Monday, April 18, 2011

# Al-Islam # Cicak

Cicak Haram atau Halal?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Rasa cam dah setahun x update blog...huhuhu...malam nanti me akan balas kunjungan rakan-rakan yang sudi melawat sini ea...sowi sangat-sangat... lebiu all... muaahhxx!

Sedang me proses jurnal-jurnal yang sampai ni,, tiba-tiba me terbaca satu artikel dalam Dewan Kosmik keluaran April 2011,, muka surat 58-59 bertajuk seperti di atas... skema~ huhuhu...

Dalam artikel ni menerangkan tentang penggunaan tok' ke atau tokek atau saintifiknya Gecko-gecko Linnaeus dalam bidang perubatan...


- Berbintik merah, kuning atau oren dan badan warna kelabu
- Mampu mencapai saiz 30-40 cm (jantan) dan 20-30 cm (betina)
- Bersifat menyendiri dan hanya akan wujud hubungan jangka waktu yang singkat sewaktu mengawan
- Ia akan bertelur satu hingga tiga biji bergantung pada persekitaran
- Gecko-gecko betina akan menjaga telur hingga menetas

Cicak ni dikaitkan dengan keupayaan menjadi penawar AIDS namun xda ujian secara saintifik dijalankan... propaganda kah itu? hurm,,,

Namun begitu,, even ada bukti saintifik sekalipun tentang kebaikan ekstrak cicak ni,, kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali menggunakan atau memakannya.. Kerana cicak tergolong dalam makhluk 'fuwaisiq' (jahat) yang nyata haram dalam Islam...

Imam Bukhari meriwayatkan "Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) Nabi Ibrahim 'alaihissalam" ...
Mungkin ramai yangakan berkata bahawa tidak makan cicak ni namun apabila ALLAH telah mengharamkan sesuatu makan untuk menjualnya juga pasti haram... 

Daripada riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai Hadis Sahih oleh Ibnu Hibban, "Sesungguhnya apabila ALLAH telah mengharamkan atas sesuatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya."
Sudah jelaskan dengan hukum menggunakan dan menjual cicak ni... Ramai yang terlalu obses dengan pendapatan lumayan hasil dari penjualan cicak ni... x fikir pun halal atau haram...

~Sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu bagi orang Islam~


3 comments:

  1. erm ada dgr psl cicak ni..org yg jual cicak ni boleh jd kaya dlm sekelip mata..xtau lak cicak haram..hehe..thanks for the info =)

    ReplyDelete
  2. @YanaMIB:

    tu la pasal...baca buku baru ni baru tau cicak tu haram...huhuhu...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan