Thursday, March 24, 2011

# Agama # Al-Islam

3 Kelompok Manusia

Assalamualaikum...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda, yang maksudnya, "Pada hari kiamat kelak, manusia dikumpulkan dalam tiga kelompok, yakni kelompok yang berjalan kaki, kelompok yang menunggang kuda dan kelompok yang berjalan dengan mukanya."

Lalu Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana mereka yang berjalan di atas muka sendiri?"

Jawab Baginda, "Sesungguhnya Zat yang menjalankan mereka di atas telapak kaki tentu berkuasa menjalankan mereka di atas muka sendiri dan mereka boleh melakukannya tanpa sebarang masalah."

Maksud hadis ini ialah, kelompok yang berjalan kaki adalah orang mukmin yang berbuat dosa. Kelompok yang menunggang kuda adalah orang mukmin yang bertakwa dan tidak pernah berasa susah hati serta ketakutan. Sementara yang berjalan di atas muka sendiri adalah orang-orang yang kafir.

Sharing is caring...renung-renungkan dan selamat beramal~ ^^

3 comments:

  1. makaseh sharing..hehe ;)

    tazkirah pepagi ni ^^

    ReplyDelete
  2. harap kite tergolong dalam mereka yg berkuda tu..amin..

    eh eh moon dah tuka template ke? cantik..still kekalkan warna feveret moon eh? ;p


    psstt : Remaja dan Sayang??

    ReplyDelete
  3. @Siti Safiyyah:

    insyaALLAH SS ... amin...

    yup..hehehe...baru 4 hari...fav color mesti kekal...baru semangat tinggi nak update... ;)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan