Thursday, February 2, 2012

# Kahwin # Life

Maka Istikharah Lah~




Ramai yang mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka/ gadis pilihan sendiri. Dulu me pun begitu jugak. Pernah juga terfikir nak minta tolong ma & pa pilihkan pas 2 kali kecewa and dipermainkan but akhirnya hajat tu me simpan dulu sebab nak bagi peluang terakhir untuk diri sendiri mencari kebahagiaan tu. Syukur alhamdulillah, niat tu tercapai.

Me berjumpa dengan someone yang amat memahami me. Even beza umur yang agak besar but itu tak jadi penghalang untuk kami bersama. Me akui yang lelaki berumur kebanyakannya lebih matang dalam hubungan. Mereka membina hubungan yang bermatlamat untuk ke jinjang pelamin, bukan sekadar untuk menghilangkan rasa bosan tanpa teman.

Berkenalan dan mengenali antara satu sama lain dalam masa setahun 3 bulan, kami mengikat hubungan itu dengan ikatan pertunangan. Dan 2 bulan selepas itu, kami diijab kabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Me bersyukur sangat kerana kali ini semuanya berakhir seperti yang me impikan.


Sebelum me menerima lamaran hubby dulu, me beristikharah. Minta pertolongan pada ALLAH untuk menunjukkan keputusan yang perlu me ambil. Alhamdulillah, melalui mimpi me nampak bahawa menerima dia menjadi suami me bukanlah satu keputusan yang salah. Bukan sekali me istikharah, tetapi beberapa kali dan semuanya menunjukkan keputusan yang +ve. Syukran Ya ALLAH atas bantuan dari-MU.


So, even kita saling mencintai, tidak salah jika kita minta juga pandangan ALLAH tentang keputusan kita. InsyaALLAH, DIA akan bantu kita. Apa jua yang DIA tunjukkan setelah kita istikharah, maka itulah yang terbaik untuk kita. Sama ada baik atau tidak, jangan sekali-kali menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu. Mungkin ada hikmah yang membawa kebaikan di masa akan datang.

Jika kita ragu-ragu, maka istikharah la. Bukan hanya keraguan mengenai jodoh tetapi juga jika terdapat apa jua jenis keraguan untuk kita membuat pilihan.


Panduan Solat Istikharah



5 comments:

  1. blogwalking... betol, cari partner kene benar2 paham each other..hehe find ur blog interesting, and i follow wif no regret!

    ReplyDelete
  2. OKE.
    nak mule istikarah skrg.. hehe..


    tu gmba me ker..?
    cantik..~

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum ...

    Alhamdulillah .. Semoga jodoh kekal dunia dan akhirat hendaknya ... ^^

    ReplyDelete
  4. akakkk. kenapa saya baru baca entri yg sweett ini :P

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan