Saturday, March 3, 2012

# Info # Kaki dan Mulut (HFMD)

Info : Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut



Tanda/ Gejala
  • Ruam, lepuh tapak tangan, kaki dan kawasan lampin.
  • Ulser tekak dan mulut.
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Pencegahan
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum sediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin dan batuk.
  • Jangan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan mejam kerusi dan lantai dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat beli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Tindakan Jika Dijangkiti
  • Bawa segera anak ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke TADIKA, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut ke hidung guna tisu

Sumber : Kementerian Kesihatan

Mula-mula dulu tak amik tau sangat pasal penyakit ni. Tak sangka kesannya agak teruk jugak pada kanak-kanak. Huhuhu. Sebagai mom-to-be, me kena tau tentang penyakit-penyakit macam ni. Sekurang-kurangnya tau langkah-langkah pencegahan agar tak kena pada anak sendiri in future. 
















No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan