Saturday, March 24, 2012

# Hanni Ramsul # Kuseru Rindu Itu

Review Novel : KuSeru Rindu Itu





Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?





**************************************************

Seyes me nangis bila baca novel ni. Memang terbaik. Memang dijangkakan dari penulis Hanni Ramsul. Jalan cerita yang tidak membosankan. 

Idayu : Isteri yang mencintai suaminya sepenuh hati even sebelumnya berkahwin tanpa rasa cinta.

Hisyam : Suami yang tidak pernah menyedari bahawa cintanya kepada Idayu terlalu dalam sehingga memaksa dia mencari cinta yang lain.

Maisara : Gadis polos yang tenggelam dalam cinta Hisyam.

Me bagi 5 ***** untuk novel ini. :)








1 comment:

  1. dah baca novel neyh..mmg time baca neyh meleleh kauu airmata nyh..hukhukk

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan