Thursday, April 28, 2011

Bil Air dan Letrik Free

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua... ^^

Sejuk sungguh petang ni...
Hujan turun membasahi bumi...
Bukan x bersyukur kurniaan Illahi..
Cuma x biasa sejuk begini...

Hahaha...ntah apa-apalah pantun x jadi atas tu...Bab pantun-pantun ni memang me failed ar...huhuhu...Sebab tu dulu cikgu x bagi me join Pesta Pantun Sekolah...ngee~

Lagi beberapa hari nak masuk bulan Mei dah...dup dap dup dap...Jantung mula berdegup kencang bila memikirkan detik itu makin dekat...Banyak benda x settle lagi... Hope masa yang ada ni cukup untuk settlekan semua...

Errr,, bukan nak crita pasal tu sebenarnya,, mula balik ngan ayat di atas...

Lagi beberapa hari nak masuk bulan Mei...means dah masuk 3 bulan x terima bil air dan bil letrik...Adakah me dikecualikan dari sebarang pembayaran bil? Bertuahnya if betul... Tapi bila difikirkan balik,, mana ada benda yang free skang ni kan? Sedangkan tandas awam pun kena bayar xkan pula diorang nak biar me senang-senang x bayar bil air dan letrik... :fuh

Or,,

Ada jugak terfikir yang ada orang nak sabotaj me...Manalah tau diorang amik bil-bil yang ada dalam mailbox tu...isk!! Memang ar x baek buruk sangka kat orang but ni just salah satu kemungkinan saja... Bukannya kita tau kan...grrrr!!

Risau jugak if tiba-tiba tengah mandi air xda...X ka haru macam tu... isk..isk..isk... If xda letrik mungkin still boleh survive dengan menggunakan lilin...

Apapun,, sok mesti calling-calling SESB dan Lembaga Air... Kena cek jugak...Risau juga if something bad happen...huhuhu

p/s : sila jangan guna lilin if xda letrik...Emergency light much more safe...So,, pastikan every house ada satu emergency light... More is better.. :bagus


My Life’s Story Blog First Giveaway

Label :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....

Masa untuk menyempurnakan GA yang telah ditag oleh Syuwai...hurm,,, xda idea sebenarnya nak membebel petang ni... apapun,, blog Cik My sangat lawa dan kemas...header nampak sempoi...i love rainbow... :)

Nak tag kat kawan-kawan BCR la... witLURVE dan Cik Ladies ...

Me nak menang hadiah dari Ho Chi Minh!!! ahaks...

Siapa2 nak join,, silalah klik pic header kat atas tu ea... :)

Tuesday, April 26, 2011

Segmen PW : Kumpulan 9

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Akhirnya bermulalah segmen review dan direview oleh Pembawa Wacana... x pandai sangat nak review-review orang ni sebenarnya...sebab blog me pun memang banyak kekurangan...huhuhu...

Diari, Jurnal & Blog


Suka template blog ni...rasanya dah ok...kemas terletak cuma kat comment box xyah kut letak word verification tu...hehehe...Anyway,, memang dah cantik blog ni... :bagus

demmm..xtau nak komen apa... :fuh 
Me pun sama macam dalam entry Saya Tak Suka Menulis ... XD

Coretan Qalam
Blog purple lagi...hehehe...dah ok...post kat main page pun ok..just nak tegur sal lagu jek...huhuhu... actually me x berapa suka sangat nak singgah blog yang ada lagu...if nak letak lagu,, letak yang ada button pause...sori sebab sepanjang me godek-godek blog ni,, me pening dengar lagu tu even best...

Selaen tu rasanya semua ok... and suka ngan post ni,, jom analisis ayat ...


Cerita Tentang Gades Merah Jambu
She's addicted to pink...header tu comel seh...suka2...sesat jap me mencari button follow tadi...rupanya kat atas...hahaha...biasanya ada kat sidebar...

Pada me,, blog ni dah ok cuma kurangkan publish post kat main page..letak 3 post pun ok and kat komen box tu xperlu kut letak word verification...
Terhibur jap baca entry yang ni Lola Dah Bertunang !

Sorry ar if ada yang x suka dengan teguran-teguran tu...bukan apa,, me just bagi pandangan jek...nak ikut atau x terpulang...nyway,, dah jadi follower anda semua...keep in touch yaa... \(^_^)/


Me Sokong Mereka!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Semalam keja syif malam...ari ni pun keja syif malam but turun awal kat opis ni sebab ada hal sikit...huhuhu...letih wooo...Mata still ngantuk...Rasa cam nak terlelap depan pc ni...Apapun,, masa me tengah bw tadi,, me terjumpalah satu entry yang amat menarik perhatian me...Nak tau sal apa? Klik pic header kat bawah ni...


sokong entry JT tu sangat-sangat...dulu me pun x berapa dengan BI ni but we learn thru what we see and what we heard...tu salah satu cara belajar BI yang berkesan...for me la,, xtau pula bagi yang laen...

me and adik bongsu selalu 'gaduh2 manja' bila me tegur sebab dia tgk katun dalam BM...and alasan yang dia bagi cukup simple "saya x faham.." so,, bila nak faham if x biasakan diri...betul x?

Bukan setakat katun jak yang di'dubbed'kan oleh astro ni...movie-movie luar pun sama...ades!! hampeh tul rasanya...

Memanglah kita menyokong untuk memartabatkan bahasa melayu but agak-agaklah juga...if begini cara kita,, bangsa kita akan sentiasa berada di takuk itu...Menguasai bahasa-bahasa dunia menunjukkan sejauh mana kita boleh pergi...

If simple question yang tourist tanya kat tepi-tepi jalan pun kita tergagap-gagap nak jawab,, xkah memalukan tu...hurm,,,

Apapun,, memang xda feel la bila katun or movie omputih dimelayukan...huhuhu...

Monday, April 25, 2011

Giveaway Ujang9897

Label :

Assalamualaikum...

Nak join GA mamat sengal ni...hehehe..malam ni dah tutup...saja nak join last-last minit...if ada lagi yang nak join,, sila klik pic header Ujang atas tu ea... :)

Oleh kerana external me dipinjam oleh kawan,, maka xda pic yang santai selain ni kut...hahahaha...layankan je la...penat godek pendrive cari pic...even Ujang kata x wajib but nak letak jugak...ngee~













Nak kena bebel lagi ke? Actually me xda bakat bebel-bebel ni...nak suh kutuk boleh...hahahaha...but oleh kerana me nak jadi sorang gadis ayu yang sopan maka dengan ini me nak puji-puji la ea...

~Blog Erti Kehidupan ni agak best kerana entry-entrynya adalah tergolong dalam entry yang agak gatal~

Hahaha...boleh cam tu kan,..?!

Nak kena tag ea?...hurm,, x yah la ea...ngee~ bukan malas cuma kerajinan tu agak kurang petang ni...ececeh...lalalala~

Done...semua siap...penatnya menaip...hakhakhak...


Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana

Label :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua....

Me nak direview sebab me suka bila direview...even kadang-kadang ada yang review agak 'pedas' but semua untuk pembangunan blog negara kan... ahaks... :p

Siapa-siapa nak join,, sila klik pic header kat atas...


Saturday, April 23, 2011

13 September 2009

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

How Saturday?? Hurm,, agak busy sejak semalam...dan akan merebak ke hari esok juga...huhuhu..

Masa tengah kemas-kemas bilik tadi,, terjumpa ngan diari masa sekolah menengah dulu... Huhu.. Terasa rindu pula ngan kenangan-kenangan tu semua... Rindu sangat kat kawan-kawan lama...

Wanna share something that i wrote back then..Masa tu still frust menonggeng ngan someone.. Even if x pernah pun couple but if u all read this,, memang akan faham...

Pertama kali melihatmu,
Hatiku berdetik,
Mula berlagu dan berkata,
Kau untukku.
Namun,
Tak ku berani meletak harapan,
Kerana ku tahu apa rasa kecewa.

Layananmu dan tingkahmu,
Membuahkan satu perasaan,
Yang sukar tuk dimengertikan.

Aku senang bila kau berkata,
Aku senang bila kau tertawa,
Aku suka senyumanmu,
Walau akhirnya ku sedar,
Ia bukan untukku.

Tika itu musnah anganku,
Hancur harapanku,
Terasa pedih ulu hatiku,
Apatah lagi bila ku tahu kebenarannya,
Teman akrabku jadi pilihanmu.

Ternyata,,
Keadaan x seindah ilusi,
Inginku lari dari situasi ini,
Namun ku sedar tiada maknanya.

Aku hanya mampu mendoakan kalian,
Biar airmata jadi temanku,
Moga kalian bahagia ke akhirnya..

Huhu..kenangan ni la antara yang membuatkan me tabah untuk menghadapi hari depan... Yang mengajar me bahawa x semua cinta itu akan bahagia..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 21, 2011

Dialog Isteri Ajak Main

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Lapar pula tengahari ni...huhu...dalam lapar-lapar sambil jaga kaunter ni,, me godek-godek ar blog stats... and apa yang me jumpa,,


Yang dua kat bawah tu,, rasanya pasal entry ni Khidmat Phone Sex??! but yang satu kat atas tu xtau datang dari mana...huhuhu...sengal...mana me sediakan dialog-dialog lucah cam tu...blog me ni suci lagi murni tau...Macam ni lah orang melayu,, asyik nak cari yang lucah-lucah jek...insaflah wei...

if kat blog Ujang9897 laen la... confirm ada kut...isk!! Hilang lapar me jap...




Wednesday, April 20, 2011

Jaga Tingkah Laku Di Perpustakaan..Anda Diperhatikan!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Library adalah salah satu port dating bagi mereka-mereka yang sedang hangat bercinta di bangku sekolah...x kurang juga buat mereka yang berada di IPTA atau IPTS...

Perpustakaan adalah tempat untuk mengulangkaji pelajaran...if nak dating pun,, agak-agak la juga ea... Jangan sampai berkelakuan kurang sopan... Me pernah terserempak ngan pasangan pelajar ni,, yang berada di sudut-sudut Perpustakaan...Memang nampak seperti sedang khusyuk belajar but kaki saling bertindihan..sambil belajar tu usap-usap rambut..isk!!

As a library assistant,, banyak yang me dan kawan-kawan staf yang laen dah nampak...terang dan jelas...Bila kami pandang,, buat-buat xtau pula...if ditegur melenting...

Library tu besar dan luas...Dengan keluasan macam tu,, xmungkin staf yang ada mampu nak perhatikan kelakuan semua pelajar setiap masa...atau mungkin dengan adanya CCTV dapat kurangkan gejala x sopan ni kut...ada sesiapa yang tenang belajar di bawah pantauan CCTV??

But x perlukan tu semua pun ALLAH tetap sentiasa melihat kelakuan kita umat-NYA...mungkin sekarang hanya ada rasa seronok,, x rasa pun beban dosa tu...

Tolonglah...Jaga tingkah laku sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi...Perkataan maha tu sudah cukup besar untuk menunjukkan yang anda adalah seorang yang berpelajaran...Tau berfikir...So,, act like one...Jangan kerana perbuatan x senonoh tu kredibiliti anda sebagai pelajar universiti dipertikaikan...

LIBRARY TU RUPANYA TEMPAT DATING...



SEGMEN DIALOG BLOGGER BERSAMA PEMBAWA WACANA

Label :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...


Xda idea nak join sebenarnya but still jugak nak join...hahaha...apapun,, layan jak la ea...


Tuesday, April 19, 2011

Rumitnya Seorang Isteri,, Simplenya Seorang Suami

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....

My bff send this thru email...and it makes me think~~


DIARI SI ISTERI 
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,dia setuju tapi tetap diam membisu. 

Aku tanya apa yang salah - dia jawab,  "Tak ada". Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk. Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu.

Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga."Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV,  dia terlihat jauh dan menghilang.. ... 

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian,dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur.Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan.Hidupku terasa bergoncang..

DIARI SI SUAMI
Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!! TULLL...

Betapa simplenya hidup sorang suami kan... hehehe...

Tapi apapun,, Ustazah Lilis kata jangan biarkan sorang isteri menangis... Jangan biarkan benda yang remeh jadi penyebab retaknya hubungan rumahtangga...

Jika ditanya,, jawablah sebaeknya... Jangan biarkan prasangka merajai hati sang isteri... Isteri tu amanah ALLAH maka jagalah dengan penuh rasa kasih...Isteri tulang yang rapuh, maka berhati-hatilah membentuknya...

p/s : me mahu jadi seorang isteri yang simple...boleh? simple is the best kan...ngee~

Monday, April 18, 2011

Bunuh Diri Bukan Trend Baru

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...
  1. Agensi Polis Kebangsaan Korea melaporkan Korea Selatan mencatat kadar tertinggi di dunia, laporan untuk tahun 2010.
  2. Jumlah kes bunuh diri pada 2009 adalah sebanyak 14, 579 kes meningkat 18.8% daripada 12, 270 pada 2008.
  3. Bermakna kadar pada 2009 adalah 29.9% kes bunuh diri bagi 100,000 orang. Jumlah penduduk Korea Selatan adalah 48,746,693.
  4. Data itu lebih tinggi berbanding yang dilaporkan Pertubuhan Pembangunan dah Kerjasama Ekonomi (OECD). Pertubuhan melaporkan 21.5 kes bagi 100,00 orang menjadikan Korea Selatan menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara OECD.
  5. Jepun mengekori rapat dengan catatan 19.1 kes bagi setiap 100,000 orang.
  6. Laporan polis menunjukkan masalah psikologi/ psikiatri mencatatkan 28.28% punca bunuh diri diikuti fizikal/ penyakit (21.88%) dan ekonomi (16.17%).
  7. Mereka yang berusia lebih 61 cenderung untuk bunuh diri (31.65%), diikuti kumpulan usia 31-40 manakala usia 31-40 mencatatkan 17.2%, 16.65% pula bagi mereka yang berusia 51-60 tahun.
Artikel diatas diamik bulat-bulat dari Berita Mingguan Malaysia,, 17 April 2011...

Hurm,, macam-macam dunia ni kan...dah baek-baek ALLAH bagi peluang untuk hidup tapi bunuh diri pulak... Jangan pula pas ni ada artikel kat paper dengan tajuk 'Blogger Bunuh Diri Sebab Blog Tak Famous'... Memang buat tabiat lah if ada blogger berfikiran pendek cam tu...


Cicak Haram atau Halal?

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Rasa cam dah setahun x update blog...huhuhu...malam nanti me akan balas kunjungan rakan-rakan yang sudi melawat sini ea...sowi sangat-sangat... lebiu all... muaahhxx!

Sedang me proses jurnal-jurnal yang sampai ni,, tiba-tiba me terbaca satu artikel dalam Dewan Kosmik keluaran April 2011,, muka surat 58-59 bertajuk seperti di atas... skema~ huhuhu...

Dalam artikel ni menerangkan tentang penggunaan tok' ke atau tokek atau saintifiknya Gecko-gecko Linnaeus dalam bidang perubatan...


- Berbintik merah, kuning atau oren dan badan warna kelabu
- Mampu mencapai saiz 30-40 cm (jantan) dan 20-30 cm (betina)
- Bersifat menyendiri dan hanya akan wujud hubungan jangka waktu yang singkat sewaktu mengawan
- Ia akan bertelur satu hingga tiga biji bergantung pada persekitaran
- Gecko-gecko betina akan menjaga telur hingga menetas

Cicak ni dikaitkan dengan keupayaan menjadi penawar AIDS namun xda ujian secara saintifik dijalankan... propaganda kah itu? hurm,,,

Namun begitu,, even ada bukti saintifik sekalipun tentang kebaikan ekstrak cicak ni,, kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali menggunakan atau memakannya.. Kerana cicak tergolong dalam makhluk 'fuwaisiq' (jahat) yang nyata haram dalam Islam...

Imam Bukhari meriwayatkan "Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) Nabi Ibrahim 'alaihissalam" ...
Mungkin ramai yangakan berkata bahawa tidak makan cicak ni namun apabila ALLAH telah mengharamkan sesuatu makan untuk menjualnya juga pasti haram... 

Daripada riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai Hadis Sahih oleh Ibnu Hibban, "Sesungguhnya apabila ALLAH telah mengharamkan atas sesuatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya."
Sudah jelaskan dengan hukum menggunakan dan menjual cicak ni... Ramai yang terlalu obses dengan pendapatan lumayan hasil dari penjualan cicak ni... x fikir pun halal atau haram...

~Sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu bagi orang Islam~


Saturday, April 16, 2011

Kursus Pra Perkahwinan

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Apa khabar kawan2? updating my status for this weekend..sori coz xkan sempat nak blogwalking hujung minggu ni..maybe x sempat nak balas kunjungan..

Siang hari me menghadiri kursus pra perkahwinan di UMS dan malam pula x dpt online coz ada keja yang oerlu diselesaikan.. Me akan cuba bw sebanyak mungkin dengan blogger-droid ni..

P/s : dengar-dengar pas ni kursus pra perkahwinan akan diadakan selama seminggu start Jun 2011.. Sib baek da attend awal..huhu

Gonna miss u all!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 15, 2011

Alergik Nasi?!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Janganlah gelak baca tajuk x boleh blah tu....huhuhu...semalam me cuti sebab muntah-muntah...kenapa? xtau ar...Actually sakit ni menyerang ikut musim...Bila menyerang,, memang sandi la...sakit,, x selesa badan,, pening...isk..

Asal makan nasi mesti muntah...makan nasi muntah...bila makan di luar musim penyakit tu,, ok jak pun...macam biasa...ada lagi x orang yang kena sakit macam ni...FYI,, me x mengamalkan diet x sihat tau... :sedih

Semalam me pegi la klinik...cek apa-apa yang patut...Doktor pun cek la tekanan darah...pas tu dia panggil sorang staf nurse then suh me baring...siap tekan-tekan perut me..cari apa? ntah...xtanya pun...Masa dia tekan-tekan tu,, dia ceritalah kat staf nurse (agak berusia) tu..

Doktor : Ada perempuan tadi saya suruh dia buat pregnancy test tu..

Nurse   : Yang mana? Patient yang tadi tu ka?

Doktor : Iya..dia cakap macam ni,, macam ni tapi sihat juga...

Nurse   : Tapi umur dia 50 lebih sudah bah kan? (ketawa) Kuat juga... Kalah saya owh...

Doktor : (Join ketawa)

And me agak kaget di situ...sebab apa? Masa me masuk tadi,, makcik tu kuar dari bilik doktor...x macam orang yang umur 50 ke atas...masih nampak muda just a lil bit berisilah badannya...but,, hairannya kenapa diorang ketawa? Sebab dia mengandung dalam usia yang agak 'besar'? Agak-agaklah juga...

Bukankah apabila ALLAH ingin sesesuatu terjadi, IA hanya perlu bertitah dengan kata kalam-NYA "KUN"...maka jadilah ciptaan itu.

Jadi tidak wajar kita ketawakan kuasa ALLAH itu... Paling tidak pun,, kita boleh sama-sama mengucap syukur atas kurnia yang ALLAH berikan pada mereka...

Pas siap amik ubat (banyak gila ubat..huhu) ,, me dapat sick leave...jadi semalam me bercuti sakit... ngee~

p/s : 1st sick leave me after keja lebih kurang 3 tahun...baekkan me? ahaks!!


BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT

Label :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia... ^^

Ada rasa macam nak jadi budak x petang ni? if ada,, sila klik pic header di atas ea...errr,, tapi if bukan budak x boleh minat kartun ea? ngeee~

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA


Weee...kenal x? Mesti kenalkan...Ni la Usagi Tsukino @ Sailormoon...Me sangat minat ngan dia ni..Dunno why...Me membesar dengan anime ni...Dari kecik sampai la me besar panjang ni,, anime memang x lekang dari ingatan... :)

Dia ni agak keanak-anakkan sikit...but if she in a battle field,, dia akan menjadi seorang yang serius...dan dia amat mementingkan persahabatan... She's pretty of course... weeee~~

And ost Sailormoon ni best,,, best dan best... Me sertakan lirik sekali ea... ^^


Maaf ku tak pernah berterus terang, bukan ku tak mempercayaimu..
namun sebelum ku berganti rupa ingin aku menemuimu…

ku kan bermandi cahaya bulan, dan cemerlang di malam yang cerah..
memang telah lama kurasakan ingin menolong yang lemah…

tiba2 keajaiban terjadi….
kekuatan muncul di diri…

untuk melawan semua kejahatan, kekuatanku harus digunakan…
menegakkan segala kebenaran, ini keajaiban alam…

Aku mempercayainya….



APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK DAN KENAPA



Yang ni pulak,, kenal x? Astroboy... Me xtau kenapa me x suka but memang langsung x pernah ada niat pun nak tengok...Ermmmm,,,, yang penting me memang x suka lah...titik!

Jika aku SUPERHERO ,AKU NAK JADI ...

... Kucing biru!! hehehe... me bukan nak jadi bulat exactly macam si kucing biru but nak keistimewaan macam tu dan kebolehan transform seperti kebolehan Sailormoon..opps!! tapi bukan seseksi Sailormoon yaaa...wink~wink...

DORAEMON
 
Doraemon bukan superhero..???? grrrr...Doraemon pun superhero apa...

Nota untuk Doraemon : I'll be hunting ur pocket from now on...hahahhaa... :p

Jangan Berbohong

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....

Hari Jumaat yang damai... Just nak share artikel yang me dapat thru emel...

Hadith:


DARI  Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar Nabi SAW bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.

Riwayat Bukhari 

Huraian Hadith: 

Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafik, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat.

Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat.

Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapatmeninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: "Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.
"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: "Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

So,, sama-samalah kita beringat yaa...Matlamat tidak menghalalkan cara...

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Label :

Assalamualaikum semua...

Mari ramai-ramai kita join En. Ben kasi gegar... Nak join,, klik pic header kat atas tu ea...

Wednesday, April 13, 2011

Segmen | Kalau Aku Ada Bakat Aku Nak Jadi Penulis Novel

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Setelah sehari suntuk berhempas pulas menyiapkan keja-keja yang memang xkan siap ni,, akhirnya me amik keputusan untuk menyambungnya pada keesokan hari...pening sudah ni...huhuhu...me pun xtau dah yang mana satu dokumen,, yang mana satu fail... :blur


Apa kena mengena banner ni ngan keja me? Adalah...Nak rehatkan minda dengan men'join'kan diri dalam segmen Cik Bambam...segmen apa? klik jak banner atas  tu...yeah!! semangat blog kembali...ngehehehe...

Kalau me ada bakat,, me nak jadi penulis novel..kenapa? Sebab me minat,, minat dan sangat minat...Dulu me menulis sekadar nak luahkan perasaan...like if me sakit ati,, marah,, geram or rasa nak pukul orang,, the best thing selaen membebel x tentu pasal adalah dengan menulis dan mengarang...

Kat bawah ni adalah antara karya-karya yang me karang... xtau best ke x...sedap ke x sedap ceritanya but if free,, sudi-sudikanlah baca...:)

Rahsia Hati Aqila
Lagenda Fairytales

Antara penulis yang sangat me minat is Aisya Sofea dan Aina Emir...Ada banyak lagi actually but xpayah kut nak senaraikan semua...Apapun,, i do respect all the novelist...

Agak-agak boleh tercapai tak? :)

p/s : nak buat novel bersiri ala-ala Harry Potter versi Hang Tuah & Snow White... ada harapan untuk laris x? :p

Monday, April 11, 2011

JIKA AKU PELAKON POPULAR

Label :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Wah,, wah,, bukan maen lagi tajuk ea...ahaks! Nak join segmen Mak Dara ni...Saja bajet pandai berlakon...hahaha...Nak join jugak? klik jak pic header kat atas tu...

* Nak berlakon teater, drama atau filem

Drama kut...best...bleh bagi orang meluat lama sikit tengok me kat tv...hahaha....

* Watak yang diidamkan

Opkos nak watak baek-baek...muka suci murni ni mana ada bakat nak dapat watak jahat..hahahaha... :tampar

* Nak berlakon disamping Pelakon popular mana

Nak Iqram...eh,, Ashraf Muslim...hurm,, Farid Kamil lagi ok kut... hahahaha...ok lah,, me pilih Sam Shaheizy...muktamad!! ngehehehe...

* Nama glamour anda

Glamour apa nama Moon... ahaks...

Sesi perasan bagus telah siap...hehehe...

Happy Birthday Ma!!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Happy Birthday Dear Ma...
Sweet 47th...
May ALLAH Bless You Always...

Me, adik, Ma and Pa
Terima kasih kerana sabar membesarkan kami...
Terima kasih juga kerana sentiasa ada bila kami perlukan Ma...
U are the greatest Ma of all...

Pa, Me, Masyitah, Maziah, Safwan and Asyraff need U...
We all Love U so Much!! 


Sunday, April 10, 2011

Orang Kecoh,, Me Pun Nak Join Jugak!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....

Semenjak dua menjak ni,, semua kecoh sal telur tiruan... First malas nak kecoh juga pasal benda ni tapi skang ni asal me pandang telur,, mesti rasa mual...huhuhu...memang affect juga la selera pemakanan ni...isk!!

Tapi tadi terbaca satu artikel,,

KUANTAN – Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.
"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Nak baca lebih lanjut SILA KLIK SINI : ALL IN ONE...

Even dah disahkan macam tu but i'm still x boleh pandang telur buat masa ni...huhuhu..sandi owh...isk!! Mo bayangkan rupa telur tu jak pun buat tekak rasa perit...if nampak xtau apa jadi...Semua salah Telur Tiruan.... huhuhu...

p/s : type entry ni pun menyiksa tekak...uhuk!!

p/s/s : xda kena mengena ngan laen-laen telur selaen telur ayam...

E.B The Easter Bunny

Label :
Assalamualaikum semua...

Setelah melalui hari sabtu yang agak memboringkan semalam,, now i'm currently at 1Borneo Hypermall with my bff Artiq..

Watching Hop..and it's a very funny movie..enjoyable..

Easter Bunny who wanna be a drummer..ok,, sedang menghayati..see u guys soon..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 9, 2011

Bangku Kosong: Siapakah Qaseh Delia Adelia?

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Apa khabar anda di Hari Sabtu ni? Me? Ok jak...berpanas seharian di dalam umah pada hujung minggu adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan...huhuhu...letrik xda start jam 12.00pm tadi hinggalah jam 6.30pm...arrrr...tension me jap...bukan apa,, if ada lappy 'hidup'lah juga...ni dengan mr.lappy pun kehabisan tenaga...err,, apa me merepek ni...huhuhu...

Ok lah...On jak mr.lappy tadi terus cek blog...memang xda keja laen ar...hohoho...ternampak segmen anjuran HH...Nak tau segmen apa,, klik jek banner HH kat atas tu...

Actually me kenal Qaseh Delia Adelia ni thru segmen-segmen anjuran En. Ben...Just kenal melalui dunia maya jek...x pernah bersua muka dan bertentang mata...teringin juga but xtau bila...Falling in love with most of her entry...best!! Love the way she express her opinion... memang terkena di hati me...

Qaseh Delia Adelia (sowi coz cilok tanpa kebenaran..huhu..)
Ni antara entry-entry yang berjaya buat me owez thinking...

Tayang2 Body ! hantaran mahal ?

Sibuk Merancang ! tapi ~

Rasulullah menangis kerana kita ~ jahatnya kita !

Ada banyak lagi...If nak baca,, pegi lah terjah blog beliau... me owez stalk entry-entry dia...


Friday, April 8, 2011

Campaign No TV Week!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...



Tadi masa bw sambil-sambil ngudap biskut chipsmore + teh o,, terjumpa sal Kempen Jangan Menonton TV kat blog HH... Kempen  bermula 21 April 2011 hingga 27 April 2011 anjuran FOMCA...

Agak-agak tercapai x kempen ni? hohoho...me kata jak nak sokong but ntah dapat ke dok...bukan apa,, rancangan-rancangan kat tv amatlah menarik...apalagi dengan kehadiran Maharaja Lawak dan Akademi Fantasia Musim Terakhir...Lagi ada Top Chef and The Biggest Loser...and So You Think You Can Dance...arrrr!!!

Hahaha...semuanya reality show kan...best apa...dah lagi me tinggal sorang kat umah ni,, x sanggup kut nak tinggalkan tv ni terbiar sunyi sepi...huhuhu...isk!! Rasa bersalah dah ni...nak sokong,, x sokong,, nak sokong,, x sokong...isk!!!


How Kids See Love in Action

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Comel jek bila baca,,

Love is when my mummy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK.
Danny, 7
Love is when mummy sees daddy smelly and sweaty and still says that he is handsomer than Robert Redford.
Chris, 7
Love is when mummy gives daddy the best pieces of chicken.
Elaine, 5
Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk some more.
Emily, 8

Sumber : The World According to Kids : A Child's Eye View Of Life, Love and Chocolate Cake (HarperCollins, 2009)


BEN ASHAARI MMG GILA LA KOT

Label :





Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua...

Petang ni nak join Segmen anjuran En. Ben...

Suka masuk Blog En. Ben sebab...

- (grrr...sedang xda idea sebab sakit perut) Segmen-segmen yang dianjurkan membuatkan me teruja untuk melontarkan segala idea-idea yang ada dalam kepala...salah satu platform juga untuk blog dikenali oleh mereka, mereka dan mereka di luar sana...

- Segmen yang dianjurkan juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan traffik me yang sentiasa berada pada mutu yang sederhana...

- Setiap kali join segmen En. Ben,, me akan dapat satu dua orang kawan baru...and me getting excited even diorang just singgah and tengok-tengok even without komen-komen,, sekurang-kurangnya mereka tau tentang kewujudan blog yang x berapa nak meriah ni...Dan kemungkinan untuk diorang kembali lagi ada... huhuhu...

- Penutup,, hargai semangat En. Ben untuk tolong blogger baru macam kami ni...

Ntah apa-apa yang me type ni...grrrr!! perut makin buat hal...




Anjung Blog!

Label :
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua... :)

Tiba-tiba pula hilang mood di pagi jumaat ni...isk!! xtau la...malas nak crita...abaikan...x penting pun kut...argghhh!!! (jerit kuat-kuat..)

Ok,, meh sini nak crita sikit sal Anjung Blog...pernah dengar x? Ada yang pernah dan ada yang x pernah kan... Me pun baru tau malam tadi..tu pun setelah menyibukkan diri kat BCR... hohohoho


Hah!! Yang ni lah dia Anjung Blog...Tengok kat atas tu,, page me dah masuk...Baru jak submit form awal pagi tadi...x lama pun prosesnya...syarat-syarat nak join pun x berat...

Siapa yang cipta Anjung Blog ni? Nak tau lebih lanjut,, KLIK SINI... If dah baca,, boleh proceed KE SINI pula... 



COPYRIGHT 2013 RESERVED FOR IT'S TRULY ME! | DESIGN BY KAY SBK