

Cerita sikit pasal blog...huk!! Yang ni pula me xda idea sangat...hurm,, apapun,, blog me ni bertemakan caler merah, putih & hitam...Mula berblog sejak 6 bulan yang lalu...Cerita dalam blog ni semua umum...TIDAK dibataskan kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja...

Cukupkah tu ar??! 

Thursday, February 24, 2011

Kenapa Saya Suka SitiSafiyyah Punya Contest

9:16 PM 12 Comments
Nak join contest SS lah pulak malam ni...huhuhu...11:59pm nak tutup dah...xpe ar last minit...semangat nak join even idea xda sangat...

Alkisahnya bermula,,


Snow White   : Kanda,, kanda...

Hang Tuah     : Ya dinda?

Snow White    : I think that Bawang Putih also having an affair with Sultan..

Hang Tuah sedikit terkejut namun dia cuba untuk tidak menunjukkan riak itu kepada isterinya...

Hang Tuah       : Kenapa dinda cakap macam tu pula?

Snow White      : Last night i saw them talking to each other...

Hang Tuah       : Laaa...berbual kosong je tu...Dinda janganlah fikir yang bukan-bukan...

Snow White      : But kanda,,,

Hang Tuah        : Dinda,, tak baek berburuk sangka dengan orang...Ianya boleh menjurus kepada fitnah...Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh...Kanda pernah bagitau dinda pasal tu kan?

Snow White tunduk sambil berbisik kecil... Hang Tuah tersenyum mendengar bisikan halus Snow White...

Hang Tuah        : Dinda nak dengar satu cerita tak?

Snow White angguk sambil membetulkan duduknya... Hang Tuah tersenyum... 'Masih banyak yang harus kau pelajari di sini wahai isteriku...' bisik hati kecil Hang Tuah..

 Hang Tuah       : Pada zaman dahulu,, ada seorang gadis bernama SitiSafiyyah yang amat diminati oleh 3 sekawan iaitu AbdulFarique, Redzuan-Ridz dan Mr. Kerro. Walaupun mereka bertiga berkawan baek namun mereka bersaing secara sihat untuk mendapatkan SitiSafiyyah. 

Bagi diri SitiSafiyyah pula, dia berasa amat hairan kenapa mereka beriya-iya mahu mendekatinya padahal dia taklah secantik Puteri Hang Li Po atau semanis Mahsuri. Maka disuarakan rasa hatinya pada CL. Tiba-tiba CL dengan penuh yakin berkata 'Bulan lepas aku ada nampak mereka bertiga kat tepi Sungai Lui tengah bergelak ketawa.. macam ada sesuatu.. aku rasalahkan,, mereka bukannya serius nakkan kau...mesti mereka betting untuk tu...'

SitiSafiyyah yang termakan kata-kata CL tu mula berasa amat kecewa. Tak semena-mena airmata mula membasahi pipinya yang mulus. 
Tiba-tiba Hang Tuah terdengar sedu isterinya... 'laa,, sedey sangat ke cerita aku ni?'

Snow White     : They are so bad. Why did they do like that? Poor SitiSafiyyah...

Hang Tuah garu kepala. 

Hang Tuah       : Dinda nak kanda teruskan ke?

Snow White      : Yes.. I wanna know what happen to those bad guys..

Hang Tuah       : Sejak malam CL bagitau benda tu kat SitiSafiyyah, dia langsung tak pedulikan mamat bertiga tu lagi. Pada mulanya hanya AbdulFarique dan Redzuan-Ridz saja yang perasankan hal tu. Biasalah Mr. Kerro ni memang jenis lampi sikit. Setelah mereka bertiga berbincang,, mereka ambil keputusan untuk bertentang 8 mata dengan SitiSafiyyah.
Pada 24 Februari 2011, tepat jam 12:00 tengahari bertempat di Cafe BCR, satu perjumpaan telah diatur. Mr. Kerro mengajukan soalan direct to the point bila melihat AbdulFarique dan Redzuan-Ridz diam. SitiSafiyyah yang telah mengagak bahawa itulah tujuan perjumpaan itu juga langsung tidak berselindung dan terus menceritakan apa yang telah diberitahu oleh CL tempoh hari. Tiada satu pun yang tertinggal dan tiada satu pun yang ditambah hatta satu perkataan pun.

Mendengarkan jawapan SitiSafiyyah, AbdulFarique menggepal penumbuk, Redzuan-Ridz pula cuba menyabarkan Mr. Kerro yang menghantuk-hantukkan kepalanya di meja. SitiSafiyyah jadi gerun melihat mereka. Ketika dia hendak bangun, Redzuan-Ridz menahannya. 'Awak perlu tau hal sebenar...' 

'Awak dan CL dah salah faham. Kami langsung xda niat macam tu. Apa yang CL nampak hari tu bukan seperti yang dia dan awak sangkakan...kami hanya bergembira kerana diterima bekerja sebagai pelayan di Cafe BCR cawangan 1...ianya langsung xda kena mengena dengan awak..percayalah~~' AbdulFarique dan Mr. Kerro mengangguk mengiyakan kata-kata Redzuan-Ridz.

Berkerut seribu dahi SitiSafiyyah memikirkan kemungkinan itu. 'Betul??' Mereka bertiga mengangguk serentak. 'Baiklah. Saya percayakan kamu. Dan saya juga minta maaf atas salah faham yang berlaku ni...' AbdulFarique, Redzuan-Ridz dan Mr. Kerro akhirnya melompat keriangan. 

Ternyata AbdulFarique, Redzuan-Ridz dan Mr. Kerro tidaklah seperti yang SitiSafiyyah bayangkan.

Snow White     : So,, they are not the bad person?

Hang Tuah       : Bukan. 

Snow White      : But...

Hang Tuah       : Sebab tu kita tak boleh tuduh orang tanpa mendengar penjelasan orang tu dulu... Dinda faham tak apa yang cuba disampaikan dalam cerita ni?

Snow White      : Yes! I think i'm fully understand... thanks so much Kanda...

Hang Tuah senyum.

Snow White      : But kanda,, which of them married SitiSafiyyah?

Hang Tuah        : Tiada siapa yang tahu dinda... 


~The End~

------------------------------------------------------
arr!! SS,, xda idea sangat untuk contest ni...harap diterima yaa penyertaan last minit ni... :)

Tag :: Syuwai :: Lani :: Artiq :: (sowi geng!! last minit punya cerita...huhuhu..)




Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

2:50 PM 7 Comments
Thanks to SitiSafiyyah coz tag me...xlah cantik mana pun blog me ni...biasa-biasa jak...segan jugak nak join but apa salahnya kan...join jak lah...ngee~

Syarat-syarat (me copy sejibik dari blog SS coz dia pun copy sejibik dari blog Luncai):

1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011 :: Done ::
2.Letak Header Hikayat Si Luncai - :: Done ::
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan) - :: Done ::
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)
 
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni - :: Done ::
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM


settle kan? ngee~ bagi sesiapa yang berminat nak join,, just klik pic header luncai kat atas tu yaa... :)

CONTEST gambar muka sedih paling menarik

9:42 AM 5 Comments

Morning all...pepagi ni amik masa nak update blog dengan join contest ni...actually,,xda pun pic yang melambangkan me ni tengah sedey...hehehe...dah sedey memang langsung xda mood nak snap-snap pic ni...apapun,, jumpa satu pic ni kat lappy...tatau ar ni muka sedey or what...hahaha...before me tunjukkan pic tu,, intai sikit syarat-syarat dari tuan tanah...

1. Kena jadi follower tuan tanah :: Done :: 680 ::

2. Buat entry dengan tajuk "CONTEST gambar muka sedih paling menarik " & banner contest wajib ada :: Done ::

3. Letak banner contest kat sidebar :: Done :: 

4. Link kan entry contest korang kat comment entry nie. :: Done ::

5. Tag 3 orang aktif blogger. :: Jejaka Terhangat :: SitiSafiyyah :: Aisha Inani ::
Dan pic yang dipertaruhkan adalah ....


Pic ni my lil brother yang amik...x pasan pun masa dia snap...tiba-tiba jak dia gelak sorang-sorang kat seat belakang...ngee~ xlah sedey sangat kut...hakhak...

p/s : thanks for tagging syuwai...:)

Wednesday, February 23, 2011

~Semakin Mencintai~

8:06 PM 9 Comments
sepanjang hampir 6 bulan me berblogging,, macam-macam ragam bloggers yang me nampak...ada yang macam tu,, ada yang macam ni...ada yang lurus,, ada yang senget... ada yang bulat x kurang juga yang bersegi-segi...hehehe...me bersyukur kerana dapat peluang untuk melihat semua itu...

rasa untuk terus menconteng dan berceloteh di dunia blog ni semakin menjadi-jadi...even ada yang +ve dan ada jugak yang -ve... semuanya me terima dengan hati yang sepenuhnya terbuka... anggap saja sebagai panduan di kemudian hari... tapi me amik yang baek-baek saja tau...ngee~

paling best,, me dapat ramai kawan-kawan baru...and the most sweetest thing is semuanya sporting dan sempoi...banyak bagi nasihat dan pandangan untuk terus maju ke depan..lebiu all!! 

banyak ilmu yang me perolehi sejak mula berblogging...dulu dunia maya me hanya dengan facebook...tapi semakin lama semakin hilang semangat untuk terus berfacebook...inilah manusiakan...habis manis sepah dibuang...dapat yang baru,, yang lama dilupakan..ok! jangan amalkan...x baek untuk kesihatan,...


Monday, February 21, 2011

Doodal's DiaLoguE COntest

10:34 PM 7 Comments
Dari ari tu lagi bercita-cita nak join contest tapi xda idea...but malam ni adalah idea kuar sikit...nak join contest cakap-cakap Doodal...sesapa nak join sila klik SINI yaa... :)

Picture 1...
klik pic untuk tumbesaran...

Picture 2....

Klik pic untuk tumbesaran...

Picture 3....

Klik pic untuk tumbesaran...

Tag :: NazirulHazwan :: mia :: lani :: yaya ::


Hadiah:
Top best Dialog Winner: RM50 (ke dalam akaun bank korang atau top up..)
Doodal's Dialog Favourite : RM 10 (2 orang pemenang..)


Sunday, February 20, 2011

Pemenang 1st GA Pearl by mOoN

12:00 PM 20 Comments
Akhirnya tiba jugak ari ni...hukhukhuk...me pun cuak menunggu cik abg bagi keputusan...dapat jek terus buat entry ni...tahniah kepada para pemenang yaa...:)


Pemenang Pertama

Nur Aisya Humaira

Pemenang Kedua
wHite RosE

Pemenang Ketiga
ikaavie

 Pemenang Keempat(Hadiah ditambah kerana penyertaan melebihi 75 penyertaan..) 

Pemenang Hadiah Misteri

Shida
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang...sila emailkan Nama, No. Handphone dan Alamat ke email ierah86@gmail.com untuk urusan penghantaran hadiah...:)

Friday, February 18, 2011

Menghidupkan Malam

5:05 PM 1 Comments
Hadith:

DARI  Abdullah r.a katanya:"Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya."

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith: 

1. Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

2. Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

3. Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, February 16, 2011

Baju Kurung Menyusahkan?!

3:24 PM 21 Comments
entry ni ditype masa mood tengah geram sesangat....

'bolehkah kami dikecualikan dari pakai baju kurung pada hari isnin..sebab baju kurung ni menyusahkanlah...'

boleh macam tu?! nasib baek hari isnin jek...bersyukurlah nak...if kena pakai hari-hari mau budak ni nanges kut...terfikir jugak part mana baju kurung ni menyusahkan...

menyusahkan sebab x dapat nak menunjuk-nunjuk body yang bajet cam gitar tu ke? eleh,,, tunggulah 10 tahun akan datang,, ada lagi x body cam tu...

kata belajar tinggi-tinggi but fikir cam budak sekolah rendah...rules dah macam tu,, follow jak lah...xyah nak persoalkan lagi...dah diberi macam-macam kemudahan but nak ikut rules yang senang cam tu pun berat sangat...agak-agaklah dik...

nampak kampung sangat ke pakai baju kurung tu? if malu nak pakai fesyen yang biasa-biasa,, g beli baju kurung kat butik nun...belilah yang harga seribu dua...baru naek sikit saham tu... tanda harga tu x yah bukak...tau lah orang yang baju tu mahal... x faham betul cara budak-budak berpelajaran tinggi ni berfikir...but bukan semualah ea...kepada sesiapa yang berkenaan ar...

samalah dalam cerita ni... 1st Floor lagi baek dari 18th Floor ....

p/s : jangan sempitkan fikiran yang memang sempit tu...bukak sikit...


Tuesday, February 15, 2011

Penyertaan Untuk GA Di Tutup Dengan Rasminya

12:00 AM 5 Comments
Ini adalah entry auto-post...

Dengan ini diumumkan bahawa penyertaan untuk 1st GA Pearl by mOoN telah ditutup...segala penyertaan yang masuk selepas jam 11:59pm, 14 February akan ditolak dengan serta merta tanpa sebarang tolak ansur...segala urusan surat menyurat dan komen-komen rayuan tidak akan dilayan...<--- tegaslah sangat kan...but what to do...rules is rules dear...^^

Good luck buat semua peserta...terima kasih kerana sudi turut serta dalam my 1st GA ni...terima kasih juga buat mereka yang memberikan sokongan pada me...x sangka jugak dapat sambutan yang amat menggalakkan...lebiu all!!! muaaahhx!!

Pemenang akan diumumkan pada 20 February 2011...tungguuuuu!!!

p/s : oleh kerana sedikit busy,, ada lagi senarai peserta yg belum dimasukkan...don worry...u all boleh cek senarai penuh peserta pada hari Khamis...

Monday, February 14, 2011

1st GA Pearl By mOoN

11:59 PM 119 Comments
*STICKY POST* scroll ke bawah untk entry baru... ^^


My first GA as a blogger...

apa yang perlu anda buat :

1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,
  • sebab kenapa anda join GA ni..
  • antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...
2. Letak banner kat atas *yg ntah apa-apa tu dan tajuk 1st GA Pearl by mOoN dan linkkan ke entry ini...


3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...

4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tau...HARUS!! x boleh nak malas-malas...hehehe...untuk 1st ni nak tag,, Syuwai, mia, shara


3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah...

Tarikh akhir menghantar penyertaan : 

14 February 2011 (Isnin)

tinggalkan link URL anda kat entry ni ea...:)

Friday, February 11, 2011

Lagenda Fairytales : Hari Kekasih...

10:40 AM 12 Comments
Snow White   : Kanda,, Kanda...next Monday is 14th of February...

Hang Tuah    : Habis tu,, xkanlah 15hb pulak...

Snow White x pedulikan sindiran Hang Tuah....

Snow White   : So,, you remember that date? (teruja)

Hang Tuah    : Mestilah...hari Isnin kan? 

Hang Tuah masih bersikap acuh x acuh dengan isterinya...padahal dalam kepala ligat memikirkan ada apa dengan 14 Februari tu...

Snow White   : Isk kanda ni...be serious okay!

Hang Tuah    : Yalah..yalah...ada apa dengan 14 Februari tu..?

Snow White  : It's Valentine Days!!! (Snow White siap tepuk tangan sebab happy..)

Hang Tuah garu kepala...'errr, binatang apa pulak tu..?'

Snow White  : Valentine Days in malay is Hari Kekasih...

Hang Tuah   : Hari Kekasih? x pernah dengar pun...Hari Raya selalulah dengar...

Snow White  : That's why i wanna tell you bout it...it's the day where couple exchange present with their loving one...

Hang Tuah   : Jadi? Dinda nak hadiahlah ni?

Snow White dengan pantas mengangguk...

Hang Tuah   : Apa kata kita tunggu Hari Suami Isteri dulu baru Kanda bagi Dinda hadiah...boleh?

Snow White dah mula buat muka nak merajuk...

Hang Tuah   : Dinda,, kita ni kan umat Islam...benda-benda macam tu x baek untuk kesihatan rohani kita...pegi pinjam laptop and broadband Puteri Gunung Ledang...kita search pasal Valentine ni kat Google...



Thursday, February 10, 2011

Cabutan Bertuah Blog Peja!

12:35 PM 2 Comments
Assalamualaikum semua...

Tadi blogwalking kat blog Asyik MaiBurogu,, maka terbacalah me satu entry mengenai keputusan Cabutan Bertuah Blog Peja... agak excited nak tau sape menang coz me salah sorang peserta....terjah!!!!

and x sangka dat i'm one of the lucky winner...hehehe...excited * 6 dah ni...menang no 3 tuuu...bukan senang nak menang...lebih 190 blog yang join cabutan ni...alhamdulillah...rezeki hari khamis...


nak tau lebih lanjut sal penganjur,, sila jenguk blog beliau di http://pejasukri.blogspot.com ... macam-macam ada...jangan memalu...tuan tanah sorang yang peramah... :)

Wednesday, February 9, 2011

Jom Trace No. Handphone Pasangan Masing-Masing

12:49 PM 21 Comments
Mobile Phone Tracking menyediakan satu kemudahan di mana kita boleh trace kedudukan seseorang hanya dengan memasukkan no. handphone mereka...nak cari boyfriend anda? nak cari girlfriend anda? manalah tau ada kat tempat-tempat yang x sepatutnya kan...huhuhu..blh spy dari jauh...nak trace kawan-kawan lama pon boleh... :))

*dapat info ni from Nadia... 

Tua Mengejar kita...

11:34 AM 1 Comments
Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu
 

lagu ni owez mengingatkan me tentang sesuatu...huhuhu...syukur masih diberi peluang untuk menghembus nafas hari ini...

Tuesday, February 8, 2011

24 + 1 = aku

2:22 PM 5 Comments
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you its because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

ditag oleh en.gaung.. selalu baca entry orang laen jak sal benda ni tapi bila dah kena tag langsung hilang idea nak type...hehehe...apa yang perlu me btau ea?


1. Nama Munirah Mohamad Izzan..
2. Anak sulung dari 5 beradik...
3. Tarikh lahir 31 Disember 1986..
4. Berbadan kecil berbanding adik beradik yang laen...diorang semua tinggi-tinggi wooo...
5. asal Ranau, Sabah...
6. me suka makan nasi goreng ayam + kicap...
7. skang ni sedang blur tatau nak type apa...huhuhu...
8. bekerja di salah satu IPTA di Sabah...
9. sorang yang perahsia...ngeee~ betullah tu...
10. suka kumpul perfume...dah banyak dalam koleksi...tapi perfume yang paling me suka is Fancy Love by Jessica Simpson, Lucious Pink by Mariah Carey and Still by J.Lo...
11. Kadang-kadang me boleh jadi sorang yang keras kepala...
12. Sangat bermasalah masa pilih hadiah...huhuhu...
13. Bukan jenis pilih bulu dalam berkawan...
14. sangat x suka dengan kawan jenis back stabbers!!!
15. dapat nama mOoN ni masa masuk sekolah asrama...before semua panggil irah jak...:)
16. if en.gaung suka baca politik Malaysia,, me pula semakin boring dengan ragam politik yang macam-macam skang ni...
17. selama blogging xpenah lagi dapat BE...huhuhu...bila nak dapat agaknya...
18. DotCom ni adalah GA dari Kak Sumijelly...huhuhu...if bukan kerana hadiah ni,, me still guna .blogspot...
19. even me tinggal kat Ranau,, me belum penah sekali pun mendaki Gunung Kinabalu... arrr...
20. salah seorang peminat kelab EPL,, Liverpool...
21. geram ngan keputusan Torres pindah ke Chealsea...
22. sangat addict dengan benda-benda berwarna MERAH...
23. menyimpan niat untuk sambung study lagi...
24. Peminat novel dan suka menulis cerpen...
25. deeply in love with blogging...


wah,, mesti nak tag 25 orang ke? if tag sikit jek x blh ea? ngeee~



Bunuh Diri Dalam Mesin Basuh...

10:20 AM 5 Comments
semalam me sampai umah around 10:30pm...semangat ni nak basuh baju even letih kat ofis...yalah,, yang basuh bukan me pon...mesin yang basuhkan..me masukkan jek...ngee~

kuarkan semua baju-baju yang x sempat nak cuci kat kampung masuk dalam baldi...selesai semua, ngan penuh semangat la menuju ke mesin basuh...bukak jak tutup mesin tu,, Ya ALLAH.. bau yang sangat busuk tiba-tiba jak memenuhi rongga hidung me yang x berapa nak mancung ni...ades!!

ada makhluk berbulu yang x comel bunuh diri dalam mesin basuh...aiyak...macamanalah tikus boleh masuk dalam ni? heran jugak me...mouse protector dah pasang kat mesin tu... celah mana pulak dia masuk?puas me belek-belek mesin tu semalam cari mana tempat tikus tu boleh menyelit tapi x jumpa pun... isk!! misteri betullah tikus ni...

Monday, February 7, 2011

1st Floor lagi baek dari 18th Floor

9:25 PM 4 Comments
Assalamualaikum semua... wahh,, memang rindu banget ngan blog ni...4 ari cuti keja 4 ari jugak cuti blogging...bukan apa,, sangat busy kat kampung...sian ar kat parents if me balik but duduk depan lappy jak...huhuhu...

ada jugak try curi-curi masa but line x ok arr...lagi lambat dari siput b**i gerak...huhuhu...asal me balik kampung jek mesti line x ok...jeles ngan me ar tu... :p

ari sabtu ari tu majlis bercukur anak buah me..tu la pasal busy memanjang...huhuhu...miss dear Rayyan oredi...arrr!!

pas balik dari bercuti ni,, 1st masuk keja memang x semangat langsung...bukan apa,, ada certain people tu yang suka patahkan semangat orang nak keja...geram betol me...rasa cam nak marah pun ada jugak ni...

tambah-tambah lagi ada student yang berlagak giler...mentang-mentanglah me belajar setakat 1st floor jak...ingat me tatau cakap BI lah tu...bantailah korang cakap BI ngan me...if kena ngan mood masa me nak menjawab,, siaplah korang..nasib baek ar me xda mood sangat ari ni...baru belajar nak hidup dah berlagak cam pegawai gred 41...x pasan ke yang duit still family yang hulur?!

if nak minta tolong tu,, pleaselah cakap baek-baek...dah lah cakap bahasa asing pas tu siap ngan intonasi x puas ati pulak...agak-agaklah...kata belajar tingkat 18,, xkan printer pun tatau nak guna kut...me boleh lagi consider if u ask properly...isk!

macam ni kut peragai bakal-bakal pemimpin negara masa depan...x berani nak imagine what will happen...

Lagi Senarai Peserta GA...:)

5:30 PM 0 Comments
Senarai Pertama dan Senarai Kedua ... bagi yang telah menghantar penyertaan sila pastikan nama anda ada yaa...tinggal lagi 2 minggu (14 Februari 2011 ) sebelum penyertaan GA ni ditutup...bagi mereka yang belum dan mahu join sila klik sini...

55. una
56. Shag
57. Haruna Shikano 
58. Miza Yusof 
59. izzatul hazwani 
60. AkmaFaizal  
61. Ms sunsWeetz 
62. nanakimie
63. nadiah
64. rossoneri
65. ieta azri [PUTERA2PUTERI]
66. white rose
67. Lyana
68. wifenavy
69. nina moleyy 
70. puan tria yuzi
71. yaya 
72. my shaizhar
73. nadratul
74. Arol
75. Hawa Dmanja
76. nazpunyerblog
77. cikanna

78. Aliff Haikal
79. Miss D'ya
80. MrsMeen
81. rafolian
82. Mimie AddNin 
83. Ayin 
84. wawa
85. z.u.n.a.i.d.a
86. mariah_smile
87. LyNn'Azlina
88. Cik Dya
89. Raudhah
90. Atiqah Roxane
91. ikaavie
92. Soly Solicious
93. cikpuanhady
94. Huda
95. Alyani Amran
96. Mak Izz
97. kakyong
98. Mama Zharfan
99. Fadzillah Kamarudin

semua penyertaan selepas ini akan dimasukkan dalam senarai peserta yang ketiga ni...

Pemenang akan diumumkan pada 20 Februari 2011 .... 

p/s : Hadiah mungkin akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 75 orang...^^

[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!

3:59 PM 4 Comments
jom ramai2 pakat join contest Jejaka Terhangat ni...klik banner kat atas untuk syarat penyertaan...senang jak...x susah pon...sila jangan malu2 tau...hadiah best tu...:)

me nak join contest anjuran Jejaka Terhangat ni sebab me mau menang henpon e-Touch 212 Pro... ngee~ xde lagi henpon ni dalam koleksi...cehhh,, pasan pulak jap...cam banyak sangat henpon...:p




sebab JT dah banyak support me,, jadi me pun akan support contest hangat JT ni.... *disebalik tu,, me tetap nak henpon tu...hehehe...


tag :

Tuesday, February 1, 2011

Apa Yang Lebih Teruk Dari Itu?!

8:14 PM 8 Comments
Last day was a worse day for me...huhuhu...nanges whole night and can't sleep well...apa yang lebih teruk when u 'lost' more than RM2k in 1 night..? argghhh!!

Semalam try kuarkan duit dari akaun Bank *****t kat ATM Machine ***B but transaksi failed...so terpaksa balik umah dengan penuh kekecewaan...huhuhu...tapi bila me cek my akaun on9,, duit sudah didebitkan dari akaun..Ya Allah!! bukan sikit tuu...

But atas nasihat cik abg,, offismate and Fariq,, me dengan penuh semangat kuar pg bank ari ni...mesti kena settlekan juga...and alhamdulillah...semua settle dengan baek...ada masalah dengan MEPS...


And skang ni trauma sikit nak cucuk dari bank laen from my akaun...huhu... 

p/s : thanks u all...muahhx!

Follow me @munirah_izzan