Sunday, March 4, 2012

# Life

Tak Baik Mainkan Hati Orang



If nak berjaya dalam cinta, perlukah berskandal?

A : Ko tak bawa awek ko ke?
B : Aku mana ada awek.
A : Habis yang ko usung semalam tu siapa?
B : Tu skandal aku jep la.

Hurm, pernah tak korang jumpa orang cam ni? Or kawan-kawan korang sendiri ke? Seyes me penah. Rasa cam nak lempang jep orang yang cam ni. Suka sangat nak main-mainkan hati orang lain. Tak baik tau. One day bila kena kat kita sendiri confirm kita melenting.

Bukannya sedap bila sakit hati tu. Ko skandal ngan ramai-ramai orang, mainkan hati diorang, jual cinta korang yang kononnya kudus tu pas tu tiba-tiba abaikan diorang cam tu jep. Boleh? Janganlah. Diorang termasuk dalam golongan teraniaya tu. If semua yang korang sakitkan hati tu doakan yang buruk-buruk untuk korang, boleh makbul tau doa diorang.

Korang mahu ke hidup dalam keadaan tak tenang seumur hidup? Mesti lah taknak kan?

Lagi teruk yang dah sampai tahap rosakkan anak dara orang. Tapi yang ni me takkan salahkan sebelah pihak jep. If salah sorang taknak, memang tak jadi benda tu kan? Dah lah tido tukar-tukar pasangan. Tak takut ke kena penyakit kelamin? Lagi penting, tak takut ke dengan ALLAH? Dengan hukum ALLAH? Dosa besar zina ni. Bawa-bawalah bertaubat.

Apapun,, if nak berkawan tu kawanlah dengan niat yang baik. Jangan simpan niat tak elok. Orang putih kata, what's goes around comes around.














3 comments:

  1. dah berjalan2 di belog kamu

    nk invite join contest

    http://perfectlyrefinedresources.blogspot.com/2012/03/contest-peace-yall.html

    ReplyDelete
  2. dah berjalan2 di belog kamu

    nk invite join contest

    http://perfectlyrefinedresources.blogspot.com/2012/03/contest-peace-yall.html

    ReplyDelete
  3. yups totally agree with u moon...nak tambah cikit lg kasi umpphh...what you give, you get back! ehehhe so kna hati2 ngan kwan cm neh...:/

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan