Friday, July 22, 2011

# Life # rokok

Rokok Itu Menyegarkan?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..


Rasa cam nak ketuk-ketuk kepala orang yang kata rokok tu menyegarkan. Secara terang-terang me katakan yang me memang tak sukakan orang yang merokok. Secara tidak langsung dia juga membahayakan nyawa kita yang cuba untuk menjauhi rokok. 

Dulu masa me kenal mr.hubby,, dia adalah seorang perokok. Tapi bukanlah tergolong dalam perokok tegar. Namun,, usaha demi usaha me lakukan untuk dia menjauhi rokok. Syukur alhamdulillah,, skang ni dah hampir setahun mr.hubby tinggalkan rokok. Mr.hubby kata,, salah satu sebab kenapa dia berhenti merokok adalah bila me pernah kata "Bila nak berhenti merokok ni? ALLAH dah pesan jaga diri baik-baik. Jangan sakiti diri sendiri tapi kita tak nak dengar. Rasanya if dah sakit nanti,, kita minta tolong kat ALLAH,, ALLAH nak bantu tak? Sedangkan kita sendiri tak berusaha sebelum ni." Terkesan kut sikit di hati Mr. Hubby. Itupun dicampur dan dikali jugak dengan bebelan dan nasihat dari ibu + me. Hehehe

Syukur alhamdulillah. Nampak banyak perubahan Mr.hubby selepas berhenti merokok. Me pun bersyukur sangat. Masa tu kitorang still kapel lagi. 

Tapi ada segelintir masyarakat yang agak memandang serong pada mereka, mereka dan mereka yang sedang berusaha berhenti merokok. 

"Ala, ko berhenti buat apa?! Satu hari nanti, ko mesti akan kembali pada rokok."

atau

"Once a smoker will always remain as a smoker."

Ades!! Janganlah lemahkan semangat mereka yang nak berubah ke arah kebaikan. Ni la sikap yang tiada pada kebanyakan bangsa kita masa kini. Bukan nak membantu tapi mengejek adalah. Bila si kawan mula nak jauhkan diri sebab direndah-rendahkan,, mula la timbul cerita yang kurang elok. Isk!! Bila nak berubah agaknya.

If mereka nak berhenti merokok,, sokong mereka. Jangan lontarkan kata-kata yang boleh buatkan usaha mereka terhenti sekerat jalan. Bagi kata peransang untuk diorang kekal dengan keputusan yang dibuat. 

Dan buat mereka yang nak berhenti merokok tu,, teruskan usaha. Jangan pandang ke belakang lagi. Itulah keputusan yang terbaik untuk diri. If merokok,, apa yang kita dapat? Duit? Jangan haraplah. Lagi melayang duit ada lah. Sakit? Tentu-tentu dah dapat. Rokok tu bukan bagi sihat pun. 

Mari kita sama-sama sokong usaha murni mereka yang nak berhenti merokok tu. Dan me ucapkan tahniah atas keputusan bijak yang dibuat. 

7 comments:

  1. rokok mane kebaikan..semua keburukan...tapi aku dari sekolah isap rokok hehe..tp dah benti sebab bini aku yang suruh....hehehe

    ReplyDelete
  2. @Phat:

    sekurang2nya dah benti...x baek ar rokok ni..lebih2 lagi bila dah ada baby.. :D

    ReplyDelete
  3. aku sokong sape2 yg tgh berniat nak berenti merokok,tapi takyah guna ubat ke pil ke sebab kebanyakan produk yg konon boleh hentikan tabiat merokok tu mgandungi bhn sama ngan rokok..kira sama juga!elok berenti secara semulajadi,tak yah nak guna ubat2.Ni dkt puasa,bulan puasa ni lah waktu terbaik nak latih diri berenti merokok.

    ReplyDelete
  4. @cleverspider55 a.k.a alam1cinta:

    yup!!! sokong jugak part yg tu...kenapa nak bergantung ngan pil...nanti dah baek benti rokok,, ketagih ngan benda lain lak...:fuh

    ReplyDelete
  5. kepada perokok tegar selamat berusaha untuk berhenti merokok...anda mampu mengubahnya...

    ReplyDelete
  6. angkat dua jari letak ke mulut.."say no to smoke"..shy tak merokok..membazir..tapi..tapi..tapi..shy tak pandang serong kat perokok..mungkin mereka merokok nak cari ilham..:)

    ReplyDelete
  7. fatwa dah keluar..rokok hukumnya haram,

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan