Wednesday, March 14, 2012

Bunuh & Bakar!

Label :



Adik Nurul Nadhirah

Sejak beberapa hari ni, berita mengenai Adik Nurul Nadhirah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang menghiasi dada akhbar tempatan. Pembunuhan kejam yang berlaku sangat-sangat menyayat hati sesiapa yang membaca berita ini kecuali bagi si pembunuh yang baginya mungkin ini hanyalah satu hiburan baginya. 

Awal pagi, of course me akan godek-godek dashboard untuk bahan bw. Then terbaca satu tajuk DENDAM MUNGKIN MOTIF NURUL NADHIRAH ATAU DIRANG DIBUNUH DAN DIBAKAR. Baca punya baca,, ada satu part tu yang betul-betul buat me tak puas hati. 

Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dirang mengadu kelaparan kepada ibunya yang ketika itu leka dengan Facebook. Maka ibunya Roselyn memberi RM4 kepada anaknya yang baru berumur 5 tahun ini. untuk membeli mee segera di kedai runcit berdekatan.  

Sebelum ni memang agak geram jugak la bila dengar budak umur 5 tahun ni pegi kedai runcit sorang-sorang. Biarpun kedai tu dekat dengan rumah but dengan kadar jenayah yang melibatkan kanak-kanak sekarang ni semakin meningkat, takkan berani lagi nak biarkan budak tu jalan sorang-sorang. Huhuhu. 

But bila baca part 'leka dengan Facebook' tu,, me pun terkedu jugak. Kat Malaysia ni ada jugak yang sanggup biarkan anak lapar sebab Facebook?! Apakah??! Tak tau sejauh mana kebenarannya but jika betul itu yang terjadi, me akan tuding jari pada si ibu yang menjadi salah satu penyebab kepada kejadian ni. 

Kesian anak kecil itu yang menjadi mangsa. Selepas ni, berpada-padalah if nak berfacebook. Benda tu kadang-kadang memang akan melalaikan kita.












5 comments:

Red said...

even anak pun boleh lalai, macamana solatnya? Wallahualam.. dunia dunia..

Tina Othman said...

jadi pengajaran untuk kita semualah lepas ni, cuma terlalu kejam pembunuh tu

GEMUKituMENARIK said...

moga rohnya dicucuri rahmat . al-fatihah .

mOoN said...

@Red:

Allah saja yang tahu.. :(

mOoN said...

@Tina Othman:

yes!! pembunuh tu terlalu kejam.. hope dia dapat balasan yang setimpal ngan apa yg dia buat..

Bloggers Chat Room

COPYRIGHT 2013 RESERVED FOR IT'S TRULY ME! | DESIGN BY KAY SBK