Sunday, July 29, 2012

6 Hari Sudah

8:22 PM 1 Comments



Alhamdulillah. Dah 9 hari umat islam berpuasa kan. Even me tak berkesempatan lagi untuk menunaikan ibadah tu tahun ni, me tetap terasa kehangatan Ramadhan. :D

Hari ni juga, genap 6 hari me memandikan baby Aisya sendiri. Kehkehkeh. Ibu-ibu lain dah mandikan baby dari hari pertama baby lahir. Me yang dah sebulan bersalin ni lak bangga baru 6 hari mandikan baby. :p

Bukan apa,, my ma kata dah sebulan nanti baru me diberikan kepercayaan untuk mandikan Aisya. Sekurang-kurangnya masa tu Aisya dah besar sikit. Bukannya me tak pernah mandikan baby sebelum ni. Dah banyak kali me mandikan. Dulu-dulu,, me ni pernah jadi babysitter. But babysitter kazen-kazen me jep la. Hehehe. 

Bila me mandikan Aisya, dia tak merengek pun. Best kut dia rasa sebab umi dia yang mandikan. Hekhek. Rasa cam nak join Aisya masuk dalam besen. Hahahaha.

Saturday, July 28, 2012

Untitled -Boleh?-

8:15 PM 1 Comments





Kuatnya angin kat sini. Hukhukhuk. Bunyi dah macam bunyi keta lumba bila angin melanggar zink. Erk! Apakah? Hehehe. Abaikan je.

Hari ni me tinggal berdua ngan baby Aisya kat umah. Yang lain semua sibuk shopping kat KK. Huhuhu. Sedih woo kena tinggal. Semalam bukan main me pujuk my ma nak ikut juga. But dengan rilex dan selamba ma cakap kat baby "Sekarang Aisya jangan ikut nenek dulu arr. Nanti penat. Dah besar sikit baru ikut nenek jalan." Frust giler!

Pastu me pun cakap ngan Aisya "Takpe la kan sayang. Nanti umi bawa Aisya naik kapal terbang." Kekeke. Betul arr. Raya ke-6 or ke-7 insyaALLAH me and Aisya fly ke kL. Nak bawa Aisya  jumpa ngan wan n atok dia sementara masih bercuti ni. Dah masuk keja nanti confirm susah nak dapat cuti. 

Sebenarnya nak amik kesempatan juga shopping baju Aisya kat sana. Senang sikit nak bergerak sebab en.abg ada sama. If Aisya meragam nanti, serah je kat en.abg suh dodoikan. Hehehehe. 


p/s : Tak lama lagi nak masuk ofis dah. -_-

Tuesday, July 24, 2012

Sebulan Sudah =D

9:23 PM 2 Comments



24 July 2012 dah genap sebulan baby Aisya. Weeee~ x sangka pulak. Hehehe. Rasa macam cepat je masa berlalu.

Dah sebulan ni maka wajib la baby Aisya berklinik. :)

Actually appointment me pagi tadi but me pegi petang setelah dipengaruhi oleh adik me. Diorang kata petang tak ramai orang so me pun yang memang agak malas nak bersesak kat klinik terus kata "Ok. Pegi petang nanti la." Dalam hati risau jugak if nurse tanya asal x datang pagi coz masa diorang lawat umah ari tu, iya2 me kata me nak datang pagi. Sib baik la diorang xtanya apa-apa pun. :p

Masa amik nombor tu, nurse suh me amik kencing and darah. Cuak jap sebab if me ke tandas, siapa nak pegang Aisya. Yelah, nama pun baru 1st time kan. If me tau, memang me bawa kencing siap-siap dari umah. Senang keja. Hurm,,,...

And sekali lagi bernasib baik sebab adik me keja kat kesihatan jugak. Call dia minta dia tolong pegangkan Aisya jap. :p

3 kali jugak la me amik nombor. 1st untuk makmal, 2nd untuk check up Aisya then 3hd untuk jumpa doktor. Huhuhu.

Masa check up Aisya tu, nurse btau nak cucuk dos ke-2 hepatitis B. Me usap-usap kepala Aisya sambil pesan "Aisya, kejap lagi nurse nak jarum. Aisya jangan nangis tau. Anak umi dan ayah ni kuat kan." Pas tu cium dahi dia.

Alhamdulillah. Masa cucuk tu Aisya cuma jerit kejap je. Me dah lega sangat-sangat. Risau juga if Aisya meragam. 

Berat Aisya tak naik lagi. Still 4.2kg dengan panjang badan 56cm. :)

Next month kena cucuk lagi. But masa tu, insyaALLAH ada en.abg temankan. :)

p/s : ala,, baru me pasan yang me xde lagi pic berdua ngan Aisya. Hurm,,,...

Sunday, July 22, 2012

Salah Satu Kegunaan Kacang Hijau

10:47 PM 3 Comments






Baru pas makan bubur kacang hijau. Alhamdulillah kenyang. :D

Dulu masa me kecik-kecik,, me memang anti sangat ngan bubur ni but ntah acane tiba-tiba me boleh suka lak. Tak ingat sejarah hidup yang ni. Hukhukhuk. 


Nak share something sal kacang hijau ni. Ni pun me dapat dari kawan. Nak kata betul,, me pun tak pasti sebab me tak amalkan pun. Tips ni untuk bakal-bakal ibu yang sedang pregnant dan bakal pregnant. :)

Dari maklumat yang me dapat,, kawan me kata, petua nak lebatkan rambut baby (masa baby still dalam perut) ialah dengan mengamalkan makan kacang hijau. Tak kira la bubur kacang hijau ke,, kuih kacang hijau ke. Yang penting ada kaitan ngan kacang hijau.

Tak penah dengar? Me pun baru tau gak sal petua ni. :p

Me memang jarang kut makan kacang hijau masa pregnant ari tu but baby Aisya lahir rambut lebat gak. Hehe. 

Tapi apa salahnya if ada yang nak mencuba kan? Kacang hijau ni tak la memudaratkan kesihatan pun. :)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Tiba Lagi~

11:45 PM 2 Comments




Alhamdulillah. Akhirnya berpeluang lagi kita untuk berpuasa Ramadhan tahun ni. 


But tahun ni mungkin me xkan dapat menunaikan ibadah ni sepenuhnya kerana masih dalam pantang. Huhuhu. How i miss this Ramadhan. :(

Selamat menyambut Ramadhan buat semua muslimin dan muslimah. Semoga Ramadhan ini membawa sejuta keinsafan buat semua. InsyaALLAH. 



Wednesday, July 18, 2012

Bila Misi Serbu Rumah

9:46 AM 5 Comments





Semalam, lebih kurang jam 2.30pm, masa me otw nak makan tiba-tiba dengar bunyi hon kat luar. Erk!! Hati dah tak sedap. Kelam kelibut la me simpan nasi and sup yang me dah kaut bawah tudung. Tak sempat nak jamah sikit pun. 

Adik me btau yang ada misi kat luar. Huh?! Me pandang ruang tamu yang agak berselerak tak sempat dikemas habis tu. Alamak!! Apasal la nak datang time ni. Hari tu kemain me tunggu tak jugak datang. Kata nak datang hari ke-20. Semalam dah hari ke-23. Ingatkan tak datang dah. Isk! Ni yang rasa nak pitam ni. 

Me capai mana yang termampu then sumbat dalam besen. Hukhuk. Adik me pun tolong sumbat-sumbat mana yang patut. Hahaha. 

Bila misi tu masuk,, ntah kenapa me rasa cam gelap je umah ni. Hurm,,...

Mula la diorang timbang baby Aisya. 23 hari, baby Aisya dah cecah berat 4.2kg. Hohoho. Alhamdulillah. Sihat anak umi n ayah ni. :)

Pastu diorang cerita-cerita la sal susu yang diperah. Bla..bla..bla.. Then pura-pura nak g cuci tangan kat dapur. Tu trick diorang nak cek dapur arr tu. Sib baik la dapur dalam keadaan 'sihat'. Hehehe.

Sebelum balik,, diorang tetapkan tarikh untuk check up baby yang pertama. 24/7/2012 genap sebulan baby Aisya. Kena cucuk la anak umi ni. :)

Kuar je misi-misi tu dari umah, tak sempat sarung kasut pun lagi terus anak buah me hempas pintu. Ades!! Budak tecik lagi pun. Hehehe.



Tuesday, July 17, 2012

Bila Baby Aisya Senyum :)

11:25 AM 2 Comments





Nak masuk sebulan dah me berpantang. Bestnya.  Even tak sempat habiskan 44 hari tu sebelum Ramadhan but selebihnya tu me akan cuba untuk berpuasa. InsyaALLAH. :)

Sekarang ni baby Aisya dah pandai senyum. Suka sangat bila tengok. Hehehe. 


Pic x jelas sebab diambil dengan hp murah je. Hehehe. Senang hati umi bila tengok baby Aisya senyum.

En.abg : Aisya senyum ke tu?

Me : a'ah. Sekarang ni dia memang suka senyum.

En.abg : Ira cerita apa dengan Aisya?

Me : Cerita la apa2.. hehehe..

En.abg : Rindunya abg dengan Aisya. Rindu nak dukung dia.

Hurm,, sebak juga bila en.abg cakap cam tu malam tadi. Takpe la. Tunggu Syawal nanti baru baby Aisya dapat jumpa ngan ayah lagi.

Lambatnya. Umi Aisya pun dah rindukan ayah Aisya. :(


Saturday, July 14, 2012

Usha Baju Raya Untuk Baby Aisya

8:36 PM 1 Comments





Lagi beberapa hari, umat islam seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. InsyaALLAH. Seiring dengan kehadiran Ramadhan, mood Syawal pun semakin terasa. 

Untuk me dan en.abg, Ramadhan dan Syawal kali terasa amat bermakna dengan kehadiran baby Aisya. So,, sangat-sangat teruja nak shopping baju untuk Aisya. Nak ukur memang agak terlambat dah. Lagi pula, Aisya kecik lagi. Bagi dia pakai dress je raya nanti. 

Oleh kerana me sedang berpantang dan di larang keras untuk keluar dari umah maka me tak dapat la nak keluar shopping baju. Dengan itu, penyelesaiannya hanyalah online shopping. Hehehehe. Banyak kut pilihan bila online ni. Yang tak bestnya bila baju yang me berkenan tu takde saiz Aisya. Hurm,,...


Wednesday, July 11, 2012

Menu Berpantang

12:17 PM 4 Comments








Salam Rabu semua. :)

Hari ni dah masuk hari ke-17 me berpantang.Alhamdulillah setakat ni semangat untuk berpantang masih kuat even sekali-sekala ada juga dugaan yang datang dekat. Dugaan yang paling kuat me rasakan masa berpantang ni adalah dugaan nafsu makan. Sangat-sangat berkuasa dugaan ni. Siapa yang tak kuat semangat, memang rasa nak nangis bila tengok makanan sedap-sedap depan mata. Hahaha. Over la pula kan.

Menu utama me semasa berpantang ialah nasi dengan sup ayam kampung. Sedap weehhh. Dah la me ni memang penggemar sup. Even hari-hari menu sup yang sama pun me tak kisah. Lagipun, sup ni ada kebaikannya. Contoh, memperbanyakkan air susu. 

Few days after bersalin air susu memang tak cukup untuk baby. So, terpaksa bottle feed baby Aisya ngan susu formula. But sekarang ni dah mampu bagi baby Aisya fully bf. Alhamdulillah. Tak makan supplement apapun just minum sup dah mampu hasilkan air susu yang lumayan banyak.  

Biarpun agak susah nak cari ayam kampung, but my ma and my pa still berusaha juga demi cucu perempuan diorang yang 1st ni. Hehehe. Yelah sebelum ni diorang dah ada 2 orang cucu lelaki (anak my sis). 

Sup ayam kampung ni my ma campurkan dengan halia yang banyak, bunga kantan, lobak merah, sedikit kentang dan wajiblah ada ayam kampung kan. Hehehe. Itu sebenarnya resepi berpantang turun temurun dari nenek moyang me lagi. :)

p/s : Jauhkan makanan pedas, berlemak, bersantan, kekacang dan telur semasa berpantang. Banyak lagi tapi tak ingat sudah. ;)


Monday, July 9, 2012

Bila Baby Kena Kuning

9:28 PM 5 Comments







1st week pas baby Aisya lahir,, me habiskan masa beberapa hari kat hospital di sebabkan jaundis. SB my baby tinggi melebihi tahap lampu yang sepatutnya.

APA ITU JAUNDIS?

Satu keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan akibat paras bilirubin yang berlebihan dalam darah bayi. Jika paras billirubin terlalu tinggi ia boleh mengakibatkan kerosakan otak.

SEBAB-SEBAB JAUNDIS
  • Fungsi hati yang kurang matang
  • Kerosakan pada hati
  • Pemecahan sel darah merah yang berlebihan
  • Kekurangan cecair dalam badan (dehidrasi)
CARA PENCEGAHAN JAUNDIS TERUK (SB TERLALU TINGGI)
  • Beri penyusuan susu ibu sepenuhnya
  • Cegah jangkitan melalui kebersihan tali pusat dan elak ruam panas
  • Bawa anak ke hospital dengan segera jika kuning
ELAKKAN DARI :-
  • Jangan berubat kampung kerana ini akan melengahkan rawatan yang diperlukan bayi/ anak
  • Menggunakan sebarang ubat tanpa arahan dari doktor
  • Memakan ubat tradisional seperti jamu
  • Jangan beri anak minum air glukos
  • Menjemur anak di bawah matahari
CARA RAWATAN
  • Fototerapi (Lampu biru di Hospital)
  • Pertukaran darah jika terlalu serius
Sumber : Buku Rekod Kesihatan Ibu




Masa baby and me admit wad sal kuning ari tu, memang me kesian sangat kat baby sebab terpaksa bogel and dijemur di bawah lampu biru. Baby pun asyik nangis je. Me tau yang baby tak selesa. Me pun rasa cam nak nangis je tengok baby. If la me boleh gantikan tempat baby masa tu,, memang me takkan fikir panjang. Huhuhu. 

Ikutkan hati memang taknak jemur baby tapi if tak jemur kang memang lama la tinggal kat wad. So, terpaksa la ikutkan je. And sekali lagi, my ma temankan me and baby Aisya kat wad. Ma la yang bersengkang mata menjaga baby Aisya masa dijemur tu. 

Me sangat-sangat berterima kasih ngan pengorbanan my ma. Ma amik cuti seminggu semata-mata nak jaga me and baby. Memang tak terbalas segala jasa mama. Dulu masa kita lahir, ma jaga kita. Sekarang ni, bila tiba masa kita melahirkan pun, ma still jaga kita. Me sangat-sangat berterima kasih dengan semua yang ma buat. Love U so much mama.

Sepanjang ditahan tu, me amalkan minum Hi-Goat and susu kambing fresh then banyakkan bagi susu badan kat baby. Susu kambing fresh tu me share ngan baby. 2oz sehari bagi kat baby. Alhamdulillah syukur, sedikit sebanyak usaha me tu membuahkan hasil. SB baby turun agak banyak. Tapi after kuar wad pun me still amalkan minum Hi-Goat. 

M2B kat luar, amalkan la minum Hi-Goat and susu kambing fresh sebelum bersalin bagi mengelakkan tahap kuning baby tinggi. Dan jangan lupa banyakkan berdoa juga. :)

Sunday, July 8, 2012

Sebelum Dan Semasa

11:57 AM 3 Comments






Selamat berhari minggu semua. Hari ni genap la 14 hari umur baby Aisya.

Dulu pas kahwin, bangun pagi tengok muka en.abg. Sekarang ni, bangun pagi tengok muka baby dulu. Hehehe. Bahagianya. Ala,, bukan taknak pandang muka en.abg dulu tapi en.abg kan jauh di mata dekat di hati. :p

Sehingga hari ni pun me masih teringat-ingat sakit bersalin hari tu. 3 hari me menahan sakit sebelum bersalin. Sakitnya tak mampu me gambarkan dengan kata-kata. Apa yang pasti, me langsung tak dapat lelap pun sepanjang waktu tu. Nak baring tak selesa, nak duduk pun tak selesa. Mata panda me yang sedia panda bertambah-tambah pandanya. Huhuhu. Selera makan pun langsung hilang. Seyes me hanya minum nestum je dalam 3 hari tu. 

Bila admit wad malam hari Sabtu tu, nasib baik la my ma boleh temankan me kat wad. If tak, taktau la apa nak jadi. Sepanjang malam tu pegang tangan my ma je. My ma pun usap-usap perut me. "Keluar la nak. Kesian mama sakit." Me ingat itu la ayat yang my ma ulang-ulang masa usap perut me. Masa tu memang sedih + sakit sangat. Nak nangis tapi airmata langsung tak keluar. 

Bukaan 5cm, Dr. pecahkan air ketuban and me terus stay dalam bilik bersalin. And syukur sekali lagi coz my ma still ada di sisi, temankan me. Masa tu my ma nak suapkan me but me betul-betul tak selera nak makan. Sakit contraction tu betul-betul buat me rasa tak tentu arah. Rasa tegang sangat kat bawah perut. 

Lagi satu yang buat me tak selesa bila kena seluk. Tak terkira berapa kali me diseluk dalam masa 3 hari tu. Ingat sedap ke kena seluk. Sakit weeiii. :((

Tiba masa nak bersalin. Tiba-tiba contraction jadi kurang and lambat. So, Dr. arahkan nurse pasang drip kat tangan untuk cepatkan contraction. Time bersalin pun my ma tetap ada di sisi me. Syukur sangat. Bila Dr. arahkan me untuk teran, me pun try sekuat tenaga but apa sangat la tenaga yang me ada if tak makan and tak tido 2 hari. Huhuhu. But me still try my best untuk lahirkan my baby. 

Pengalaman pertama and takde pengalaman menyukarkan me untuk meneran. Mana nak teran, nak atur nafas. Memang tak ketentuan la masa tu. Dr. and nurse siap jerit lagi kat me. Dari sorang nurse and sorang Dr., makin bertambah ramai lak nurse yang masuk bagi sokongan kat me. Segan? Malu? Langsung hilang perasaan tu semua. Huhuhuhu. 

Agak lama juga me berusaha untuk keluarkan kepala baby. Hampir 1 jam lebih. Jantung baby masa tu pun bertambah lemah. Sampai satu tahap Dr. jadi sangat-sangat geram. Hingga dia ambil keputusan untuk gunakan vacuum but sib baik la dia tak jadi buat. Banyak masalah yang mungkin timbul if gunakan vacuum ni. Huhuhu. 

Masa kepala baby kuar, me rasa macam me pengsan sesaat. Me langsung tak ingat or rasa bila kepala baby dah kuar. Buka mata je me tengok diorang dah angkat badan baby. Perasaan masa tu, alhamdulillah. Terus rasa  ringan je kepala and badan bila tengok baby. 

Jahit? Tak rasa apa pun. :)

Tapi me sangat terkejut bila nurse inform berat baby 3.45kg sedangkan last scan berat baby just 2kg lebih je. Huhuhu. Patut la susah baby nak kuar. 

Apapun, pengalaman melahirkan adalah pengalaman yang sangat berharga. Yang membuatkan me lebih menghargai pengorbanan my ma. 

En.abg? En.abg sampai kat hospital lebih kurang jam 5pm. Kebetulan en.abg sampai tu, me baru kuar dari bilik bersalin. Perjalanan en.abg hari tu, kL - kK - Ranau. Me tau yang en.abg risaukan me. Nak tau, after me admit wad tu, me langsung xde mood nak angkat phone or balas mesej sebab masa tu me sibuk menahan sakit. En.abg bertanyakan keadaan semasa me ngan my ma je. Huhu.

Serik? Nope. Me langsung tak serik nak mengandung lagi pasni. :)


Thursday, July 5, 2012

Officially (◡‿◡✿)

3:49 PM 0 Comments



Baru ada masa nak update blog ni. Hehehe. Rasa bersalah juga sebab biarkan blog ni berdebu tak bersapu. 

Semalam en.abg dah balik semenanjung. Tinggal la me dengan baby Aisya. huhuhu. Rasa sunyi je umah. 

Siapa baby Aisya? Owh.. Lupa lak.. Ramai lagi yang taktau me dah selamat melahirkan seorang puteri  seberat 3.45kg tanggal 24 Jun 2012 lalu. Sorry sebab memang tak sempat nak update ari tu. :)


Kenal kan,, ni la baby Nur Aisya Syuhadaa binti Abdul Karim. Pic ni actually pic a few hours selepas baby lahir. Pic baru banyak tapi ada kat en.abg. :)

Perasaan dah ada anak sendiri memang menakjubkan. Lagi-lagi bila kita sendiri yang merasai nikmat bersalin. Next entry me akan share sikit pengalaman me sebelum dan ketika melahirkan baby Aisya. InsyaALLAH. 



Follow me @munirah_izzan