Thursday, March 31, 2011

Ada Apa Dengan April Fool?

Label :
Assalamualaikum semua...

Hari ni,, mari kita bercerita tentang April Fool...April Fool jatuh pada 1 April setiap tahun...Ramai yang meraikannya dan xlepas juga bagi mereka yang beragama islam...Ia dikenali sebagai hari untuk kita bermaen dengan pelbagai helah dan lawak yang melampau dengan syarat siapa yang terkena,, xboleh marah...Siapa yang marah kena jual..huhuhu..Boleh macam tu?

Eh,, 1 April tu esokkan? Mesti kamu,, kamu dan kamu pun dah listkan mangsa-mangsa kamukan? Adakah kamu akan berasa puas mengenakan bakal mangsa kamu? Adakah kamu terfikir sama ada si mangsa akan menerima gurauan kamu dengan baek atau sebaliknya? If bab-bab April Fool ni,, xda istilah 'cuba dulu baru tahu'...ALLAH berikan kita otak untuk berfikir then use it sebaeknya...Nak bergurau pun ada caranya...

Hurm,, janganlah terlalu taksub dengan budaya Barat ni...x bawa faedah pun... Banyak yang -ve dari +ve...Eh,, ada yang +ve ke? If ada,, boleh btau me x?

Jangan nanti sudah terlanjur ber'April Fool' baru nak menyesal...Dah wujud jurang baru sibuk-sibuk nak minta maaf...Sebelum buat xnak fikir baek buruk...Beringatlah,, terlajak perahu boleh diundur,, terlajak kata buruk padahnya..

p/s : Nak tengok me ngamuk? try ar buat benda ni sok...

Wednesday, March 30, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Macamana Nak Sebut RM12 Dalam Bahasa Inggeris?

Label :
Assalamualaikum semua...


Perbualan ni adalah antara sorang staf KFC dan sorang pelancong (x pasti dari mana..huhu..) di salah sebuah Restoran KFC sekitar Kota Kinabalu...kejadian berlaku pada hari Ahad bersamaan 27 Mac 2011...


Pelancong : Is there something like shirawa(actually me pun x pasti macamana sebutannya tapi lebih kurang cam tu lah...maybe makanan diorang lah kut...)


Staf          : Excuse me?


Pelancong : Owh...that one...(tunjuk kat satu product KFC tu...x pasti apa namanya...yang penting ada perkataan 'pocket'...huhuhu...) How much is it?


Staf           : Ala carte RM7.++ ..


Pelancong : If with drinks?

Staf          : If with drinks,, RM20 ..

Pelancong : RM20?! Never mind...i'll come back...


Staf          : Thank you sir...


Me yang masa tu tengah menunggu pesanan di kaunter sebelah agak terkejut...same with customer di kaunter satu lagi...x terkata bila mendengarnya...air apalah yang mahal sangat tu ea?


Sebenarnya xlah sampai RM20 pun...just RM12.++ ni...sama ada staf tu salah sebut or dia xtau pun how to pronounce it...huhuhu...dah lah dengan penuh yakinnya dia jawab...ngeee~ tourist tu pun mesti terkejut kenapa KFC kat sini mahal x ingat...hukhukhuk...


Me nak tegur sebenarnya tapi pas pelancong tu berlalu staf tu terus masuk ke dapur...hurm,, apapun KFC ni kan dah banyak duit...hilang satu customer ribu yang datang...so,, x mempengaruhi pun kut...boleh macam tu?


Apapun,, as a frontline kesilapan kecik cam tu boleh sebabkan customer yang beribu tu tinggal sorang tau...So,, even dah lama keja pun if ada yang perlu diperbaiki,, kenalah 'up'kan juga...Nak tekankan di sini belajar Bahasa Inggeris is another way untuk kita improve diri kita...


Blogger-droid Memudahkan

Label :
Assalamualaikum semua...

Xsangka ari ni ari Selasa...cepat masa meninggalkan kita... Muhasabbah diri jap dengan hari-hari yang berlalu semalam dan sebelumnya..

Sekarang ni berada dalam bus..Otw nak balik umah..Semalam tido kat umah kawan..bestnya ada kawan bercerita sebelum tido..hehe..malam ni kembali cerita antara me & astro..huhu

Memang best guna android ni coz boleh surfing tenet kat mana-mana...paling penting proses meng'update' blog dan blogwalking menjadi lebih mudah..

Actually xpernah terfikir pun nak guna android ni sebab pada pandangan me semua hp yang support android mahal...but bila dah ada yang hadiahkan, kecik tapak tangan nyiru me tadahkan...hehe...

P/s : using blogger-droid from Sony Ericsson Xperia x8.. ~thumbs Up~
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, March 28, 2011

Merayau!! :P

Label :
Assalamualaikum semua...

Penat tapi best!! Itulah yang mampu me gambarkan tentang hari ni..Seharian kat KK langsung x fikir sal ofis..

Opps!! Bukan ngular tau but me terpilih untuk join kursus bersama dengan ahli KKUITM dari Shah Alam di Menara MAA Kota Kinabalu.. Even cik abg me xda but still really enjoy it (kecewa sebenarnya..waaaa!!!) But ahli laen pun semua sporting..terbaeklah!!! :-D

Banyak yang me tatau sal KKUITM sebelum ni but today i know everything...mihahaha...pas ni xboleh terlepas 'apa-apa'...

Habis jak kursus jam 5 tadi terus kuar..xsempat nak jamah kudapan pun..bukan sebab xsedap tapi sebab nak kuar b4 jalan jammed..

Now dah sampai kat Wisma Merdeka..tengah tunggu kawan-kawan yang kata nak shopping..me? Duit xda ni, mampu nak window shopping jak la...huhu...

Sempat jga singgah mana-mana kedai emas yang ada..Saja survey 'benda' tu...hikhikhik...but bila ada yang berkenan,, size pla xda..isk!! sama cam masa nak cari high heels ari tu la...size xda..biasalah,, size kaki cinderella...yang me xpuas ati,, boleh pla kakak salesgirl tu suh pg cari kat kedai kasut kanak-kanak..agak-agaklah wei...huhu...

Oklah..nak cari tempat lepak sementara menunggu..orange juice sangat menggamit minat dikala haus ni..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, March 25, 2011

Blog Assignment Jejaka Terhangat: Mak Saya Seorang Super Mom

Label :

Assalamualaikum semua...

What a silent nite kan? huhuhu... Malam ni rasa mo join segmen JT pula... coz it really caught my eyes...

1. Buat entri bertajuk: "Blog Assignment Jejaka Terhangat: Mak Saya Seorang Super Mom". ::DONE::

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni. ::DONE::

3. Ceritakan sedikit sebanyak keistimewaan mak korang. Kalau ada kisah yg menyentuh hati pon boleh diselitkan. Pastikan tidak copy dari mana2 tempat. Tak perlu buat panjang2. Entri pendek pun takpe.

- How to get this short ar...coz my ma ada banyak keistimewaan...Ma adalah sorang penolong jururawat dan she's the one yang membesarkan kami 4 beradik semasa my pa berkursus di Semenanjung more than 5 years...penat bekerja then penat lagi jaga kami...me sedar yang bukan senang membesarkan kami yang memang lasak sorang diri and my pa pun admit tentang itu...

My ma pernah masuk hospital dan dibedah gara-gara terlalu penat jaga kami...x ingat masa tu ma sakit apa but yang pasti kerana kami 4 beradik...and a week ma xda kat umah,, we start missing her...and bila ma dah kuar hospital,, we start lagi xmo dengar cakap ma...and ada masa me tau yang ma nangis kenangkan kedegilan kami...tapi masa tu kami kecik sangat...me pun baru 9 tahun masa tu...

But ma tetap bersabar dan membesarkan kami hinggalah kami jadi seperti sekarang ni...even xlah menjadi seorang berpangkat besar but usaha ma x sia-sia...kami mampu berdiri di atas kaki sendiri...kami mampu membuatkan ma dan pa tersenyum...dan di sebalik hidup kami ada mereka...Ma and Pa...

Sayang me pada ma bukan sekadar ucapan i love you ma but it is more than that...me nak ma tau tu...

4. TAG SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag. :: Syuwai ::

Masih ada banyak lagi sebenarnya...my ma bukan supermom but she is a super duper mom...

 

Ayat Al-Quran Hanya Untuk Orang Yang Meninggal Dunia?

Label :
Assalamualaikum semua... ^_^

Satu pagi terdengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipasang oleh si A... sayu jak me dengar... Tiba-tiba terdengar ketawa dari si N sambil bertanya kepada si A "A,, siapa yang mati??"

Me yang ada berdekatan pun agak hairan mendengar soklan si N...si A juga nyata terkejut... "mana da orang mati..." jawab si A masih kehairanan...

"Owh,, aku ingat ada orang mati sebab ko pasang cd mengaji tu..." dengan tawa yang masih bersisa...

Istighfar me dalam hati jap...me x fikir itu sesuatu yang lawak...kenyataan yang me rasa x sepatutnya dituturkan oleh sorang wanita muslim...

Adakah ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk orang yang meninggal dunia?


Thursday, March 24, 2011

Saya Berubah Kerana Cinta!

Label :
Assalamualaikum semua... ^^

Dah masuk lunch hour ni...x kuar makan ke? me? diet... hahahaha...xde makna nak diet...dah kurus cam ni...nanti kurus sangat langsung xda shape la pulak... shape? hakhakhak...abaikan...

Berbalik pada tajuk yang di utarakan oleh Jejaka Terhangat iaitu Boleh ke Seseorang Berubah Kerana Cinta? Hurm,, pada pandangan me yang agak kabur ni,, ada orang yang boleh berubah dan ada yang x boleh berubah...

Ada mereka-mereka yang dulunya menjaga tingkah laku dengan baik,, terlalu mengambil kisah akan hubungan antara mereka dan yang bukan muhrim tetapi saat mengenali cinta,, lakunya mula berubah...sudah pandai berpegang tangan,, sudah pandai berpeluk-pelukan...

Ada yang dulunya amat menghormati orang tuanya tetapi saat mengenali cinta,, mereka mula membelakangkan keduanya...Inilah cinta yang membutakan mata...mereka mengenali cinta dan berubah tetapi ke arah yang -ve...

Ada pula yang dulunya dia sorang yang amat jahil tentang kehidupan berkeluarga tetapi saat mengenali cinta dan membina ikatan perkahwinan,, dia mula berubah menjadi sorang yang amat bertanggungjawab terhadap hidup...

Dan ada pula yang berprinsip,, "Saya tidak percaya pada cinta.." tetapi saat dia betul-betul mengenali cinta akhirnya dia tewas pada prinsipnya sendiri...

Cinta boleh merubah kita sama ada ke arah kebaikan atau keburukan depends on pilihan kita sendiri...

3 Kelompok Manusia

Label :
Assalamualaikum...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda, yang maksudnya, "Pada hari kiamat kelak, manusia dikumpulkan dalam tiga kelompok, yakni kelompok yang berjalan kaki, kelompok yang menunggang kuda dan kelompok yang berjalan dengan mukanya."

Lalu Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana mereka yang berjalan di atas muka sendiri?"

Jawab Baginda, "Sesungguhnya Zat yang menjalankan mereka di atas telapak kaki tentu berkuasa menjalankan mereka di atas muka sendiri dan mereka boleh melakukannya tanpa sebarang masalah."

Maksud hadis ini ialah, kelompok yang berjalan kaki adalah orang mukmin yang berbuat dosa. Kelompok yang menunggang kuda adalah orang mukmin yang bertakwa dan tidak pernah berasa susah hati serta ketakutan. Sementara yang berjalan di atas muka sendiri adalah orang-orang yang kafir.

Sharing is caring...renung-renungkan dan selamat beramal~ ^^

Wednesday, March 23, 2011

Hamba ALLAH Yang Sebenar

Label :
Assalamualaikum semua... ^^

Pada suatu hari, Wahab bin Munabih memimpin Ibnu Abbas r.a. yang telah tua dan kehilangan penglihatannya ke Masjidilharam. Sampai di sana, Ibnu Abbas r.a. mendengar beberapa orang sedang berbual-bual dengan suara yang lantang. Lalu dia meminta supaya dibawakan ke hadapan mereka yang sedang berbual itu.

Selepas memberi salam, Ibnu Abbas pun berkata, "Izinkanlah aku menceritakan perihal hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya menggunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana selalu memuji Allah, maka mereka tidak dapat memperkatakan yang sedemikian rupa (berbual kosong dengan suara yang kuat), lalu mereka bersegera (bercakap dan melakukan) ke arah kebaikan. Mengapakah kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini?"

Wahab bin Munabih berkata, "Selepas peristiwa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidilharam (untuk berbual-bual kosong, apalagi bertengkar)."
sumber : Al-Islam Januari 2010

Hurm,, tidak me nafikan,, dulu me pun selalu juga cerita pasal keduniaan masa kat surau...manusia ni kalau x ditegur memang x berhenti cakap...huhuhu..and after ditegur oleh sorang ustazah tu, rasa bersalah pula...yelah,, penceramah iya2 berceramah sal agama kat depan but kita kat belakang cerita hal lain...x baek betul perangai tu kan...huhuhu...

But skang kadang-kadang rasa berat hati nak dengar ceramah lagi...bukan apa,, yang diselitkan tu lebih banyak politik dari pengajaran...dah lah me ni agak kurang 'bersemangat' nak dengar hujah-hujah politik...

Apapun,, sharing is caring...mana yang baik kita amik sebagai pengajaran...mana yang kurang elok jauhilah...


Takut Kepada Tuhan Sahaja

Label :
Assalamualaikum semua...

Ingin berkongsi satu artikel yang me terbaca dalam majalah Al-Islam...sama-sama kita renungkan...

Suatu petang, sekumpulan kana-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir Kota Madinah tiba-tiba menjadi gempar. Mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

Apakah yang sedang berlaku? Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut gerun melihat Sayidina Umar Al-Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. Anak-anak kecil ini berasa gerun kepada Umar yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Namun dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari bahkan terus bermain seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Sayidina Umar berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya. "Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

Budak lelaki itu menjawab dengan berani, "Ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja bukan pada manusia."

"Siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair." 

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma' bin Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga Khalifah pertama selepas kewafatan Baginda. Hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang yang abid dan mujahid.

sumber : Al-Islam Januari 2010

Monday, March 21, 2011

Wajah Baru

Label :
Assalamualaikum semua... :)

Apa khabar semua? ada yang rindu kat me x? huhuhuhu... memang xkan ada,, betul x? =((

Ku sedari kedaifan diri...Hanya sorang blogger picisan yang menumpang kasih di sudut dan ruang yang ada...

Apapun,, i'm happy coz blog me dah berubah wajah...transformasi yang sangat-sangat diperlukan akhirnya jadi nyata...so,, how's my new template? ok x? ok x? Semua ni adalah hasil idea dan usaha en. Alieff...

Thanks so much alieff...i love this so much and the header,, so cute!!! :)

Apa pandangan semua?

Sunday, March 20, 2011

Kad Kahwin

Label :
Assalamualaikum semua.... Selamat petang dan selamat berhujung minggu... ^^


Quite busy weekend...nak update blog pun masa agak terhad...huhuhu...


Semalam pegi Ed Bridal,, pilih pelamin,, pilih wedding dress...alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar...masa online ni pun tengah proses kad kahwin...design sendiri,, print sendiri... puas hati sangat even a lil simple but i do love simple thing... :)


Family pun kata my design ni ok...cik abg pun kata cantik...wahhh,,, bangga sat diri me...ahaks!! Kat belakang kad nak letak 'Made by mOoN'...sesiapa nak tempah ok jak...hehehehe...


p/s : miss u all...mana-mana yang berkunjung tu,, nanti me balas kunjungan u all yaa...lebiu...xoxo...


Wednesday, March 16, 2011

Jangan Suka-Suka Kalau xTau

Label :
Assalamualaikum semua...

Morning...kepala pening sikit pepagi ni...xtau kenapa...btw,, apa khabar semua bloggers yang disayangi...? skema sikit...ahaks!!

Pagi ni mo share something sal hantaran kawen ni...actually yang ni pun Mak Long me baru btau masa tunang ari tu...if dia xbtau,, confirm-confirm me blur...

Ceritanya masa Mak Long cek barang hantaran me,, 

Mak Long   : Berapa hantaran dari pihak lelaki?

Me               : 7...

Mak Long   : Jadi balas 9 lah kan?

Me               : Ya... Cukup bah tu kan?

Mak Long   : Cukup sudah tu... tapi if perempuan x payah bagi sireh junjung tau...

Me               : Saya xda buat juga tu mak long... sebab tu lelaki jak yang bawa sireh junjung bah kan?

Mak Long   : Ya... Yang penting ni hantaran semua cukuplah...xboleh suka-suka tau if mo bagi hantaran ni...ada maksud semua tu...

Me memang blur habis dah masa tu... maksud? 

Mak Long   : Kalau lelaki bagi 7 tapi perempuan balas kurang,, maksudnya lelaki tu x diterima oleh keluarga perempuan... Kalau kita balas lebih 1, maksudnya adalah harapan sikit-sikit... dan kalau kita balas lebih dua atau lebih banyak,, maksudnya alhamdulillah syukur...si lelaki memang diterima baek masuk dalam keluarga....

Me               : Owhhhhh...

Mak Long   : Sebab tu kalau xtau mesti mo tanya...jangan suka-suka jak mo letak...

Barulah me tau...xtau pula disebalik hantaran pun ada maksud tersembunyi...huhuhuhu...betapa me xtau apa-apa...nasib baek my mak long btau... Rasanya ramai juga yang xtau sal benda ni kan...

So,, bagi yang pompuan,, sila pastikan anda balas lebih tau...x kisah ar makanan ke,, buah ke...yang penting LEBIH...

Tuesday, March 15, 2011

Mari Membaca

Label :
Assalamualaikum semua..

Firman ALLAH s.w.t.: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta manusia dari segumpal darah, bacalah dan Tuhan kamu yang paling pemurah, yang mengajar manusia dengan pena, Dia mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu." Surah Al-Alaq : 1-5.

Begitulah hebatnya amalan membaca sehingga wahyu pertama mengajak kita supaya membaca. Hasil daripada pembacaan akan menghapuskan kejahilan dan mendekatkan seseorang itu kepada keredhaan ALLAH s.w.t. Membaca itu jambatan ilmu, melalui pembacaan, kita memperoleh sweibu satu jenis pengetahuan. Manakala ilmu pula diperlukan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Perlu diingat bahawa budaya membaca itu mesti atas nama ALLAH, sesuatu yang bileh merapatkan diri kita kepada ALLAH. Maka marilah kita jadikan membaca itu budaya hidup kita..

sumber : Al Islam Mac 2011
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA

Label :

Assalamualaikum semua...

1 way nak update blog is by joining others segmen kan? ngee~ (nampak sangat tengah blur...) Nampak pic header kat atas tu semua mesti tau ni segmen anjuran en.ben kan... ok..ok.. lets get through the segmen...


1. Lelaki pilihan anda?

Me suka lelaki yang macam ni... :p

2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?

Hurm,, ada apa dengan seksi...rasanya,, lelaki yang menampi padi sambil senyum do look seksi...hohoho...

3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?

Susah nak teka hati lelaki and bila kita terlalu fikirkan benda tu,, biasanya something -ve yang akan muncul...even if kita cuba untuk berfikiran +ve... So,,, mari berdoa and ~Que Sera Sera~ (^ -)

4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Of course x sanggup...if soklan ni ditanya pada every women in the world,, mesti semua xkan setuju...it's easy for guy but it's really hard for women...me xkan nyatakan alasannya di sini sebab semua lelaki tau sebabnya...guys!!! never say u don't know!!! ngee~~

5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?

Berpura-pura yang me xtau apa-apa dan cuba pertahankan hubungan yang sedia ada..cuba jadi sorang wanita yang dia perlukan..soklan demi soklan pasti akan menimbulkan banyak masalah laen kan...?

6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?

Hard to say...rasanya skang ni boleh dikatakan 50-50... siapa yang x setuju,, terpulang...

7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??

Rasanya me x layak untuk mengukur tahap kesetiaan sesiapa...hurm,,,

8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?

truely yes but cemburu me berpada-pada yaa... ;)

errr,,, dah siap jawab semua...ni pendapat peribadi jak tau...it's all about love!

 
 
 
 
 
 

Saturday, March 12, 2011

Jika ALLAH Mahu,,

Label :
Assalamualaikum semua..

Jepun dilanda tsunami..Berita yang menjadi topik perbualan dimana-mana..

Hari ini hampir seluruh Sabah dilanda hujan yang berlarutan dari pagi hingga lewat petang..Ada beberapa tempat juga yang mulai ditenggelami air..Mungkin susulan dari kejadian yang melanda Jepun semalam..

Actually ada sikap sesetengah masyarakat yang buat me rasa x puas ati sikit..err, banyak kut..

Even kita terselamat dari bencana alam seperti tsunami, kita x layak nak ketawakan mereka yang mengalaminya..pleaselah!!

Sepatutnya kita bersyukur kerana selamat dari bencana bukannya menjadikan mangsa di luar sana sebagai bahan lawak.. Mana peegi rasa belas kasihan yang ALLAH kurniakan?

Janganlah berlagak..Jika ALLAH mahu, bila-bila bencana tu datang pada kita..Jadi,, belajarlah bersyukur..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Khidmat Phone Sex??!

Label :
Assalamualaikum semua..

Salam Sabtu buat semua warga 1Malaysia..Bagi yang bekerja, selamat bekerja dan bagi yang bercuti pula jom ramai-ramai pg shoping..hehe..

Tapi pagi-pagi ni me terima 1 panggilan yang buat me rasa cam nak marah..subuh lagi dah ada orang buat panggilan x senonoh..

"Hello..kami menyediakan khidmat seks melalui telefon bagi sesiapa yang memerlukan...." Lebih kurang cam tu lah mukadimmah orang tu..

Me yang tengah blur langsung kaku..huhu..apa ni? Bila tengok nombor,, private call..terus me tutup..menakutkan...

Tiba-tiba phone bunyi lagi..memang x berani nak angkat dah..isk!!!

X sangka ada juga orang yang buat kerja terkutuk macam ni..huh!! Insaflah..Dari buang kredit,, buang masa buat khidmat mengarut ni,, baek pg toreh getah..lagi ada hasil..

Ada sesiapa lagi x pernah dapat panggilan macam ni?? eh,, mana dia dapat no. phone me?!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, March 11, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Label :
Assalamualaikum semua..

Ya ALLAH..Terkejut jap me bila dengar berita tu tadi..Ingatkan kawan me juz bergurau rupa-rupanya berita tu bukan sekadar khabar angin..

Semoga ALLAH melindungi mereka yang berada di sana..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Hawa,, Jangan Biarkan Adam Membenci..

Label :
Assalamualaikum semua..

Selamat pagi..Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas pada hari ini..

Hurm,, pagi tadi masa dengar Riuh Pagi Era,, adalah sorang adam ni mengatakan yang dia kini benci ngan kaum hawa..huhu..kenapa? Kerana si hawa telah memutuskan pertunangan mereke yang hanya mengira detik untuk diijab kabulkan..

Atas alasan si hawa telah berjumpa dengan lelaki laen yang lebih serba serbi dari si adam ni..Tapi yang betul-betul si adam x puas hati bila si hawa putuskan pertunangan mereka di tepi jalan..

Ya Allah..Apa nak jadi ni hawa? Majlis dah xlama..persiapan dah hampir siap..tapi yang me pun x boleh terima adalah cara si hawa putuskan pertunangan mereka..

Kita dipinang dengan cara baek, if rasa dah x serasi bersama tu putuskanlah dengan cara baek juga..hantar wakil untuk kembalikan cincin..Si adam pun nak juga air muka dia dan keluarga..huhu..Atas alasan itulah si adam mula membenci kaum hawa..

Buat hawa,, jangan terlalu memandang kebendaan dan pangkat dunia..apa yang ada xkan kekal..sebelum kita cari yang 'mungkin' sempurna tu, nilai juga diri kita..x mustahil benda yang sama jadi kat kita..

Jadi belajarlah menghargai..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, March 10, 2011

Grrrrr!!! Untuk Facebook!

Label :
Assalamualaikum semua..

Mood skang tengah geram gila2..huhu..pening petang tadi dah hilang..ganti ngan mood baru ni pula..

Kenapa asal me buka facebook,, mesti tym surfing jadi sangat lambat? Bila close jak facebook, laju pula sang tenet ni..

Adakah mr.facebook ni memang melambatkan surfing? Kacau betul.. Ni yang buat me makin hilang mood nak berfacebook..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Mabuk Perfume!!!

Label :
Assalamualaikum semua..

Kepala tengah pening sangat-sangat..Macam-macam rasa yang ada..Mual,, loya,, pening,, semua datang sekali..

Tolong!!! Xsabarnya nak balik umah.. Nak basuh kesan perfume yang amat menyeksa jiwa ni..huhu..

Ingatkan perfume me tadi..rupa-rupanya perfume cik abang..patutlah pelik jak me pakai..cik abang pakai, ok jak..bila me pakai,,, adoi!! rasa cam nak cabut hidung ni letak dalam beg..Mesti tertukar masa tengah kemas hantaran ari tu..

Rasa cam seksa sangat nak tunggu jam 5..huhuhu..pening-pening..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, March 9, 2011

Sunyinya Malam Ni..

Label :
Assalamualaikum semua..

Ada siapa -siapa yang buat contest x? Bak ar link..Me nak join ni..Nak baca novel but semua da khatam 10 20 kali..huhu..

Rasa cam nak buat simple contest lak..hurm,,contest apa ea? Ada cadangan x?

p/s : Hadiah GA ari tu baru post semalam..sowi lambat..bz ngan majlis tunang ri tu..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tuesday, March 8, 2011

Ada Apa Dengan Rokok?

Label :
Assalamualaikum semua..

Ada yang kata rokok itu bergaya..Ada pula yang kata hidup tak lengkap tanpa rokok..betulkah? Actually rasa lucu dengan prinsip hidup macam tu... Agak-agaklah juga if nak jadikan pembawa penyakit sebagai pegangan nak teruskan hidup..umpamanya si perokok tu hidup untuk bunuh diri..

Sekarang ni budak-budak sekolah pun x segan silu merokok di khalayak ramai.. rokok naek harga pun macam xda kesan untuk mereka..apa xnya,,ada certain kedai yg jual 'rokok batang-batang' dengan harga RM1.00.. budak-budak ni pun suka la nak beli..

Tapi me paling pantanglah ngan orang pompuan yg merokok..terutama sekali yg bertudung..adoi, sakit mata jap..

Tinggalkanlah benda alah tu..cuba pakai duit tu untuk benda yg lebih berfaedah..sentiasalah beringat..

p/s : apa pandangan korang if someone yg berbaju kurung dan bertudung labuh merokok tanpa segan silu..?
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, March 7, 2011

jom bowling bersama pewani uitm sabah

Label :

bertempat d u-bowl 1Borneo..lama rasa x maen bowling ni..jap jak penat..1st game dapat 91 pin jak..2nd game jgn cakaplah..3rd game pun,, isk..hoho..

apapun dapat juga saguhati no.8, pin jatuh 247 pin..oklah untuk pemain bowling amatur macam me..hehe..ada siapa berani mo lawan? ngee..

Published with Blogger-droid v1.6.7

Ya.. Kini Me Tunangan Orang..^^

Label :
Assalamualaikum...


Pertemuan pertama di Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah Perak...membawa ke pertemuan-pertemuan seterusnya...bertemu sang keluarga...dan akhirnya,,


selamat ditunangkan setelah segala persetujuan tercapai...


rasa macam mimpi pula...macam baru semalam kami kenal...
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat ILLAHI kerana memanjangkan jodoh kami...

p/s : klik sini juga... 

Ramal Cuaca? Anda Boleh?

Label :
Assalamualaikum semua...

Rindu ngan blog picisan ni...rindu juga dengan rakan bloggers semua...nak share dengan semua sal kayu ni...kayu yang sangatlah terserlah kepintarannya...suka-suka... :D

Ada apa dengan kayu ni?
Pernah dengar tak sal kayu ni..? Tengok pula pic kat bawah ni....

wah!!!

Ajaib tak? memang pandailah kayu ni...ai respect kat u Mr. Kayu..

p/s : apa yang anda faham dari pic ni?





Saturday, March 5, 2011

Ini Entry Happy-Happy...

Label :
Assalamualaikum semua rakan-rakan bloggers,, readers and stalkers(if ada...hehe..)

Sebelum apa2,, nak inform yang ni just entry auto post...Next week baru ada masa nak update entry baru...insyaALLAH...

Today is my engagement day...By now i'm already become someone fiancee... Alhamdulillah...me memang menantikan ketibaan hari ni...and so for the upcoming event...Sampai juga jodoh kami even bercinta PJJ...Banyak dugaan yang kami lalui untuk sampai ke peringkat ini dan moga ALLAH temani kami menuju ke peringkat seterusnya...insyaALLAH...

Doakan yang terbaek untuk me and cik abg yaaa...lebiu all!!! muaaahxx!!

Friday, March 4, 2011

Terminal Dua KKIA

Label :
Assalamualaikum semua... :)

Skang ni ada kat Terminal 2 KKIA...sedang menantikan kehadiran cik abg tersayang...ahaks!! penat woo...suppose flight cik abg ngan family dia dah sampi around 10:30am tadi but delay lah pulak...cik abg kata sebab penumpang lebih,, tu yang delay...isk!! cam mana pulak boleh lebih ea? pelik jap...

terpaksalah tunggu 12:15pm...hope sampai awal sikit...hahaha...macamlah ada shortcut atas tu...apapun,, me dah start pening-pening skang ni...letih sebab semalam tido lewat and pagi tadi kena bangun awal and travel more than 2 hours untuk sampai sini...

apapun,, i'm happy waiting...sementara menunggu lepak ar kat cc jap..x jugak buang masa...tapi skali tgk harga uuntuk sejam,, RM5 tu geng...ades!! slalu paling mahal pun me penah jumpa is RM3 per hour...


Memang kut rate kat cc epot ni mahal...RM3 for only 15 minit surfing...x cukup laaa...belum sempat kut habis baca 1 entry dah habis tempoh 15 minit tu...huhuhu...


entry 0 untuk hari ni...wait for tomorrow pulak ea..(akhir-akhir ni,, hanya mampu menghasilkan entry 0...huhuhu...bukan tandus idea tau...but ada sebab laen yang mempengaruhi...)

p/s : rasa cam nak makan Dunkin Donuts pulak...ngee~


Wednesday, March 2, 2011

Ini Bukan Entry Sentap Okay!

Label :
Assalamualaikum...

Entry ni khas buat someone and umum buat semua orang...nak tanya korang lah kan,, apa pendapat korang if ada orang asyik minta maaf even korang dah kata yang korang dah maafkan dia lama dulu...everytime hanya perkataan 'Maaf' or 'Sorry' yang kuar...

Bila me dah kata 'It's Okay..' means forget it...It almost 2 years but u still keep saying it...and i always ask u to forget it...Macamana nak lupa if perkara tu seperti diungkit-ungkit... and i know u read this so i'm not gonna beg but i'm asking properly stop asking for my forgiveness...

Bukan pada me sepatutnya kata maaf itu...u know more what i mean kan?

Sorry if ada yang rasa entry ni mengada-ngada...bukannya me x suka orang minta maaf tapi if berulang-ulang boring juga...

To that someone,, please understand...



Selamat Sejahtera Keatas Kamu

Label :
Assalamualaikum semua...

Baca yang ni pula...

Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para sahabat supaya melakukan suatu amalan yang jika diamalkan, timbul rasa kasih dan sayang di antara mereka. Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apakah amalan tersebut. Baginda menjawab : "Sebarkanlah salam antara kamu."


Antara adab-adab salam ialah orang muda memberi salam pada orang tua, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, orang yang menaiki kenderaan kepada orang yang berjalan kaki dan kumpulan yang kecil kepada kumpulan yang ramai.

Adalah tidak sepatutnya kita hanya menunggu orang lain untuk memberi salam kepada kita. Sebaliknya, kita yang patut merebut peluang untuk memberi salam. Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barang siapa yang memulakan memberi salam, maka dia adalah lebih utama di sisi Allah dan Rasul-Nya."-Hadis riwayat Ahmad

Sumber : Al Islam Februari 2011

Wasiat Seorang Alim

Label :
Assalamualaikum semua...morning!! ^_^

Pagi-pagi ni nak share something ngan semua...

Pada suatu ketika ada seorang meminta nasihat daripada Ibrahim bin Adham r.a. yng terkenal sebagai orang yang zuhud. Kata orang itu, "Wahai Ibrahim, berikanlah kami wasiat yang dapat menjadikan seluruh kehidupan kami bermanfaat."

Ibrahim Adham pun memberikan nasihatnya :

"Kalau engkau melihat orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan soal akhirat"

"Kalau engkau melihat orang sibuk memperindahkan lahirnya (luaran), maka sibukkanlah dirimu dengan memperindahkan batinmu (dalaman)."

"Kalau engkau melihat orang sibuk memperindahkan perkebunan, maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan."

"Kalau engkau melihat orang sibuk mengabdikan diri kepada sesamanya, maka engkau sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Robbul 'Alamin."

"Kalau engkau melihat orang lain sibuk memperkatakan tentang keburukan orang laen, maka sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri."

Sumber : Al-Islam Februari 2011

Tuesday, March 1, 2011

Join Bloglist Ujang9897

Label :

Tiba-tiba terbuka pulak ati me nak join bloglist mamat kentut ni...hakhak...apapun,, me memang minat habis ngan vespa...lawa wooo...nanti nak minta header Ujang ni buat koleksi... ngee~  Anyway,, blog ni memang sempoi...Entry dia owez dapat sambutan...Simple but interesting...

Err,, adakah ini entry mengampu? Tidak sama sekali...Cuma nak btau kat sini yang mamat ni telah menjadi semakin sengal bila tarikh nikah dah makin dekat...hakhakhak...
COPYRIGHT 2013 RESERVED FOR IT'S TRULY ME! | DESIGN BY KAY SBK