Thursday, May 5, 2011

# nostalgia SEMEKAR

Nostalgia SEMEKAR

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Tajuk entry adalah tajuk buku yang memuatkan kenangan me bersama kawan-kawan masa sekolah dulu.. Ntah apa-apa kan..hahahaha... Apapun,, me sayangkan buku ni...

Bawah ni adalah antara 'pembuka kata' me dalam buku ni..

* Kenangan tidak akan terlupus jika bukan kita yang melupuskannya. Namun usahlah dipadam secebis kenangan itu walau seringkas mana ia tercipta dan sepahit mana ianya untuk ditelan kerana tanpa kenangan kita akan kehilangan sebahagian diri kita. Ingatlah bahawa kenangan itu salah satu daripada warna pelangi hidup kita.

* Khayalan sebenarnya terlalu pahit untuk direalitikan. Ingatlah kadang-kadang manis realiti tidaklah semanis dunia khayalan. Ketentuan ALLAH kita harus menempuh yang pahit sebelum menemui yang manis.

Huhuhu.. Bila baca balik apa yang me tulis dalam tu macam-macam perasaan yang ada.. Rasa macam nak ketawa,, menangis,,.. Paling banyak of course rasa rindu..

Bila baca balik contengan kawan-kawan dalam ni, teringat pula masa sama-sama berjuang untuk SPM..
Published with Blogger-droid v1.6.8

2 comments:

  1. sori..ummi nak tanye..SEMEKAR tu stand utk sekolah mn ye? sbb sekolah ummi dulu SEMEKAR gak majalah sekolahnye..reply ummi ye..tq

    ReplyDelete
  2. @Ummi AmnaAmzar:

    Ummi,, SEMEKAR stand for Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau... Rasanya banyak jugak skolah guna SEMEKAR ni... :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan