Wednesday, January 4, 2012

# Life

My New Year Celebration



Entry pertama untuk tahun 2012. Weeeee~

Beberapa hari sebelum ni memang bercuti langsung dari blogging. Bukan apa, lama tak jumpa mr.hubby so tumpuan kena bagi sepenuhnya kat dia. Lagi pun cuti 4 hari jep. Tak lama. So, memang tumpuan dari blog teralih pada mr.hubby la. :)

31 Disember 2011

Mr.hubby ajak keluar makan sempena my bestday. Hubby kata dah booked tempat. Rasa cam special la pula. Hehehe. Tapi kitorang bukan makan berdua jep tau. Makan sekali ngan family BIL and bestfriend hubby, Cik Alang wif his gF. 

Banyak sangat me makan malam tu. Huhuhu. Hubby pun order lauk bukan main. Ada ketam,, udang, sotong, ikan, kerang, tomyam, telur dadar, sayur kailan dan *me xtau apa ntah nama satu lagi menu tu*. Tapi seyes banyak. Penuh meja. Yang makan 6 orang jep. Huhuhu. Penuh perut. Air minum 2 jug. Sejug fresh orange, sejug lagi jus tembikai. Memang tak boleh tahan ar. 

Petang tu me ada makan ketam sikit. Sebelum ni tak makan coz alergik. But tiba-tiba lak petang tu teringin sangat so me pun cuit-cuit jep la. But alhamdulillah, xde kuar gatal-gatal kat badan or muka. Syukur sangat. Maybe sebab baby yang nak makan kut. Ngeeee~

Pic yang disnap sementara menunggu makanan dihidangkan...
Lupa lak nak mention yang kitorang makan kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. Memang best tempat tu. Pelanggan pun tak putus-putus datang sebab seafoodnya memang fresh. 

InsyaALLAH one day nak makan kat sini lagi. :)

1 Januari 2012

Bangun lewat! Sebab malam tu pas dinner, hubby ajak lepak kat Summit jap. Pas hubby main dart, elok pula sorang kawan dia ajak karaoke. Me memang dah penat giler masa tu terpaksa gak menyeret kaki ikut diorang masuk bilik karaoke tu. Tak de la me mengadu penat tapi me pasti hubby pun faham keadaan me masa tu. Yelah,, dulu masa tak de baby lagi kuat la kut nak membawa badan but bila dah ada baby ni,, badan memang cepat letih. Jam berapa balik umah? Jangan ditanya benda itu.. Huhuhuhu.

So, dalam jam 2 tu, kitorang gerak ke kL dari umah. Jalan memang clear. Maybe sebab ramai yang balik kg. Kitorang g Jalan TAR sebab nak cari baju. Hubby belikan banyak kut baju untuk me. Terharu sangat. Sampai me sendiri tak larat nak pilih. Serba salah pun banyak sebab hubby kena kuar banyak duit untuk baju-baju tu semua. But hubby kata jangan risau, dia memang dah budget untuk beli baju tu semua. Terasa lak diri sangat dimanjakan. Ngeeee~

Hari tu balik awal sikit sebab esoknya hubby kena keje dah. Tapi hakikatnya,, yang rehat me sorang jep kut. Hubby sibuk kemas umah. Pfffft!

2 Januari 2012

Sunyi sebab hubby keje. So,, sibuk melayan diri and mimpi kat umah. Hehehe. 

Malam lak, me btau hubby yang me teringin nak makan bubur kat Kg. Bharu. Terus hubby suh me siap2 even dah jam 10.30pm. Memang rasa cam nak nangis ar malam tu. Tapi bila sampai jep,, tengok lauk dah nak habis. Tinggal sikit jep lagi. Yang tinggal tu pula, me tak berkenan. So, hubby ajak la g makan western food kat belakang gerai bubur tu. Me terpaksa la akur.

Malam tu pas agak lama tak makan daging kambing,, me makan lamb chop. Sedap gak but masalahnya daging tu liat sangat. Me penat mengunyah jep. Huhuhuhu.

3 Januari 2012

Hari yang sangat menyedihkan. Sebab petang ari tu flight me balik Sabah. Memang sepanjang ari rasa cam nak nangis jep. Tapi mr.hubby tak suka tengok me nangis sebab tu me tahan jep. Banyak kut nasihat yang hubby bagi. Terutama pasal kesihatan and baby. InsyaALLAH,, me akan jaga baby baik-baik. Abang jangan risau ea. 

Sampai umah dalam jam 10.30pm. Sedih sampai tak dapat tido. :( 

Rindu~~






p/s : tak de pun celebrate New Year.. ngeeee~

4 comments:

  1. sedihnya baca.moon xleh pindah sini ke?

    ReplyDelete
  2. @Cikpuan rara:

    dah apply pun rara but xde jawapan lagi.. hope dalam masa terdekat ni dapat jawapan yg +ve dari jabatan...

    ReplyDelete
  3. moon diawal penceritaan mmg seronok baca kisah moon dan husband holiday...tp akhir penceritaan sedih...ju pun sedih dekat moon..yelah disaat baby memerlukan perhatian terpaksa pjj dgn suami...moon, ju doakan agar moon dpt tranfer cepat2 ye...rezeki baby mna tahu...insyaAllah dear...ju ucapkan selamat menyambut hari jadi ye, wpun terlewat pasti x terlambat lg kan...moga moon jga kesihatan elok2...mesti baby moon comey mcm ibunya...aminnnnnnn

    ReplyDelete
  4. @With Julia:

    tu la pasal ju.. berat mata memandang,, berat lagi bahu yg memikul... huhu.. memang sedih sangat2... nyway,, mesti ada hikmah kan berjauhan macam ni... :)

    thanks ju.. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan