Wednesday, March 23, 2011

# Agama # Al-Islam

Hamba ALLAH Yang Sebenar

Assalamualaikum semua... ^^

Pada suatu hari, Wahab bin Munabih memimpin Ibnu Abbas r.a. yang telah tua dan kehilangan penglihatannya ke Masjidilharam. Sampai di sana, Ibnu Abbas r.a. mendengar beberapa orang sedang berbual-bual dengan suara yang lantang. Lalu dia meminta supaya dibawakan ke hadapan mereka yang sedang berbual itu.

Selepas memberi salam, Ibnu Abbas pun berkata, "Izinkanlah aku menceritakan perihal hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya menggunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana selalu memuji Allah, maka mereka tidak dapat memperkatakan yang sedemikian rupa (berbual kosong dengan suara yang kuat), lalu mereka bersegera (bercakap dan melakukan) ke arah kebaikan. Mengapakah kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini?"

Wahab bin Munabih berkata, "Selepas peristiwa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidilharam (untuk berbual-bual kosong, apalagi bertengkar)."
sumber : Al-Islam Januari 2010

Hurm,, tidak me nafikan,, dulu me pun selalu juga cerita pasal keduniaan masa kat surau...manusia ni kalau x ditegur memang x berhenti cakap...huhuhu..and after ditegur oleh sorang ustazah tu, rasa bersalah pula...yelah,, penceramah iya2 berceramah sal agama kat depan but kita kat belakang cerita hal lain...x baek betul perangai tu kan...huhuhu...

But skang kadang-kadang rasa berat hati nak dengar ceramah lagi...bukan apa,, yang diselitkan tu lebih banyak politik dari pengajaran...dah lah me ni agak kurang 'bersemangat' nak dengar hujah-hujah politik...

Apapun,, sharing is caring...mana yang baik kita amik sebagai pengajaran...mana yang kurang elok jauhilah...


2 comments:

  1. :)

    kadang kadang

    kita perlu belajar kembali
    mata pelajaran "akhlak"

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan