Tuesday, August 23, 2011

# Al-Islam # Poligami

Wanita Berhak Tolak Poligami

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

KUALA LUMPUR : Wanita mempunyai hak untuk menolak poligami sekiranya yakin suami mereka tidak mengikut syarat yang digariskan dalam Islam. Menurut penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, seorang isteri berhak berbuat demikian jika suami tidak berkemampuan dari segi ilmu agama mahupun kewangan. Hari ini, kebanyakan lelaki tidak menunjukkan nilai kemampuan diri sebelum menunjukkan nilai kemampuan pasang dua. Haram bagi seorang lelaki sekiranya berkahwin seorang lagi sekiranya tidak menunjukkan ciri-ciri yang adil dan berkemampuan baik dari segi kewangan dan kesihatan. Namun, wanita yang menolak poligami tanpa alasan yang kukuh juga boleh terpesong akidah. Poligami adalah hukum ALLAH s.w.t yang termaktub dalam Al-Quran.
Sumber : Al-Islam Ogos 2011

Bercerita mengenai 'pasang dua' ni,, ramai wanita di luar sana termasuklah me, pastinya  merasa tidak senang duduk. Skang ni sana-sini terbaca kes-kes poligami yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Tak nak blame siapa-siapa dalam hal ni. Masing-masing dah tahu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk so,, jangan rendahkan akal fikiran hanya kerana nafsu.

Sharing is caringkan? Sebagai peringatan dan rujukan bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal~ :)


3 comments:

  1. Rasulullah SAW tak pernah menduakan Siti Khadijah AS
    ;)


    kan...

    ReplyDelete
  2. really lots of input for every women...great job moon! sharing is caringggggg peaceeeeeeee ;)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan