Friday, February 24, 2012

# Life

BKI - KUL



Ketika entry ni ter'autopublished' , me dalam flight ke kL untuk bertemu dengan suami tercinta. Bestnya. Tak sabar nak tunggu flight ni landing. Rindu sangat-sangat kat hubby. Hampir sebulan lebih gak arr tak jumpa. Ni hubby benarkan flight pun sebab me dah macam nak merajuk lama tak jumpa. Kehkehkeh.

Bukan apapun,, sebelum ni lagi lama tak jumpa. Nak masuk bulan  ke-4 baru dapat jumpa. Huhuhu. Ni saja nak mengada-ngada kata baby nak jumpa ayah dia. Tak sanggup nak jauh-jauh dah. Lagi-lagi masa pregnant ni. 

Kena pegi klinik sorang-sorang. Kena makan sorang-sorang. Tido sorang-sorang. Bak kata semua la kena buat sorang-sorang. Sedih gak bila tengok pasangan suami isteri lain mesra jep pegi shopping barang-barang baby. Tapi nak buat macamana kan? Kenalah tabahkan hati dan kuatkan semangat. Pasti ada hikmah yang ALLAH nak bagi. Mana la tau nanti baby dah besar pandai nak berdikari macam ummi dia ni. Hehehe.

Ok! Abaikan yang tu,, nak listkan benda-benda yang nak dibuat masa kat kL nanti. 

  • Kena attend appointment untuk 3D/ 4D scan. *Hope dapat nampak jantina baby*
  • If jantina baby dah nampak, shopping barang baby sikit. Ada ngan hubby senang la sikit nak shopping.
  • Makan dengan family adik ipar.
  • Dating ngan hubby. ahaks!!
  • Gosok baju kerja hubby,, kemas rumah..
Ala,, ada lagi tapi yang lain tu tak confirm lagi. Nak jumpa adik-adik BCR pun masing-masing busy. Mana la diorang nak jumpa akak diorang yang comel ni. Ahaks!! Comel la sangat. InsyaALLAH satu hari nanti kita jumpa. If nak gather-gather masa akak kat sana nanti,, contact akak tau. ;)

Ok lah. Doakan me selamat sampai ke tempat yang dituju. 









1 comment:

Follow me @munirah_izzan