Wednesday, February 1, 2012

# Info # Life

Info : Hindari Kosmetik Ketika Hamil





Kehamilan bukanlah halangan untuk tetap boleh tampil cantik. Meski tak dilarang untuk menggunakan kosmetik di saat hamil, namun sebaiknya anda lebih berhati-hati memilih kosmetik saat hamil. Kerana salah-salah pilih kosmetik justeru akan berbahaya untuk kehamilan anda.


Menurut tristen markey, penganalisis senior di Environmental Working Group (EWG), sebuah organisasi advokasi dan penyelidikan di Amerika yang bergerak di bidang alam sekitar dan bahan kimia berbahaya, ada beberapa kandungan bahan kimia dalam kosmetik dan produk kecantikan yang harus dielakkan ketika sedang hamil.


1. Ftalat.
Ftalat atau Phthalates merupakan salah satu sebatian yang digunakan dalam pembuatan wangian, kosmetik, sampai losen. Padahal sebatian ini merupakan sebatian yang digunakan dalam pemprosesan plastik.


Pada dos tinggi, beberapa penyelidik mendedahkan bahawa bahan ini akan berpengaruh pada masalah pembiakan. Kajian yang dilakukan oleh para ahli dari National Toxicology Program menyimpulkan bahawa pada kadar minimum, kandungan Ftalat ester ini tidak akan kelihatan dan cenderung diabaikan dalam banyak kes. Namun kerana risiko yang belum sepenuhnya difahami, maka sebaiknya ibu hamil mengelakkan bahan kimia ini.


Seperti sebahagian besar daripada sebatian terbitan ester lain, dalam masa beberapa produk kecantikan Ftalat tidak akan ditulis dalam label bungkusan. Namun, ini boleh dikesan dari aromanya. Sebahagian besar produk yang mengandungi bahan ini biasanya mempunyai aroma yang wangi. Sebagai gantinya lebih baik pilih produk yang tidak beraroma apa-apa.


2. Rawatan rambut.
Pelbagai rawatan rambut yang dilakukan seperti pengeritingan, pengecatan rambut, rebonding, dan lain-lain yang menggunakan bahan kimia akan berbahaya bagi janin. Bahan kimia ini akan meresap masuk ke dalam kulit kepala dan aliran darah. Hal ini kemungkinan besar akan berbahaya bagi janin dan boleh membuat janin kecacatan. Tristan mencatat bahawa penggunaan pewarna rambut sendiri telah dikaitkan dengan timbulnya kanser dan kerengsaan kulit kepala.


3. Retinoid.
Retinoid merupakan sebatian vitamin A derivatif yang banyak digunakan dalam ubat jerawat dan krim antiaging. Penggunaan ubat ini telah dikaitkan dengan terjadinya kecacatan pada bayi sehingga sebaiknya produk yang mengandungi retinoid ini tidak digunakan terutama bagi ibu dalam masa kehamilan trimester pertama.


4. Asam salisilat.
Seperti retinoid, asid salisilat dalam dos tinggi boleh menimbulkan cacat lahir pada bayi. Biasanya kandungan senyawa ini banyak terkandung dalam pembersihan kulit dan losen. Namun sejumlah kecil kandungan kimia ini masih dianggap selamat. Selain dikenali dengan nama Asam salisilat (SA), sebatian ini dikenali juga dengan nama asam beta hydroxyl atau BHA.


5. Tabir suria.
Ada dua macam tabir suria yang terdapat di pasaran, iaitu dengan perlindungan kimia dan perlindungan fizikal. Walaupun bahan kimia yang terkandung dalam tabir suria seperti oksibenzon, dan avobenzone ini tidak langsung memberi kesan negatif pada kulit dan beracun, namun bahan kimia ini boleh diserap oleh kulit dan boleh berpengaruh pada janin.

Semua info me dapat dari Dr. Giena. Me kenal Dr. Giena bila join page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.

Sejak selepas tunang ari tu, me memang dah kurangkan makeup bagai ni. Kecuali la me kuar ngan hubby atau ada acara yang memerlukan me untuk tampil lebih 'kemas'. Itu pun dengan kuantiti yang sedikit.


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan