Monday, July 11, 2011

# Life

Kita Tak Ada Masa Seribu Tahun

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Kenapa kita perlu berbohong untuk capai matlamat? Wujudkah istilah 'bohong sunat'?

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berbohong. Kita diajar bahawa bohong itu berdosa so kenapa harus ada mereka, mereka dan mereka yang mengamalkan kehidupan macam tu?

ALLAH menjanjikan kebenaran bagi mereka yang teraniaya tetapi bukan kepada mereka yang berbohong dan menjadikan diri mereka seperti teraniaya. Doa orang-orang yang teraniaya dimakbulkan ALLAH, selalukan dengar orang berkata macam tu?

So, kenapa kita harus 'menyembah' manusia untuk 'memelihara' kita? Sedangkan ALLAH sentiasa ada untuk umat-NYA. Maybe me bukan orang yang layak untuk berceloteh tentang benda-benda macam ni tapi kita harus buka mata dan buka hati untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

ALLAH tak beri kita masa seribu tahun untuk kita menyedari salah kita. Mana tau esok bukan untuk kita lagi. So, mari kita sama-sama berfikir dan menyedarinya sebelum terlambat.

p/s : matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Published with Blogger-droid v1.7.2

1 comment:

  1. fikir yg sedalamnya seblom melkukan sesuatu...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan