Tuesday, March 15, 2011

Mari Membaca

Assalamualaikum semua..

Firman ALLAH s.w.t.: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta manusia dari segumpal darah, bacalah dan Tuhan kamu yang paling pemurah, yang mengajar manusia dengan pena, Dia mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu." Surah Al-Alaq : 1-5.

Begitulah hebatnya amalan membaca sehingga wahyu pertama mengajak kita supaya membaca. Hasil daripada pembacaan akan menghapuskan kejahilan dan mendekatkan seseorang itu kepada keredhaan ALLAH s.w.t. Membaca itu jambatan ilmu, melalui pembacaan, kita memperoleh sweibu satu jenis pengetahuan. Manakala ilmu pula diperlukan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Perlu diingat bahawa budaya membaca itu mesti atas nama ALLAH, sesuatu yang bileh merapatkan diri kita kepada ALLAH. Maka marilah kita jadikan membaca itu budaya hidup kita..

sumber : Al Islam Mac 2011
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan