Monday, August 29, 2011

Nak Berbuka Pun Hormatlah Azan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Kini kita berada di akhir Ramadhan.. InsyaALLAH,, esok kita akan menyambut Syawal pula. Skang ni mesti ramai yang tengah kemas-kemas umah kan? Kacau dodol. Isi biskut dalam balang sambil menyelam. Rindu pula nak buat semua tu. 

Sebelum kita beraya sok,, jom kita renung kembali Ramadhan yang baru kita tempuh. Tak payah fikir jauh2 sangat la. Kita ingat balik waktu berbuka puasa. Masing-masing tengah lapar,, duk depan makanan, pasang radio kuat-kuat semata-mata nak tunggu azan Maghrib. Azan jep,, tadah tangan baca doa. Laju baca doa tu,, lapar katakan. Azan tak habis lagi tapi siap bising nak itu nak ini. Kitakan diajar supaya menghormati azan. If nak makan tu,, makanlah dalam keadaan senyap. Tunggu azan habis dulu. Pas tu nak bising tu,, bising lah. Tapi ingat,, adab di meja makan. :)

Ada pula yang baru jep azan mula terus tutup radio. Tak habiskan pun dengar azan tu. Apa salahnya kita berbuka dengan mendengar azan tu sampai habis. Bukannya mengganggu kita berbuka pun kan?Hurm,, itulah sikap yang banyak me perhatikan masa berbuka puasa. Kadang-kadang me pun terbuat jugak benda-benda tu tapi bila tersedar,, better kita muhasabah diri kan? Biar tak berulang lagi di masa akan datang. InsyaALLAH jika masih ada Ramadhan untuk kita di masa akan datang.

p/s : entry auto published. Skang ni, me dalam flight balik Semenanjung. 1st time beraya kat Melaka as a wife :)


Genap 3 Bulan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Wah,, kat mana-mana semua sibuk shopping last minit. Maklumlah,, insyaALLAH sok dah masuk 1 Syawal.

Apapun,, hari ni genap 3 bulan me bergelar isteri. Alhamdulillah. Hidup makin ceria, bermakna dan teratur. Doakan kebahagiaan kami ea.

p/s : geram sebab x boleh tempek pic. Dah la nak cepat ni. Sat lagi flight me. Doakan me selamat sampai ea.

Salam Merdeka Raya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Di kesempatan ini,, me mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM MERDEKA RAYA buat seluruh rakyat Malaysia. Tak ada madah pujangga,, tak ada juga pantun penyeri kata, bukan apa,, madah dan pantun bukan bidang me kut.. huhu.. Copy cat boleh lah. lalalalalala~

Kepada rakan-rakan blogger,, semoga hubungan yang terjalin di alam maya ni membawa seribu makna buat kita semua. InsyaALLAH,, di panjangkan umur dan murah rezeki,, bersua muka juga di masa akan datang. Me nak mohon maaf andai sepanjang me berblog dan mengenali rakan-rakan semua,, me ada tersalah kata,, terlanjur bicara dalam berblog. Terkasar bahasa atau tergurau secara ganas, xda niat pun sebenarnya sebab me ni baik sangat. pfft! 

0-0 ea.. Love u all...

Buat kawan-kawan lama,, bff yang stalk blog me ni *bajet blog ada stalker.. pfft!* me nak minta ampun dan maaf jika sepanjang kita kenal,, me ada menyakitkan hati korang, menyinggung perasaan korang sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Sayang korang ketat-ketat. 0-0 tau.. :muah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 54
SELAMAT HARI JADI MALAYSIA

 

Friday, August 26, 2011

T-shirt BCR

Assalamualikum dan salam 1Malaysia..

Tadi me dapat satu parcel dari Jejaka Terhangat! Yes!! T-shirt BCR me dah sampai. Boleh pakai masa raya nanti. Excited lebih woo ari ni. Hoho.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 25, 2011

Betapa Pentingnya Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Ramai yang menganggap belajar bahasa inggeris tu seperti melupakan bahasa sendiri. Mana ada lah. Itu akan jadi salah satu kelebihan untuk kita survive di zaman serba moden ni.


tok : cu ko paham bahasa org putih tak?
cucu : boleh la tok..nape?
atok : ce tengok borang ni..ce tengok! tolong isikan skali blh?
cucu : ok dude...ur name plzzz!
atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP.
cucu : age plzz!
atok : 62thn
cucu : sex tok?
atok : amboi2...x kan semua nk tau..
cucu : yes..ni wajip tok
atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood jugak..
cucu : adoiyhhh.

sumber : E-mail

So,, if tak mau jadi macam kat atas tu,, rajin-rajinkanlah diri menguasai bahasa inggeris. Tak salah pun.



Wednesday, August 24, 2011

Final Destination 5

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Last Sunday, me berpeluang menghabiskan masa with my very BFF. Artiq, Sisca, Nana and Masni. Well, menghabiskan masa dengan diorang sangat berbaloi. Why? Coz diorang memang sporting. Hehehe. Owez riang ria sentiasa.

Bit riang ria tu hilang sebaik start movie Final Destination 5. Me belum pernah ketinggalan tengok movie ni. But dulu mana ada tengok kat panggung. Tengok cd jep la. Memang layan movie ni. Tapi agak tak logik la.

Bila tengok movie yang kelima ni, perasaan tetap sama macam me tengok movie Final Destination sebelum ni. Gerun, mendebarkan, menakutkan dan mengerikan. Huhuhu. Tapi mata memang tak lepas dari screen.

Kali ni kisah kematian yang mencari mereka-mereka yang terselamat dari tragedi jambatan runtuh. Seorang demi seorang dijemput ajal dalam keadaan yang amat mengerikan. Namun kononnya, takdir kematian mereka akan berubah dengan syarat mengambil nyawa orang lain sebagai ganti.

Arrr.. X best la nak citer cam ni. Korang yang belum tengok tu, silalah tengok. Memang x rugi kut. Duration movie ni pun x lama. If not mistaken, sejam setengah jep. X sempat kut nak tido. Hehe.

Bagi 4 **** untuk movie ni.

p/s : tengok 3D lagi mantap. Rasa cam real jep. Xkan lepas peluang untuk Final Destination 6.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


ialah hari dimana seorang blogger
hanya perlu meletakkan gambar tanpa
menceritakan apa-apa tentang gambar itu.
Biar gambar menceritakan segalanya...


Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Klik pic untuk tumbesaran yang sihat


ialah hari dimana seorang blogger
hanya perlu meletakkan gambar tanpa
menceritakan apa-apa tentang gambar itu.
Biar gambar menceritakan segalanya...

Tuesday, August 23, 2011

First GA : CR Perlukan Rakan Alam Maya!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Kena tag la pulak oleh AsRiRaYroCk ... :fuh

Hehehe.. Mana boleh mengeluh. Kata nak support kawan kan? Ikhlaskan hati... :)


Syarat 1, 2 , 3 settle!

Tag Spanar Buruk, CikJumi, feeza Macho, fyka (tak kira!! koram mesti buat!)



Wanita Berhak Tolak Poligami

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

KUALA LUMPUR : Wanita mempunyai hak untuk menolak poligami sekiranya yakin suami mereka tidak mengikut syarat yang digariskan dalam Islam. Menurut penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, seorang isteri berhak berbuat demikian jika suami tidak berkemampuan dari segi ilmu agama mahupun kewangan. Hari ini, kebanyakan lelaki tidak menunjukkan nilai kemampuan diri sebelum menunjukkan nilai kemampuan pasang dua. Haram bagi seorang lelaki sekiranya berkahwin seorang lagi sekiranya tidak menunjukkan ciri-ciri yang adil dan berkemampuan baik dari segi kewangan dan kesihatan. Namun, wanita yang menolak poligami tanpa alasan yang kukuh juga boleh terpesong akidah. Poligami adalah hukum ALLAH s.w.t yang termaktub dalam Al-Quran.
Sumber : Al-Islam Ogos 2011

Bercerita mengenai 'pasang dua' ni,, ramai wanita di luar sana termasuklah me, pastinya  merasa tidak senang duduk. Skang ni sana-sini terbaca kes-kes poligami yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Tak nak blame siapa-siapa dalam hal ni. Masing-masing dah tahu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk so,, jangan rendahkan akal fikiran hanya kerana nafsu.

Sharing is caringkan? Sebagai peringatan dan rujukan bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal~ :)


Buat Lagi =.=

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Me terjebak dengan benda ni... :fuh



Tapi bila saja me nak buat dodol boy,, mesti jadi pelik cam ni,,,


Huhuhuhu... sedihnya. Macamana nak buat dodol boy yang comel ea?!

Nak tengok dodol yang lawa x? Jom klik page Abang Kawasan ..

Monday, August 22, 2011

My 1st Time

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....

Skang ni doodle dah jadi trend. Macam-macam doodle ada. Yang bulat,, segiempat malah segitiga pun ada. Then,, bila orang lain buat,, me pun nak jugak try bakat terendam yang ada ni. Nak jugak try buat sedua doodle.

Setelah berhempas pulas selama hampir 15 minit *lama kan? :fuh* inilah kejadian doodle yang me buat...

Bahagian inner tudung tu nampak semak sikit.. huhu
Yang ni pulak,, me tambahkan cermin mata tu jep...
Tangan tu letak kat belakang sebab me still x pandai lukis tangan. Tadi dah try tapi look very numb pulak.. hehehe. Pas ni nak try doodle kan kawan-kawan opis me pulak. ngee~

p/s : Hope cuti raya yang sehari tu lepas!

Friday, August 19, 2011

Pemenang 2nd GA Pearl bY mOoN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Minta maaf kerana gagal menunaikan janji untuk auto publisheb pemenang pada jam 3 tadi kerana ada masalah dengan internet yang meragam di saat-saat akhir.. 

Kini diumumkan para pemenang 2nd GA Pearl bY mOoN...




Mereka kat atas ni adalah pemenang yang bertuah..

So,, hope dapat hantar :-
Nama Penuh :
Alamat :
No.Telefon :
Ke email ierah86@gmail.com sebelum 22 Ogos 2011

Mana-mana pemenang yang gagal hantar maklumat berkenaan sebelum tarikh yang ditentukan,, secara automatik kemenangan dibatalkan dan peluang diberikan pada contestant lain.

Tahniah kepada para pemenang. Pada yang belum berpeluang untuk menang,, insyaALLAH, another contest coming soon. Hope korang sokong jugak ea... :D

Sayang korang mampat-mampat! :muah





TERBARU!! ~2nd GA Pearl bY mOoN~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

PENTING!!!

Pengumuman pemenang bagi 2nd GA Pearl bY mOoN akan diawalkan pada petang ini agar para pemenang menerima hadiah mereka selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

So bagi mereka yang telah menyertai GA ni, hope bersabar. Entry pengumuman pemenang auto published pada jam 11 malam ini.

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi menyertai. Sayang kamu semua. :)


~auto published~


Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, August 18, 2011

WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..


Rasanya dah lama tak join mana2 bloglist. So,, di petang yang agak sibuk ni,, me nak join bloglist dari Miss Librarian kita. :)


Para Perokok Wajib Mengerjakan Ibadah Haji

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Tahukah anda?



Harga rokok : RM10.00(sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650.00
Tempoh merokok : RM 3650.00 x 5 tahun = RM 18250.00

Makanya,, orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka selama ini disia-siakan dan dibakar!


Itupun kalau betul sekotak sehari. Macamana pula if berkotak-kotak sehari. Lagi banyak, betul kan?

Betul ke x betul? Fikir-fikirkan lah.. :)


Wednesday, August 17, 2011

Kahwin tu Best!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Petikan dari sessi terjah bersama Shy.. Nak tau lebih lanjut,, klik jep sini.. :)

Kahwin tu memang best but jangan kahwin if tak ready lagi. Really mean it. Kenapa? Kahwin ni bukannya hal setahun dua. Tapi if boleh semua pun nak bahagia ke akhir hayatkan? So,, pastikan yang kita betul-betul dah ready.

Capai dulu apa yang kita nak capai masa bujang. Jangan dah kahwin nanti baru mengeluh tak sempat buat itu ini. Baru nak sibuk nak jadi cam orang bujang balik. Tak boleh!! Bila dah kahwin,, kita tak fikir pasal diri sendiri lagi. Kena fikir sal pasangan jugak. Hidup dah berdua kan?

ada keja. bersambung....


PENGUMUMAN! ~2nd GA Pearl bY mOoN~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Dengan ini diumumkan 2nd GA Pearl bY mOoN telah diTUTUP dengan RASMInya. Sebarang penyertaan selepas jam 12.00pm tidak akan dilayan. 

Bagi yang telah menghantar penyertaan,, sila check nama anda di Senarai Peserta 2nd GA Pearl bY mOoN. Bagi mereka yang telah menghantar penyertaan tetapi tidak ada dalam senarai,, sila tinggalkan komen di entry ini agar me dapat checked balik penyertaan anda. 

Terima kasih kepada yang sudi menyertai dan menyokong my 2nd GA ni. 

Pemenang akan diumumkan pada Hari Isnin bersamaan 22 Ogos 2011. Nantikan keputusannya!! :)


2nd GA Pearl bY mOoN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

*STICKY POST*

Seperti yang dijanjikan sebelum ni,, me nak umumkan bahawa 2nd GA Pearl bY mOoN dimulakan dengan rasminya. :) Seperti juga 1st GA Pearl by mOoN, semua mereka yang ingin menyertai GA ni hendaklah mematuhi semua syarat yang ditetapkan. No excuses!! Just untuk yang kedua ni,, ada sedikit perubahan dari segi syarat penyertaan. Sikit jek.

Apa yang perlu anda buat ialah :

  1. Buat satu entry ringkas bertajuk 2nd GA Pearl bY mOoN dan dalam entry tu hendaklah dinyatakan sebab kenapa anda join GA ni.
  2. Letakkan banner GA kat atas tu dalam entry then linkkan ke entry ni.
  3. Terbuka kepada blogger boys dan perempuan.
  4. Tag 4 rakan anda dan pastikan mereka tahu. HARUS!!
Mana-mana 4 syarat di atas yang tidak dipenuhi,, secara automatik penyertaan anda akan ditolak. Tidak ada sebarang kompromi dalam GA ni.

    GA ni akan berlangsung selama 24 HARI SAHAJA. Bermula hari ini dan berakhir pada 17 Ogos 2011. Tempoh GA tidak akan dipendekkan atau dilanjutkan.

    Hanya 3 orang pemenang yang bertuah akan dipilih.




    LELAKI ATAU WANITA, YANG MANA HEBAT MEMASAK??

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


    "LELAKI ATAU WANITA, YANG MANA HEBAT MEMASAK??"

    Me nak jawab LELAKI. Bukan tak mahu sokong wanita tapi memang nampak ngan nyata yang sekarang ni ramai lelaki yang monopoli bidang masakan sama ada dalam atau luar negara. 

    Masa majlis kahwin me ari tu pun,, lelaki yang masak. Memang cepat dan mantap. Diorang masak pun teratur sangat. Kemas dan tersusun. Rasa pun boleh tahan sedap. Bagilah menu apa pun,, diorang ok jek. 

    And jujur jugak me akui yang antara me ngan mr.hubby,, mr. hubby sangat terror masak. Masakan yang simple but sangat nice. Huhuhu. Masa kenduri kesyukuran pas majlis kahwin ari tu pun,, mr.hubby yang masak. Me tak pernah lak masak untuk kenduri. Tapi bukan bermakna me tak pandai masak tau.. ngee~

    Bukanlah me maksudkan yang wanita ni tak hebat dalam bab-bab memasak tapi zaman dah berubah. Zaman sekarang lelaki semakin terror masak. Seyes! :)

    Segmen Kuih Raya Feberet Bersama Spanar Buruk

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

    Kali ni nak join segmen dari Spanar Buruk pulak... :) 

    Nak join,, klik pic atas ni ea.. :)
    Banyak actually kuih pebret me masa raya ni... Antaranya,,


    Biskut Dahlia... Kenapa? Me pun tak tau kenapa but rasanya memang sedap. If biskut ni,, 2, 3 balang pun me mampu habiskan. Tak percaya? Try me.. hehehe... Tapi susah nak jumpa biskut ni skang. Dulu my ma selalu buat but sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni,, jarang dah buat biskut. Buat biskut tunjuk jek la.


    Kuih Makmur! Yang ni wajib ada time raya. Me memang suka makan biskut ni. Then suka banding-bandingkan rasa if ke rumah makcik-makcik. Hehehe.. Yelah,, even resepi sama tapi skang ni kan ramai yang suka menokok tambah perasa. Hehehehe...

    Tag MizzMulan dan Phat ... 


    Monday, August 15, 2011

    Lagu Aidilfitri & Merdeka Pilihan

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

    Semalam dah janji ngan CS nak buat segmen dia malam ni. Sib baek alepridz sebut tadi, if tak,, memang confirm lupa. :fuh


    Jom ramai-ramai kita meriahkan segmen anjuran retiss CS ni. Bangga dapat join segmen retis.. :terharu

    Mood raya memang dah on sejak last week lagi. Kat opis pun dah pasang lagu2 raya. Tapi bahang nak raya tu tak terasa lagi. Kenapa ea? Adakah sebab tahun ni tak beraya ngan family kat Sabah? Maybe kut. Apapun,, cuti raya dah apply. Anda bagaimana pula? hehehe..



    Menjelang subuh yang suci
    Bergema takbir memuji Illahi
    Tanda kesyukuran di hari bahgia
    Hari raya

    Suasana indah nan permai
    Pakaian cantik aneka warna
    Menyambut satu syawal telah pun tiba
    Penuh ceria

    Bermaaf maafan antara tua dan muda
    Salah dan silap hendaklah dilupa
    Tanda keimanan di jiwa kita semua
    Kepada Tuhan Yang Esa

    Ayah dan bonda sanak dan saudara
    Bersua muka bila lama tak jumpa
    Di hari raya aidil fitri mulia
    Disambut dengan mesra bersama sama

    Dihari raya bersyukur kepadaNYA
    Ampun dipinta kita berhari raya
    Tanda kemenangan di sambut gembira
    Menjamu selera setalah berpuasa

    Menjelang subuh yang suci
    Bergema takbir memuji Illahi
    Tanda kesyukuran di hari bahgia
    Hari raya


    Dan bagi lagu kemerdekaan pula...


    Perwira...
    Dikaulah harapan hati
    Penghibur kala sunyi
    Pergilah berbakti
    Membela pertiwi

    Perwira...
    Janganlah kekanda bimbang
    Untuk pergi berjuang
    Andainya kau gugur
    Jasamu dikenang

    Dengarlah lagu kucipta
    Gubahan mesra nan manja
    Sebagai ganti diri
    Bersama kau berbakti
    Untuk ibu pertiwi

    Kekanda di medan perang
    Adinda di medan seni
    Sama-sama berjuang
    Sama-sama berbakti
    Semoga tabah hati

    Majulah kekanda maju jangan undur
    Dinda mohon doa restu
    Rela sehidup semati bersamamu
    Perwiraku



    Friday, August 12, 2011

    Kisah Si Penjual Kuih

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

    Me nak share something yang me dapat dari email just now. I cried while reading this. Maybe ada yang dah baca but me still nak share sebagai pedoman dan panduan kita bersama.

    Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

    "   Abang nak beli kuih?   " katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

      Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan,   " jawap saya ringkas.

    Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
    "   Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?   " katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

    "   Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,   " kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

    Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "   Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?   "

    Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

    Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

    "   Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.   " katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

    Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

    "   Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,   " Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

    Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

    "   Kenapa bang nak beli kuih ke?   " tanyanya.

    "   Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!   " Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

    "
      Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!   " katanya begitu lancar.

    Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

    "   Abang nak beli semua ke?   " Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

    "   RM25 saja bang.   "

    Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

    Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

    Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

    Artikel ini buat me berfikir,, jika me berada di tempat budak penjual kuih tu,, adakah me akan jadi setabah dia?



    Thursday, August 11, 2011

    Resepi Salad Makaroni Buah

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

    Update laju-laju. Nak share resepi pencuci mulut me semalam.

    Bahan-bahan :-

    Makaroni
    Buah epal merah dan hijau *potong dadu*
    Buah anggur *potong dadu*
    Kismis
    Nata de Coco *lebih afdal if perisa kelapa or laici*
    Susu cair
    Mayonaise

    Cara buat :-

    Rebus makaroni hingga lembut dan toskan. Pas agak-agak air dah xda, pindahkan dalam bekas besar dan gaulkan makaroni bersama-sama dengan buah dan Nata de Coco (tak perlu amik air). Masukkan mayonaise dan gaul lagi bagi rata after that baru masukkan sedikit susu cair.  Akhir sekali masukkan kismis. Pas tu boleh la dimasukkan ke dalam peti ais. Nak makan terus pun boleh tapi makan sejuk-sejuk lagi best!

    Ada juga yang buat salad makaroni buah ni, diorang campur ngan susu pekat manis but rasanya x perlu kut sebab kemanisan susu pekat manis ni akan menghilangkan rasa buah dan mayonaise. Manis buah dah cukup sebagai perasa untuk resepi ni.

    ~Simplekan? Selamat mencuba~

    Faham tak resepi kat atas tu? huhu.. Me tak pandai nak share-share resepi ni. 1st time. Rasa kekok pulak. If ada yang x faham or nak tanya something,, tinggalkan komen ea.. :)


    SEGMEN PECAH PERUT ALEPRIDZ

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

    Nak join klik pic header kat atas ni ea... 

    Segmen ni berdasarkan tarikh lahir.. ok!!

    31 Disember (lain-lain) = Aku Terlanggar Jejaka Tampan Sebab Aku Fikir Aku Hebat

    Hahaha.. hebatlah sangat... Tag Red dan Feeza Macho

    Alepridz dapat 800

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

    ::STICKY POST::

    Akhirnya setelah beberapa bulan berblog,, akhirnya blog ni mencecah 802 follower. Even taklah cecah ribu riban macam blogger femes yang lain but me tetap bersyukur ada yang sudi follow blog me ni. Dah la selalu merapu meraban tahap anak cipan. Huhuhu.

    Me sebenarnya memang menantikan kehadiran follower ke 800 tu sebab me suka No.8. Dan dia yang bertuah adalah saudara Alepridz.

    snip pagi tadi..
    Alep ni me kenal dari BCR. Tak tau apa itu BCR? Cer baca BCR Bukan Bloggers Chicken Rice. Nak tau lebih lanjut? Terjah BCR Official Page . Ceh,, sempat iklan tu. Terabai Alep kejap. Hohoho..

    Alep antara blogger and chatter yang aktif di BCR. Semalam pun dia tanya if me akan buat review entry untuk follower ke 800. Hehehe...So,, me tunaikanlah permintaan dia. Cewah!! hehehe... Bukanlah. Me memang nak buat review untuk follower ke 800.

    Me suka stalk blog dia. Jarang kut tinggal komen. Banyak jugak entry Alep ni yang best. Antaranya :-


    Lebih lanjut,, terjah blog alep!


    Jangan buat macam kat atas ni... lebih lanjut,, g terjah blog alep!

    Skang ni pun dia tengah buat GiveAway ... sesiapa yang berminat nak join,, sila ke GIVEAWAY COOKIES ALEPRIDZ.. Rugi tak join. Boleh dapat cookies free tu.. kat luar tu ada tak yang nak bagi? Xde kan?

    Kat bawah ni pulak header blog alep. Banyak cerita dalam header dia ni. Klik je pic header tu if nak tau cerita di sebalik header alep.

    Besar x? Hehehe...
    Rasanya dia pun single lagi. Ada sesiapa yang nak ngorat dia,, silalah berkunjung ke blog beliau. :hihi

    Apapun,, thanks so much buat semua coz sudi follow blog me yang x seberapa nak ok ni. Rajin-rajinlah komen ea. InsyaALLAH,, if ada masa yang terluang,, me akan berkunjung balas ke blog kalian. Wah! macam skema. Hahaha..

    p/s : Alep,, aku tetap nak cookies ko! Hehehe..




    Shoutbox
     

    Copyright 2014 © It's Truly Me !. Design by Ayu Barbydol