Tuesday, May 10, 2011

# Cabaran 30 hari blogging

Cabaran Hari Ke-5 : How Important You Think Education Is?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Wah,, dah sampai hari ke-5 cabaran... hope tercapai dan selesai semua cabaran ni dalam masa yang ditentukan...

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)
Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Nak baca lebih lanjut,, sila ke blog ini...


"kalau aku amik ijazah,, pangkat aku mesti lagi tggi dari c poLan bin c poLan!!"

salah satu niat yang memang menjadi keutamaan manusia zaman kini...mencari iLmu kerana pangkat tapi adakah yang tau bahawa kejadian itu sebenarnya mendedahkan dan membuktikan yang kita sebenarnya berada di akhir zaman.... niat dah terpesong jauh andai kita bermula dengan itu semasa belajar... ilmu kerana pangkat adalah salah satu tanda-tanda kiamat...

Ilmu yang dicari janganlah hanya untuk duniawi... Simpan juga untuk bekalan hari penentuan nanti...


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan