Tuesday, July 19, 2011

# Hari Raya # Life

Biar Papa Asal Bergaya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar x sedar Ramadhan kian hampir. Selepas sebulan, insyaALLAH, syawal pula diraikan.

Sekarang ni, belum pun puasa masing-masing dah sibuk dengan biskut raya, baju raya, langsir baru, sofa baru, if boleh rumah pun nak rumah baru. Erk, melampau la pula kan. Hoho

Rasanya dari dua bulan lepas lagi dah plan nak biskut 10 jenis, baju 30 pasang. Yelah, raya kan sebulan. Dari raya pertama hinggalah raya terakhir, nak baju lain-lain. Fuh, betapa membazirnya semua tu kan.

Nak nak lagi semua tempat pun ada sale. Sana sale, sini sale. Wow!! Rambang mata you. Nak beli barang tu beragak jugak la. Jangan sebab nak lawan jiran sebelah umah, sanggup berhabis duit, sanggup berhutang sana-sini. Belum habis hutang tahun lepas dah tambah hutang untuk tahun ni pula.

Tolonglah!! ALLAH menggalakkan umat islam untuk bersederhana. Betullah setahun sekali but xkan sampai semua nak membazir. Apa yang masih boleh dipakai dan digunakan, use it. Spend ur money wisely.

Bersusah payah cari duit but then senang-senang nak buang. Sayangnya hasil titik peluh kita tu. Janganlah amalkan prinsip Biar Papa Asal Bergaya tu. Tak berfaedah langsung.

Lagi-lagi kos sara hidup sekarang pun makin tinggi so jom berjimat untuk masa depan diri dan keluarga.

Bersyukurlah selalu dengan apa yang kita ada. Kenangkan pula mereka yang x mampu.

p/s : Tahun ni mr.hubby nak belanja baju raya untuk raikan 1st raya we sebagai suami isteri. :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

5 comments:

  1. lagi2 nak raye..dah dekat ni..hutang2 nk bergaya yeahhh

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..yeahh kak moon..betul2..bersederhanalah dalam setiap perkara...duit tu boleh guna untuk perkara yg lebih faedah..org sekarang ni biar papa asal bergaya...chaihh...nnty mula lah berhutang sana n sini...kan susah...so kta patut bersederhana dalam segala hal :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak moon...
    ct xpk pun pasal raya..akak yg ingatkan ct..hehehe.. apa yg penting, bersederhana.. membazir tu sifat syaitan.. so nak beli apa2 pun, jgn guna nafsu tp guna akal..wallahuallam

    ReplyDelete
  4. wahh..standard orang dah kawen. baju raya nanti mesti la sedondon. ye dak. best la raya dgn keluarga baru. hehe..

    ReplyDelete
  5. lebih baik belanja secara sederhana je kan kan...tapi, BL suka blnja manyak2...hahhah XD cmne neyh :p

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan