Sunday, February 5, 2012

# Life # Pantang-Larang

Tak Boleh Jahit ea?



Tadi me tengah sonok nak jahit kain nak buat kantung. Nak letak barang dalam tu. Mula-mula dah siap jahit satu kantung tapi tengok macam besar sangat. Pas tu me amik lagi perca kain yang lebih, nak buat yang kantung yang kecik sikit.

Bila adik me tengok dia pun kata kantung tu biar kecik sikit. So,, me pun ukur la agak-agak kecik dan cukup untuk menampung barang tu. Hampir-hampir nak siap jahit kantung kedua tu tiba-tiba lak adik me tegur, "Eh,, if tengah peknen boleh menjahit ka?"







Errrr,, terus terstop jahitan me yang dah hampir nak selesai tu. Me pun xtau boleh ke tak. Mama me pun x kata apa tapi bila adik me kata macam tu, terus mama suh buka semula semua jahitan tu. Huhuhu. Terpaksalah buka satu persatu. 

Me pun tegurlah adik me sebab lambat btau. Dia kata, dia pun baru teringat sal benda tu. 

Adik me kata, makcik me penah marah dia sebab menjahit time peknen. Pantang katanya. Mana la me tau. Lagipun ni my 1st peknen. Makcik me kata takut berbelit tali pusat kat dalam perut nanti. Takutnya. 

Tu semua kuasa ALLAH tapi apa salahnya kita ikut pantang larang yang makcik-makcik btau tu kan. Bukannya nak percaya sangat tapi diorang lebih dulu makan garam dari kita. Ikut jep la. Pas ni, mesti banyak pantang yang bakal me dengar. 

Rakan bloggers ada pantang larang untuk ibu mengandung yang boleh di share tak? 







p/s : 20 minggu sudah. weeeeee~


6 comments:

  1. Nak share sikit2 je yg kaka tau k..

    if nak keringkn rmbut use towel jgn lilit kat kpla @ lilit towel kat leher, org tua ckp nti blh t'lilit tli pusat bby tu.

    jgn langkah wire @ hose @ tali.

    jgn ketuk paku d dinding @ mna2 je if dah sarat nti bby susah nak kuar.

    jgn minum minuman b'gas tllu b'lbihan nti bby kuar akn timbul byk ruam.

    *btl mcm moon ckp smua tu kuasa Allah, tp 1st bby ni ikut ja pntg lrg org tua, kdg2 ada btulnya ckp dorg tu..Mudah2an segalanya akan dipermudahkan..Amin ya rabb..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah,yeke moon? rara tak tau pon.tp penah dgr org tua tua cakap.rara dh lah banyak tempahan felt.eeiii takut.

    ReplyDelete
  3. @Cikpuan rara:

    a'ah rara.. moon pun baru tau sal ni.. so,, tempahan rara kena tunggu pas pantang nanti la baru boleh siapkan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. erm no komen sbb kita xcaya dgn pantang mcm tu..hehe =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, empunya Blogger.
    Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com

    Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?

    Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan