Wednesday, July 11, 2012

Menu Berpantang









Salam Rabu semua. :)

Hari ni dah masuk hari ke-17 me berpantang.Alhamdulillah setakat ni semangat untuk berpantang masih kuat even sekali-sekala ada juga dugaan yang datang dekat. Dugaan yang paling kuat me rasakan masa berpantang ni adalah dugaan nafsu makan. Sangat-sangat berkuasa dugaan ni. Siapa yang tak kuat semangat, memang rasa nak nangis bila tengok makanan sedap-sedap depan mata. Hahaha. Over la pula kan.

Menu utama me semasa berpantang ialah nasi dengan sup ayam kampung. Sedap weehhh. Dah la me ni memang penggemar sup. Even hari-hari menu sup yang sama pun me tak kisah. Lagipun, sup ni ada kebaikannya. Contoh, memperbanyakkan air susu. 

Few days after bersalin air susu memang tak cukup untuk baby. So, terpaksa bottle feed baby Aisya ngan susu formula. But sekarang ni dah mampu bagi baby Aisya fully bf. Alhamdulillah. Tak makan supplement apapun just minum sup dah mampu hasilkan air susu yang lumayan banyak.  

Biarpun agak susah nak cari ayam kampung, but my ma and my pa still berusaha juga demi cucu perempuan diorang yang 1st ni. Hehehe. Yelah sebelum ni diorang dah ada 2 orang cucu lelaki (anak my sis). 

Sup ayam kampung ni my ma campurkan dengan halia yang banyak, bunga kantan, lobak merah, sedikit kentang dan wajiblah ada ayam kampung kan. Hehehe. Itu sebenarnya resepi berpantang turun temurun dari nenek moyang me lagi. :)

p/s : Jauhkan makanan pedas, berlemak, bersantan, kekacang dan telur semasa berpantang. Banyak lagi tapi tak ingat sudah. ;)


4 comments:

  1. Wah, tahniah. Family akak pula, dalam pantang tak boleh minum air banyak, makan kuah2 nie tak boleh. Keringg jer nasi dengan ikan goreng halia. Tapi sebenarnya, ikut kesesuaian tubuh badan sendiri.

    ReplyDelete
  2. baru 17 hari ek..lama lagi tu moon huhu

    ReplyDelete
  3. tips untuk dni nih.. sebab kena berpantang sendiri hehe

    ReplyDelete
  4. salam,aah...saya pon berpantang makan sup ayam..tapi ayam biasa je..susah nak cari ayam kampung kat miri ni..hehe...ni saya nak share tentang saya berpantang..jemput visit blog saya http://zahirahhafizan.blogspot.com/2012/09/kenapa-saya-memilih-shaklee-untuk.html

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan