Thursday, September 29, 2011

Tarikh Luput Sijil Kahwin?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



isteri : Abang tengah buat apa tu?

suami : Tak buat apa pun....

isteri : Tak buat apa abang kata? Nak dekat 2 jam dah abang tenung sijil kahwin kita tu...

suami : Abang nak cari TARIKH LUPUT sijil ni.. Apasal tak jumpa ea?

hehehee... Mana ada tarikh luput sijil tu kecuali antara pasangan yang sendiri menoktahkan ikatan tu. But seboleh2nya,, hargai ikatan yang ada tu. Sebelum buat keputusan,, imbas balik kenangan lalu betapa susahnya untuk sama-sama tiba pada hari ini. Jangan terburu-buru buat keputusan,, nanti menyesal di kemudian hari... :)

sumber cerita : status facebook kawan
sumber pic    : pacik google

p/s : sila fahamkan mesej tersirat dalam cerita tu... :)


Read More ->>

Tuesday, September 27, 2011

Takmo Wordless Arrrrr...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Banner ngan bunting untuk majlis hari Sabtu ni.. Mr. Hubby baru hantar print semalam.. Huhuhuhu.. Dah dekat baru nak buat.. Bukan apa,, Mr. Hubby baru tamat Kursus Asas Polis Bantuan kat Muar ahad lepas.. So,, memang agak kelam-kelibut sikit la.. Ok tak? Korang jangan lupa datang tau... :)

New Zealand :p
Tahniah buat Mr.hubby sebab kini sudah bergelar PB UiTM... :)

p/s : Kena pakai inai lagi untuk majlis Sabtu ni.. weeeeee~

Read More ->>

Monday, September 26, 2011

Jawapan Terbaek Bagi Soalan : Bila Nak Kahwin?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Pasti ramai dara dan teruna di luar sana yang bengang bila asyik-asyik disoal bila nak kawen kan? Dulu me pun agak bengang jugak. Letih nak jawab itu ini tapi jawapan x diterima. Huhuhu. Mana taknya,, bila ditanya bila nak kawen asyik jawab seru tak sampai lagi. Mereka-mereka yang bertanya tu pun confirm dah agak mesti jawapan tu yang kuar. Bila jawab cam tu,, ada lak yang balas balik "Dah ngko tak seru,, bila nak sampainya..." ades!!

Tapi me truely inspired by one of my friend. Dia jawab simple jep tapi cukup kut nak buat orang lain tutup mulut. 

"Saya belum puas berjasa untuk family..."

If dulu terfikir nak jawab cam ni,, confirm tak bengang nak jawab soalan-soalan bonus tu.

Read More ->>

Sunday, September 25, 2011

Nenek dan Beca... Fikir-Fikirkan~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Happy Weekend all! Agak lama rasanya x update blog. Ari ni tiba-tiba rasa nak update bila terbaca satu status di wall kawan :-

SITUASI SEBENAR :
Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

BULETIN UTAMA
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

HARIAN METRO
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

UTUSAN MALAYSIA
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

HARAKAH
"Kami tiada beca."

MALAYSIAKINI
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

TWITTER @NAJIB RAZAK
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

BLOG MELAYU PARANOID
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

IBRAHIM ALI
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

PANCAINDERA
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

MASTIKA
"Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

SAMY VELLU
"Beca tak bayar tol dicari."

NTV 7
"gejala beca rempit semakin berleluasa..apake jadah semua ini?dimana mak bapak mereka tidak memantau anak2 mereka??"...

MAJALAH 3
"ubi semakin dicari kerana bakal menganti air ketum!!"

Hurm,,gelak bila baca but suddenly terfikir,,, memang realitinya negara kita macam ni ke?

Read More ->>

Saturday, September 17, 2011

Raya Tak Jadi VS Johnny English Reborn = ??

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


VS


Me tengok dua citer ni pada 15 Sept & 16 Sept 2011. Both cerita memang lawak habis. Tapi lawak tu tak boleh buat me 'over excited' gelak. Kenapa? Entahlah. Maybe lawak ni dah biasa sangat kut. Tengok trailer memang rasa best sebab diorang tayangkan part yang memang best jep. Tapi ada antara scene tu yang memang buat me rasa macam nak zzzzzzz. huhuhu. 

So,,,

Raya Tak Jadi VS Johnny English Reborn = biasa-biasa jep.

p/s : ada tak rasa yang sama macam me rasa untuk dua filem ni? =.=


Read More ->>

Wednesday, September 14, 2011

Majlis Hari Raya UiTM Sabah 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Sekitar sambutan Majlis Hari Raya UiTM Sabah 2011 pada 9 September 2011. 

Kiri : Kak Norin, Me, Kak Wati, Jana
Rektor UiTM Sabah dan Isteri turut memeriahkan majlis.
Masa Untuk Makan!
 Gerai yang dibina oleh staf mengikut bahagian masing-masing sempena sambutan lebaran kali ni lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.







Hehehe... Semua ada kelambu kecuali Bahagian Perpustakaan. Simple jep. :)
 p/s :
Iklan Colgate... hahahaha...
Semua pic di atas adalah hasil 'curian' dari fesbuk. hohohoho.

Credit pic to 
He is a photographer. Nak tengok hasil karya beliau klik SINI..






Read More ->>

Tuesday, September 13, 2011

Good Luck Buat Semua Candidate!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Wah,, x sedar ari ni dah start UPSR ea. Adik me yang bongsu pun akan berjuang dalam UPSR ari ni. Wish him best of luck. Tak lupa jugak buat semua candidate UPSR yang lain,, buat yang terbaik!

Mohd. Asyraff Mohd Izzan. Adik me yang bongsu. Comel x? hehehe...

Buat Yang Terbaik Dik.
Cita-cita Dia Ni Nak Masuk Sekolah Sukan. 
Hope Apa Yang Dia Usahakan Sebelum Ni Berbaloi.


p/s :
Wajah adik bila amik pic bajet matang!
p/s/s : UPSR me dulu dapat 4A 1B jep.. :tepi


Read More ->>

Monday, September 12, 2011

Mana Emak?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Dalam entry kali ni, me nak sharekan satu artikel yang amat meruntun hati me sebagai seorang anak. Memang agak panjang but apa salahnya baca dari awal hingga ke akhir. Baca,, fahami dan hayati maksud yang tersirat dan tersurat dalam artikel ini. Semoga apa yang me sharekan ni dapat membuka minda dan hati mereka untuk sentiasa mengingati keluarga masing-masing. Jangan sudah terlambat baru beriya2 nak menangis mencari.

Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  

Ateh  menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padangsekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.  

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Adasedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”  

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..  

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kanBang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpurtu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Pas baca ni,, call ur parents and tell them how much u love them. Biar mereka tau yang mereka sentiasa ada di hati kita.



Read More ->>

Thursday, September 8, 2011

I Smurf U!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Baru pas tengok Smurf tadi. They were so cute and so blue! Hehe.

Memang gelak habis kat panggung tadi. Tapi duk sebelah menyebelah ngan mereka, mereka dan mereka yang xda sense of humor langsung. Orang lain bantai gelak tapi diorang rilex jep. Fuh!! Tahan betul. Me x dapat nak tahan dah. Lepas jep gelak tu.

Antara nama smurf yang me ingat is Papa, Clumsy, Brainy, Narrator, Baker, Painter and so on. X berapa nak inagt semua nama2 hero and heroin tadi. Tapi Clumsy was the main hero i think. Rupa diorang xda la beza sangat juz character tu yang membezakan mereka.

Erti smurf kat tajuk entry diatas is love coz dalam dunia smurf, perkataan smurf boleh jadi macam2 makna. Ala, 1st tu memang la rasa agak slow citer ni but seyesly menghiburkan.

Me benci betul ngan kucing Gargamel tu. Rasa cam nak tampar jep bila ia ketawa. XD

Nak citer part of the movie tapi mata dah ngantuk. Lebih senang koram layan jep movie tu. Best dan berbaloi!!

4 **** for this movie. Layan~~

p\s : Clumsy jerit "one smurf!" and me jerit "1Malaysia!" .. Boleh orang kat panggung tu gelak.. :tepi
Published with Blogger-droid v1.7.2
Read More ->>

Wednesday, September 7, 2011

Raya Pertama Bersama Yang Tersayang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Bercerita pasal raya,, ni antara pic yang di amik masa raya pertama ari tu. Tak banyak actually sebab bukan me yang amik pic.

Me and Mr. Hubby
Keluarga Besar Mr. Hubby
Ibu dan adik beradik Mr. Hubby

Adik dan antara cousin2 Mr. Hubby yang very sporting

Pic ni diamik kat kampung Mr.Hubby *x ingat nama kampung* kat Melaka. Kat umah pusaka ni. Umah ni dibuka masa raya jep. Info ni Pak Usu Mr. Hubby yang btau. Besar u. Tapi x sempat kut nak amik pic umah sebab ari nak hujan.

p/s : semua pic dicuri secara legal dari fesbuk..


Read More ->>

Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Masihkah ada ruang untuk me menyelit di segmen *segmen ke?* Jejaka Terhangat ni? huhuhu... Tak pe lah. Try my luck jep if sempat. Luck la sangat kan? hehehe. 

Anyway,, me nak join ni sebab xde kut yang sudi nak view blog me ni. :sedih 

Blog me xde lagu. Dulu jep ada sebab macam best tapi bila dah masuk bulan kedua blogging baru tau yang blog berlagu tu agak annoying so me buanglah. huhuhu.

Wish dengan pertolongan dari Jejaka Terhangat dapat buatkan traffic me naik. Tak banyak,, sikit pun jadilah. Thanks Jejaka Terhangat.


Read More ->>

Tuesday, September 6, 2011

Lagi Lagi Ayam Sambal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

A : masak apa malam ni?

B : ayam sambal..

A : asyik2 ayam sambal.. Xde menu lain ke?

B : ala, kira ok la tu. Dari tak makan langsung.

A : yelah. Tapi dah muak tau tekak aku. Seminggu 2 kali makan ayam sambal.

B : tekak ko. Tekak aku ok jep.

A : cuba la ko masak rendang ke, daging kicap ke sekali sekala.

B : demandnya. Ko nak makan ko masak la. Aku xnak.

A : tapi,,

B : apa lagi?

A : tapi aku x reti masak.

B : dah ko x reti, pegi la blaja. Ingat aku ni apa? Kedai makan? Boleh order itu ini? Makan jep la apa yang ada. Reti nak merungut jep.

--------------------------------------------------

Kekeke.. Dialog kat atas tu xde kena mengena dengan yang dah xda atau yang masih hidup ea.. Saja jep tu..

Baru selesai masak.. Yup!! Ayam sambal lagi. Sebab me suka dan mr.hubby pun suka. Even mr.hubby xda di sisi but makan makanan yang mr.hubby suka buat me dekat dengan dia. Miss him so demm much!!

Mandi sat before makan. Mandi pas makan menyebabkan perut buncit. So, jangan amalkan mandi pas makan tau. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.2
Read More ->>

2 IN 1 CONTEST BY YANA

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Nak join,, klik banner kat atas ni ea...


SYARAT-SYARAT UMUM
  • Digalakkan Folow dan Like Fanpage owner contest ini >TEKAN<
  • Peserta boleh join 1 atau kedua-dua contest
  • Hanya perlu buat entry untuk "Lucky Draw" sahaja di blog anda
  • Untuk "Photogenic Style Contest" tidak perlu buat entry di blog anda yer
  • Tarikh mula dan tamat kedua-dua contest adalah bermula 6/9/2011 sehingga 16/10/2011
  • Tiada istilah pilih kasih/bulu/warna kulit dalam contest ini.

SYARAT-SYARAT KHAS CONTEST

KATEGORI 1: LUCKY DRAW
 


PRIZES FOR LUCKY DRAW CONTEST
x10 pairs Contact lens
x10 micro lensing fibre
x2 VCO and Collagen
x2 viscose shawls
x3 amra shawls
x2 latest shawls
x1 korean dress 
x1 handbag
x1 hot dress

 1 TOP REFERRAL
x1 Handbag
X1 Shawl


KATEGORI 2: PHOTOGENIC STYLE CONTEST


PRIZES FOR "PHOTOGENIC STYLE CONTEST"

HIGHEST VOTE
x1 RM100 Shopping Voucher from eightDesign
x2 Shawls

SECOND HIGHEST VOTE
x1 MARY KAY products
x2 Shawls

THIRD HIGHEST VOTE
x1 MARY KAY products
x1 Shawls

SPECIAL PRIZES FOR BEST PHOTO
x1 Latest Cute Dress
x1 VCO


So? Ape tunggu lagi? cepat-cepat buat entry Lucky Draw dan upload gambar korang di wall fanpage Yana yer..ajak ramai kawan korang VOTE ! hadiah menarik menanti korang semua!!!! nak tengok hadiah lebih dekat? kelik kat SINI yer :')

GUD LUCK SEMUAA !!!


Tag Syuwai,, Lani,, CintaTulip


Read More ->>

Segmen : Aku Mahu Readers Setia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Nak Join Klik Banner atas ni ea... :)
1 ) follow blog fya  kalau rasa nak. terserah :) dan like fan page fya kalau sudi :) :: DONE ::


2 ) buat tajuk entry : Segmen : Aku Mahu Readers Setia serta letakkan banner segmen di entry anda. pastikan banner tersebut di link kan kembali kepada link entry fya ni ehh :) :: DONE ::



3 ) letak minima 1 link dan maksima 3 link entry dari blog anda sendiri dalam entry tersebut yang korang rasa terbaik untuk kawan - kawan lain klik, komen. dengan ini, entry yang anda letakkan tadi akan mendapat trafik dalam masa yang sama :) dan bila anda mampu buat sesiapa tertarik, sekaligus akan memfollow blog anda. dah menyelam sambil minum air, kann ? :) fahamm ?

Ni Link nya...




4 ) tag beberapa kawan untuk sama sama join segmen ni :) pastikan diorang tau ehh. 
amanah :)






SAGUHATI

peserta yang bertuah akan menerima :

1 ) topup RM 10 x 2
2 ) hadiah misteri x 3
3 ) edit full blog x 2
4 ) review blog x 6

total pemenang : 13 orang

dan semua peserta akan dilistkan agar blogger dari blog lain boleh klik korang :)

tarikh tutup :
bergantung pada musim yang sesuai :)
- paling awal hujung bulan september, paling lewat hujung bulan disember -



Read More ->>

Kahwin tu Best :: Part 2 ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Ni sambungan dari link entry kat atas tu ea..

Jangan sekali-kali membelakangkan family dalam urusan perkahwinan ni. Ingat tu. Jika nak kahwin,, dapatkan restu daripada ibubapa. Restu mereka lah yang paling penting dalam membina kebahagiaan berumahtangga.

Bagi mereka,, mereka dan mereka yang menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan family,, atasi dulu masalah tu sebelum berfikir untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin. Rapatkan kembali silaturrahim yang semakin menjauh. Jika bukan kita sebagai anak yang mencari mereka,, siapa lagi? Takkan kita nak tunggu parents yang cari kita. Jangan bila bermasalah jep baru nak cari diorang. Not nice la being like that.

Nanti ada pulak yang terasa hati bila parents dia mengungkit "Nak kahwin baru tau nak cari kita.." atau "Tau pula nak cari kita bila ada masalah..." .. Sebelum ni,, nak tanya khabar pun susah. Apalagi nak menjenguk. Ye tak?

Then,, jangan lupa perkenalkan parents pasangan kepada parents kita. Bukan kita jep yang nak kahwin,, hubungan as bakal besan jugak mesti di ambil kira. Ada tak yang nak parents diorang bermasam muka dengan parents kita pas kahwin? Xde kan? So,, build that bound dari awal lagi.

Macam me dulu,, masa tunang baru parents mr.hubby jumpa parents me. Agak kekok jugak di situ and masa majlis kahwin ri tu,, adalah timbul sedikit masalah antara diorang. Maybe sebab komunikasi yang terlalu singkat sebelum tu kut and masalah adat. Yalah,, kat Sabah ni adatnya memang lain sikit dari Semenanjung. But skang ni diorang dah ok. Siap contact2 lagi. Alhamdulillah syukur.

Sebab tu,, if yang tinggal tak sampai sedepa tu,, cari jalan nak dekatkan family masing2. Bina hubungan yang baik dan mesra antara mereka. Kitalah jadi orang tengah untuk merapatkan mereka. Jangan pula kita yang jadi punca parents pasangan bermasam muka dengan paernts kita. X kemana perkahwinan yang kita nak bina tu nanti.

p/s : Kahwin dalam entry ni bermaksud ikatan yang sah.. Bukannya kahwin tanpa nikah..

Read More ->>

Sunday, September 4, 2011

Nak Masuk 4 Jam Dah Ni..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Rasa nak tampar nyamuk ni sekor2 tau. Grrrr. Dah la me xde mood nak gurau2 ngan dia, dia sibuk nak nyanyi2 tepi telinga ni. X sopan sungguh!

Tiba2 jep xde letrik. Xde sound pun. Cuba bagi notis skit. Ni x, terus gelap cam tu jep. 4 jam dah ni. Geram tol la. Tau la raya.

Tapi yang me x puas hati ni, kat blok sebelah, ada satu umah ni terang benderang jep. Macamana boleh jadi cam tu. Xkan SESB ni pilih bulu kut. Me nak amik pic umah tu tapi tiba2 teringat pesan ma, 'jangan amik pic dalam gelap'. Gulp!!

p/s : alamak! Ada guruh la, angin kuat.. :takut
Published with Blogger-droid v1.7.2
Read More ->>

Setelah 6 Hari..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Fuhh,, sejak-sejak raya ni, bersawang giler umah ni. Balik kampung bukan x ingat umah yang ni but bz giler raya ni. Ceh!! Bz la sangatkan.. Hehehe..

Semalam flight dari kL, sampai Sabah lebih kurang jam 8pm. Sedih woo masa nak balik tu. Tak sampai seminggu pun raya ngan husband. If husband x balik kem latihan ari ni, memang ari ni baru flight balik Sabah.

Pengalaman raya kat Melaka memang best. Meriah giler family belah husband ni. Hehe. Mula2 tu memang susah nak sesuaikan diri lagi sebab baru 1st time u raya kat sana.

Raya 1st memang pusing habis umah saudara-saudara husband. Ada makcik2 dan pakcik2 husband yang me x penah jumpa sebelum ni, jumpa masa raya ri tu. Memang diorang semua sporting habis la. Best sangat!!

Start raya kedua tu, ibu buka gerai lemang semula. Kira cuti raya 1st tu jep la. Pengalaman berniaga lemang ni memang terbaik. Selama me sambut raya sebelum ni, mana pernah berniaga lemang masa raya. Makan lemang adalah. Hehehe. Kira kitorang raya sekali la kat gerai tu. Segala kuih muih memang angkut kat gerai. Meriah.

Malam baru dapat jalan g sambung raya. Tu pun x berapa nak semangat sangat coz dah penat kat gerai. Berniaga lemang masa raya ni pun laku wooo. Kira if kita x bakar lemang, x raya la orang. Hehehe.

Me memang peminat no. 1 biskut makmur. So, masa round2 raya ri tu memang me cari biskut tu jep. But rasa biskut makmur kat sna and sini x sama. Rupa saja sudah jauh. Kat sna biskut tu ada macam2 bentuk. Kat sini, jumpa bentuk bulat jep. Tapi banyak2 umah me pegi, still x boleh lawan biskut makmur kat Sabah. Hohoho. Jangan marah u. Maybe sebab me membesar ngan satu rasa tu kut sebab tu tak boleh terima rasa yang lain.

Macamana raya as a wife? Hurm,, banyak bezanya. Dulu g beraya ma asyik cakap 'ni anak sy yang sulung' but skang ni husband lak cakap 'ni la orang umah sy'. Hehehe. Segan jugak.

Banyak lagi nak cerita ni but tiba2 lak xde letrik kat umah ni langsung hilang segala mood nak update. :fuh

p/s : terkejut jumpa husband ri tu. Dah kurus. Tambah2 kacak dan berseri. Hehehe.
Published with Blogger-droid v1.7.2
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in