Wednesday, March 2, 2011

# Agama # Al-Islam

Selamat Sejahtera Keatas Kamu

Assalamualaikum semua...

Baca yang ni pula...

Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para sahabat supaya melakukan suatu amalan yang jika diamalkan, timbul rasa kasih dan sayang di antara mereka. Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apakah amalan tersebut. Baginda menjawab : "Sebarkanlah salam antara kamu."


Antara adab-adab salam ialah orang muda memberi salam pada orang tua, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, orang yang menaiki kenderaan kepada orang yang berjalan kaki dan kumpulan yang kecil kepada kumpulan yang ramai.

Adalah tidak sepatutnya kita hanya menunggu orang lain untuk memberi salam kepada kita. Sebaliknya, kita yang patut merebut peluang untuk memberi salam. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barang siapa yang memulakan memberi salam, maka dia adalah lebih utama di sisi Allah dan Rasul-Nya."-Hadis riwayat Ahmad

Sumber : Al Islam Februari 2011

1 comment:

  1. lme tak nampak moon... hehehe... nice, entri neh membuatkan sy terfikir sebentar.. dan sepatutnya tak perlu kita menungu orang memberi salam dulu.

    entry terkini:diskaun saman trafik dilanjut

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan