Monday, July 9, 2012

Bila Baby Kena Kuning








1st week pas baby Aisya lahir,, me habiskan masa beberapa hari kat hospital di sebabkan jaundis. SB my baby tinggi melebihi tahap lampu yang sepatutnya.

APA ITU JAUNDIS?

Satu keadaan di mana kulit dan mata bayi berwarna kekuningan akibat paras bilirubin yang berlebihan dalam darah bayi. Jika paras billirubin terlalu tinggi ia boleh mengakibatkan kerosakan otak.

SEBAB-SEBAB JAUNDIS
  • Fungsi hati yang kurang matang
  • Kerosakan pada hati
  • Pemecahan sel darah merah yang berlebihan
  • Kekurangan cecair dalam badan (dehidrasi)
CARA PENCEGAHAN JAUNDIS TERUK (SB TERLALU TINGGI)
  • Beri penyusuan susu ibu sepenuhnya
  • Cegah jangkitan melalui kebersihan tali pusat dan elak ruam panas
  • Bawa anak ke hospital dengan segera jika kuning
ELAKKAN DARI :-
  • Jangan berubat kampung kerana ini akan melengahkan rawatan yang diperlukan bayi/ anak
  • Menggunakan sebarang ubat tanpa arahan dari doktor
  • Memakan ubat tradisional seperti jamu
  • Jangan beri anak minum air glukos
  • Menjemur anak di bawah matahari
CARA RAWATAN
  • Fototerapi (Lampu biru di Hospital)
  • Pertukaran darah jika terlalu serius
Sumber : Buku Rekod Kesihatan Ibu




Masa baby and me admit wad sal kuning ari tu, memang me kesian sangat kat baby sebab terpaksa bogel and dijemur di bawah lampu biru. Baby pun asyik nangis je. Me tau yang baby tak selesa. Me pun rasa cam nak nangis je tengok baby. If la me boleh gantikan tempat baby masa tu,, memang me takkan fikir panjang. Huhuhu. 

Ikutkan hati memang taknak jemur baby tapi if tak jemur kang memang lama la tinggal kat wad. So, terpaksa la ikutkan je. And sekali lagi, my ma temankan me and baby Aisya kat wad. Ma la yang bersengkang mata menjaga baby Aisya masa dijemur tu. 

Me sangat-sangat berterima kasih ngan pengorbanan my ma. Ma amik cuti seminggu semata-mata nak jaga me and baby. Memang tak terbalas segala jasa mama. Dulu masa kita lahir, ma jaga kita. Sekarang ni, bila tiba masa kita melahirkan pun, ma still jaga kita. Me sangat-sangat berterima kasih dengan semua yang ma buat. Love U so much mama.

Sepanjang ditahan tu, me amalkan minum Hi-Goat and susu kambing fresh then banyakkan bagi susu badan kat baby. Susu kambing fresh tu me share ngan baby. 2oz sehari bagi kat baby. Alhamdulillah syukur, sedikit sebanyak usaha me tu membuahkan hasil. SB baby turun agak banyak. Tapi after kuar wad pun me still amalkan minum Hi-Goat. 

M2B kat luar, amalkan la minum Hi-Goat and susu kambing fresh sebelum bersalin bagi mengelakkan tahap kuning baby tinggi. Dan jangan lupa banyakkan berdoa juga. :)

5 comments:

  1. ololo, siannya baby. semoga baby cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. sian baby aisya. moga cepat elok ye. meh sini kat abam fariq... abam ke?? muahaha

    ReplyDelete
  3. kak munirah mane ley ganti baby letak bawah phototherapy. Tak muat katil kacang baby. hehe

    ReplyDelete
  4. bagi minum air susu kambing taw :)

    ReplyDelete
  5. normal bg baby.. semoga cepat turun.. syaza dulu sehari smlm kat hospital pastu ulang alik klinik 2 minggu kesain kat dia hari2 kena cucuk maik darah..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan