Friday, January 27, 2012

# Life # Pengalaman

Kisah Semalam



Semalam me berklinik untuk kali keempat. Monthly check up. Me tiba awal kat klinik. Around 7.35am cam tu. Terus direct ke Makmal KK sebab before check up kena ada keputusan hb dan urine. Yang ni wajib setiap kali check up kena buat. 

Lebih kurang 7.50am nurse datang buka makmal. Berebut-rebut kut orang nak masuk and amik nombor. Me pun tak terkecuali. Tapi yang buat me agak tak puas hati is bila mereka, mereka dan mereka yang dah amik nombor tu boleh pula berkumpul keliling tempat nombor tu. Me tak peduli, me menyisip jep la dicelah-celah diorang. Bukan niat nak kurang ajar but diorang pun kena faham, if diorang nak cepat, sama juga macam me. Dah la me ada masa 2 jam jep untuk selesaikan seluruh check up ni. =.=

Ok la bila me dapat no. 7. But kat sini makmal ni, belum guna sistem berkomputer lagi bila panggil nombor. Still yang jerit-jerit tu. Hukhuk. Tunggu punya tunggu, mau setengah jam juga baru sampai nombor me. Bukan apa, diorang dahulukan ibu mengandung yang amik ujian MOGTT (ujian gula). Memang tak puas hati coz diorang ni main masuk jep bilik tu. Sepatutnya biarlah ada sistem nombor jugak or buka lagi satu bilik khas untuk diorang. Ni tak,, even yang datang lambat pun masuk dulu. Grrrr jugak la. Sebenarnya if diorang check urine and hb ni tak la lama sangat. Dalam 5 minit jep.  

Pas tu dah dapat keputusan, terus ke KK pula. Masuk kat KK memang ramai giler orang. Fuh. Me tengok jam, dah masuk jam 8.45am. Bila dapat nombor, confirm memang tak sempat nak masuk jam 10am. Terus terfikir "Terpaksa la amik cuti.." Hurm, tu jep yang mampu diputuskan. 

Dalam jam 9.30am, giliran me untuk check up. But bila dah masuk, ada pula yang potong line. Lagi lah tambah geram. Nurse terus suh me amik suntikan tetanus dos pertama kat bilik 6. Ok! Me pun pegi. Tak sampai 2 minit tunggu, me dipanggil masuk untuk disuntik. But yang buat me geram sangat-sangat, yang menyuntik tu jururawat pelatih. Bukannya apa,, xde pun yang supervise diorang masa tengah prepare serum tu. Me takut salah ubat diorang bagi. Tak sempat me tanya apa2, terus dia cucuk. Hurm,,,,

Then me masuk balik bilik check up tadi. Macam kelam kelibut pun ada me tengok nurse tu. Tak tau apa yang di kejarnya. Maybe nak kejar masa sebab ramai sangat orang kut. 

Bila disuruh baring, me pun baring. Nurse tekan-tekan perut. Maybe nak rasa baby dah duk belah mana kut. Tiba-tiba nurse btau yang baby me macam dah besar sikit. Nurse kata dah macam baby yang umur 20w. Pas tu perut pun dah tinggi. *yang ni me x berapa nak faham sebab perut me memang tak berapa nampak lagi setakat ni*.  
But ok la sebab baby aktif bergerak. Alhamdulillah. Maksudnya baby sihat dan membesar dengan baik.

Tapi yang tak best masa check up semalam is hb me turun mendadak. Sebelum ni me makan ubat klinik, hb tak pernah kurang dari 13 but bila me start makan obimin, mendadak turun sampai 10. Erk! Memang me dengan obimin ni tak serasi kut. Akibatnya, pas ni me kena datang check up 2 kali sebulan then makan iron tablet 2 kali sehari. Hope next check up, hb me kembali ke tinggi la. Takmo la datang klinik 2 kali sebulan. Penat. Huhuhu.

Akhirnya me siap berklinik lebih kurang 10.45am gak la. So, amik keputusan untuk bercuti. Malas nak berbahas dengan pegawai kenapa lambat.



p/s : Tak sabar nak jumpa doktor next 2 weeks. Boleh scan jantina baby sekali. Weeeee~

5 comments:

  1. mcm tu lah g klinik gov kan moon.rara mcm takut pon ada.tp ntah lah.kena g gak.yeay tak sbr nk tgu gender baby moon.

    ReplyDelete
  2. @Cikpuan rara:

    tu la pasal rara.. tapi if hubby ada sebelah maybe kurang la sikit rasa takut tu.. :)

    ReplyDelete
  3. aku penah ngamuk kat kinik gomen macam haram staff lab tu...mau kena maki ngan aku..cakap elok2 apa salah nya kat customer kan..pengalaman aku la...

    ReplyDelete
  4. @Phat:

    memang panas hati kan phat.. cam x amik kisah betul kat orang yg sedang menunggu...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan