Monday, January 30, 2012

# Bahagia # Life

Kejutan Pertama di Tahun 2012



Jumaat lepas kawan me btau yang ada satu bungkusan untuk me. Heran gak ar sebab me xde lak beli barang kat mana-mana online shop. Hurm,, bila diorang btau yang bungkusan tu dari mr.hubby, lagi la me jadi sangat-sangat heran sebab hubby xde lak btau yang dia nak kirim barang. Huhuhu.

Bila me datang nak amik bungkusan tu, seyes kotaknya memang agak besar. Me siap goncang lagi bungkusan tu but still x dapat figure out apa yang ada dalam tu. Sebelum buka me call hubby dulu. Kononnya nak tanya la apa benda yang hubby kirim. But hubby kata buka dulu then call dia balik. 

Kawan-kawan siap teka,, maybe barang baby or baju peknen. But me cam x yakin dengan tekaan tu semua. Dengan perasaan curious yang teramat sangat, me pun start koyak kertas pembalut tu. Mula-mula sopan jep me koyak but bila tengok kertas tu cam banyak sangat, maka me pun mula koyak dengan semangatnya. Hahaha. 

Buka jep me amat-amat terkejut melihat isi-isi dalam kotak tu. *tak sempat snap pic kotak sebab teruja nak tengok isi kotak.. hehehe*


Patut la pagi tadi masa me btau hubby yang me nak beli handbag laju jep hubby kata tak payah beli dulu. Frust juga tapi rupanya dia dah belikan untuk me dulu. :)

Lagi yang ada dalam kotak tu,,,



Ok! Dua-dua ni kasut heels. So, tak boleh pakai dulu masa-masa peknen ni. Kena tunggu pas habis pantang nanti la. Geram jep kaki nak sarung heels ni. Hehehe. So cute! Me suka sangat. *nampak besar kan heels tu? tapi sebenarnya size 4 jep pun* :p

And finally,,


Tiga pasang kain ela. Boleh dah ukur untuk buat baju raya pas ni. Baru semalam me berhajat nak beli kain untuk buat baju raya. Nampaknya naluri hubby tentang kemahuan me sangat-sangat kuat. Thanks so much dear hubby. Ira appreciate sangat pemberian ni semua. Lain kali buat la kejutan macam ni lagi. Hehehe.

Tak sangka ada juga kejutan untuk me dari En. Abdul Karim Mohd Latep di hari Jumaat (27/01/2012) ni.






p/s : Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan seorang lelaki bergelar suami yang mampu menerima aku apa adanya. Semoga hubungan kami sentiasa mendapat berkat dan restu dari-MU Ya ALLAH. Amin Ya Rabbal Al Amin.

5 comments:

  1. terbaik la moon aku pun x penah buat lagi mcm ni kat bini aku ..nk try gak la hehe

    ReplyDelete
  2. Phat..

    Tu la pasal.. Mmg terkejut giler arr masa tu..hehe.. Buat la kat kak yati jugak sementara duk jauh2 ni.. Mesti dia happy..

    ReplyDelete
  3. Ya lar so sweet!! bestnyer ur hubby..^-^

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan