Wednesday, July 18, 2012

# baby # Pengalaman

Bila Misi Serbu Rumah






Semalam, lebih kurang jam 2.30pm, masa me otw nak makan tiba-tiba dengar bunyi hon kat luar. Erk!! Hati dah tak sedap. Kelam kelibut la me simpan nasi and sup yang me dah kaut bawah tudung. Tak sempat nak jamah sikit pun. 

Adik me btau yang ada misi kat luar. Huh?! Me pandang ruang tamu yang agak berselerak tak sempat dikemas habis tu. Alamak!! Apasal la nak datang time ni. Hari tu kemain me tunggu tak jugak datang. Kata nak datang hari ke-20. Semalam dah hari ke-23. Ingatkan tak datang dah. Isk! Ni yang rasa nak pitam ni. 

Me capai mana yang termampu then sumbat dalam besen. Hukhuk. Adik me pun tolong sumbat-sumbat mana yang patut. Hahaha. 

Bila misi tu masuk,, ntah kenapa me rasa cam gelap je umah ni. Hurm,,...

Mula la diorang timbang baby Aisya. 23 hari, baby Aisya dah cecah berat 4.2kg. Hohoho. Alhamdulillah. Sihat anak umi n ayah ni. :)

Pastu diorang cerita-cerita la sal susu yang diperah. Bla..bla..bla.. Then pura-pura nak g cuci tangan kat dapur. Tu trick diorang nak cek dapur arr tu. Sib baik la dapur dalam keadaan 'sihat'. Hehehe.

Sebelum balik,, diorang tetapkan tarikh untuk check up baby yang pertama. 24/7/2012 genap sebulan baby Aisya. Kena cucuk la anak umi ni. :)

Kuar je misi-misi tu dari umah, tak sempat sarung kasut pun lagi terus anak buah me hempas pintu. Ades!! Budak tecik lagi pun. Hehehe.



5 comments:

  1. waaa kene kemas dapo slalu la kalo gtu :D

    ReplyDelete
  2. waaa kene selalu cuci dapo la kalo gtu :D

    ReplyDelete
  3. haha.. baru nak kalut kena ambush.. nasib sempat kemas.. :P

    ReplyDelete
  4. @Ardini Humaira:

    hehe.. and toilet.. dua tempat ni yg diorang suka nak check..

    ReplyDelete
  5. @Fariq:

    suka nampak.. hehehe.. tapi memang padan la muka tem tu..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan