Sunday, July 24, 2011

# Life

24 July 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bertahun rasanya tak update. Huhuhu. Hujung minggu ni, me habiskan masa g buat lawatan berperingkat ke umah mr.hubby. Lawatan la sangat kan. Pfftt!!

Start hari ni, 24 July 2011, mr. Hubby akan berkursus polis bantuan di Johor dan akan berakhir pada 24 September 2011. Lama tu. Nampaknya tahun ni me akan berpuasa secara solo. Sedihnya puasa pertama as a wife, me akan berseorangan.

Tapi nasib baek diorang diberikan cuti sempena Hari Raya nanti. 10 hari tu. Bestnya. Dan me pula, insyaALLAH akan beraya d Melaka bersama-sama dengan mr.hubby. Hope dapat cuti la.sehari pun dah kira syukur sangat. *semalam dah gaduh-gaduh manja sal nak raya kat mana tahun depan.* Baru me tau macamana perasaan tu. :fuh

Semalam dah shopping baju raya. Memang sangat memeningkan. Xtau nak pilih yang mana. Bila me berkenan, mr.hubby lak x berkenaan dan begitulah sebaliknya until me mengalah ngan pilihan mr.hubby. Not bad actually tapi ntah kenapa me boleh x berkenan ngan baju tu. Huhu. And AGAIN, PURPLE for this year.

Oleh kerana ramai sangat manusia berlegar-legar kat kL semalam maka sesi shopping kami terhenti sekerat jalan. Di tambah lagi dengan hujan rahmat yang tiba-tiba membasahi bumi maka mr.hubby terus buat keputusan nak balik.

Apapun, me berpuas hati sebab dapat habiskan masa biarpun sekejap sebelum mr.hubby berangkat ke Johor. Sebulan ni handphone sunyi kut. Huhuhu. Semasa kursus mr.hubby dan peserta yang lain dilarang gunakan handphone. Huhu. Gonna miss him badly. Me doakan mr.hubby habiskan kursus dengan jayanya.

p/s : baru me pasan, bosannya kat airport ni.

p/s/s : selamat sampai Sabah. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan