Wednesday, March 23, 2011

# Agama # Al-Islam

Takut Kepada Tuhan Sahaja

Assalamualaikum semua...

Ingin berkongsi satu artikel yang me terbaca dalam majalah Al-Islam...sama-sama kita renungkan...

Suatu petang, sekumpulan kana-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir Kota Madinah tiba-tiba menjadi gempar. Mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

Apakah yang sedang berlaku? Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut gerun melihat Sayidina Umar Al-Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil ini berasa gerun kepada Umar yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Namun dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari bahkan terus bermain seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sayidina Umar berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya. "Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

Budak lelaki itu menjawab dengan berani, "Ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja bukan pada manusia."

"Siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair." 

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma' bin Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga Khalifah pertama selepas kewafatan Baginda. Hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang yang abid dan mujahid.

sumber : Al-Islam Januari 2010

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan