Friday, March 30, 2012

# Review Novel # Umie Nadzimah

Review Novel : Usai.. Aku Terima Nikahnya









 
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri :"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif; " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

 ************************************************

 Hurm,, bagi me novel ni memang unpredictable jalan ceritanya. 

Puteri dipaksa kahwin dengan Iskandar, sepupu angkatnya, kerana harta yang dimiliki oleh Puteri. Sedetik demi sedetik rasa cinta mula bercambah dalam hati pasangan suami isteri itu. Malangnya, ada insan yang tidak mahu melihat Puteri hidup bahagia. 

Ibu mentua Puteri sendiri mencari jalan untuk memisahkan keduanya. Duri demi duri dicambah dalam hati Iskandar agar menggantung pernikahannya dengan Puteri. Akhirnya, usaha 'murni' ibu mentua Puteri berhasil. Puteri ditinggalkan sendirian dan Iskandar membawa diri ke Frankfurt.

Dalam kedukaan, hadir sinar bahagia bila Puteri dikhabarkan hamil. Khalif, BFF Iskandar yang juga menyimpan hati pada Puteri menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Setelah JI lahir, Puteri nekad menjejaki Iskandar di Frankurt demi rasa kasih yang menggunung namun kehadiran Wan Marini di apartment Iskandar membuang segala harapan yang dibawa. Puteri kecewa lagi!

Khalif memberikan sepenuh perhatian kepada Puteri. Puteri yang kembali rasa dikasihi perlahan-lahan dapat menerima kehadiran Khalif sebagai insan istimewa dalam hatinya. Namun kehadiran semula Iskandar setelah sekian lama untuk menuntut haknya mencabar hati Puteri dan Khalif.

Di mana penghujung ceritera mereka, dapatkan novel nukilan Umie Nadzimah di pasaran.

For me, jalan ceritanya agak berat dan membosankan. Takkan baca this novel for the second time. Apapun, masing2 ada pandangan sendiri. :)

Rate 3/5.




1 comment:

  1. etude house tu yong beli time sale..lg murah :) berbaloi~

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan