Sunday, September 23, 2012

# Life

Dalam Dilema

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Hujan lagi malam ni. Alhamdulillah. Hujan itu rezeki dari ALLAH. Dan aku bersyukur pada-MU kerana masih memberiku peluang untuk menikmati rezeki-MU ya ALLAH.

Sejak akhir-akhir ni hati ni sering berlagu bimbang. Ragu dengan keputusan yang bakal diambil atau terpaksa membuat satu keputusan yang drastik dalam hidup me sekarang ni.



Bukan me tidak mensyukuri nikmat dan rezeki ALLAH yang satu ni, malah me amat gembira dengan apa yang ada sekarang ni tetapi keadaan memaksa me untuk memilih jalan hidup yang lain. Mungkin setakat ini rezeki me di sini.

Namun andai rezeki me masih di sini, maka me mohon pada-MU ya ALLAH agar permudahkan segalanya. Jika ianya hanya setakat ini, me tidak akan berputus asa dan berhenti di sini. Demi keluarga dan anak, me akan berusaha sehabis boleh.

Rezeki ALLAH tidak akan putus kecuali bagi mereka yang berputus asa.
YA ALLAH, TUNJUKKAN JALAN TERBAIK BAGI HAMBU-MU YANG KERDIL INI. SESUNGGYHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BAGI SETIAP HAMBA-MU.

1 comment:

Follow me @munirah_izzan