Sunday, July 8, 2012

# baby # Bersalin

Sebelum Dan Semasa







Selamat berhari minggu semua. Hari ni genap la 14 hari umur baby Aisya.

Dulu pas kahwin, bangun pagi tengok muka en.abg. Sekarang ni, bangun pagi tengok muka baby dulu. Hehehe. Bahagianya. Ala,, bukan taknak pandang muka en.abg dulu tapi en.abg kan jauh di mata dekat di hati. :p

Sehingga hari ni pun me masih teringat-ingat sakit bersalin hari tu. 3 hari me menahan sakit sebelum bersalin. Sakitnya tak mampu me gambarkan dengan kata-kata. Apa yang pasti, me langsung tak dapat lelap pun sepanjang waktu tu. Nak baring tak selesa, nak duduk pun tak selesa. Mata panda me yang sedia panda bertambah-tambah pandanya. Huhuhu. Selera makan pun langsung hilang. Seyes me hanya minum nestum je dalam 3 hari tu. 

Bila admit wad malam hari Sabtu tu, nasib baik la my ma boleh temankan me kat wad. If tak, taktau la apa nak jadi. Sepanjang malam tu pegang tangan my ma je. My ma pun usap-usap perut me. "Keluar la nak. Kesian mama sakit." Me ingat itu la ayat yang my ma ulang-ulang masa usap perut me. Masa tu memang sedih + sakit sangat. Nak nangis tapi airmata langsung tak keluar. 

Bukaan 5cm, Dr. pecahkan air ketuban and me terus stay dalam bilik bersalin. And syukur sekali lagi coz my ma still ada di sisi, temankan me. Masa tu my ma nak suapkan me but me betul-betul tak selera nak makan. Sakit contraction tu betul-betul buat me rasa tak tentu arah. Rasa tegang sangat kat bawah perut. 

Lagi satu yang buat me tak selesa bila kena seluk. Tak terkira berapa kali me diseluk dalam masa 3 hari tu. Ingat sedap ke kena seluk. Sakit weeiii. :((

Tiba masa nak bersalin. Tiba-tiba contraction jadi kurang and lambat. So, Dr. arahkan nurse pasang drip kat tangan untuk cepatkan contraction. Time bersalin pun my ma tetap ada di sisi me. Syukur sangat. Bila Dr. arahkan me untuk teran, me pun try sekuat tenaga but apa sangat la tenaga yang me ada if tak makan and tak tido 2 hari. Huhuhu. But me still try my best untuk lahirkan my baby. 

Pengalaman pertama and takde pengalaman menyukarkan me untuk meneran. Mana nak teran, nak atur nafas. Memang tak ketentuan la masa tu. Dr. and nurse siap jerit lagi kat me. Dari sorang nurse and sorang Dr., makin bertambah ramai lak nurse yang masuk bagi sokongan kat me. Segan? Malu? Langsung hilang perasaan tu semua. Huhuhuhu. 

Agak lama juga me berusaha untuk keluarkan kepala baby. Hampir 1 jam lebih. Jantung baby masa tu pun bertambah lemah. Sampai satu tahap Dr. jadi sangat-sangat geram. Hingga dia ambil keputusan untuk gunakan vacuum but sib baik la dia tak jadi buat. Banyak masalah yang mungkin timbul if gunakan vacuum ni. Huhuhu. 

Masa kepala baby kuar, me rasa macam me pengsan sesaat. Me langsung tak ingat or rasa bila kepala baby dah kuar. Buka mata je me tengok diorang dah angkat badan baby. Perasaan masa tu, alhamdulillah. Terus rasa  ringan je kepala and badan bila tengok baby. 

Jahit? Tak rasa apa pun. :)

Tapi me sangat terkejut bila nurse inform berat baby 3.45kg sedangkan last scan berat baby just 2kg lebih je. Huhuhu. Patut la susah baby nak kuar. 

Apapun, pengalaman melahirkan adalah pengalaman yang sangat berharga. Yang membuatkan me lebih menghargai pengorbanan my ma. 

En.abg? En.abg sampai kat hospital lebih kurang jam 5pm. Kebetulan en.abg sampai tu, me baru kuar dari bilik bersalin. Perjalanan en.abg hari tu, kL - kK - Ranau. Me tau yang en.abg risaukan me. Nak tau, after me admit wad tu, me langsung xde mood nak angkat phone or balas mesej sebab masa tu me sibuk menahan sakit. En.abg bertanyakan keadaan semasa me ngan my ma je. Huhu.

Serik? Nope. Me langsung tak serik nak mengandung lagi pasni. :)


3 comments:

  1. Biar sakit & perit macamana pun, kita tetap tak serik kan?feeling special drpd Allah...:)

    ReplyDelete
  2. Seronokk dan terkedu julia baca pengalaman dear moon :) besar betul jasa ibu kan...sekarang moon sudah menjadi ibu kepada baby comel bernama aisya...nanti upload pic baby comel tuh ye...aunty julia nak tgk...:)

    ReplyDelete
  3. huaaaa lama nya moon tahan sakit.sedih nya.xserik eh.bagus,1st tyme dgr org kata x serik.ehehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan