Wednesday, October 31, 2012

To The Beautiful You | It's TrueLy Me!!

3:15 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat petang semua. Short update.
Hero and Heroin

Sebahagian dari keluarga TTBU
Semalam baru habis tengok drama ni. For me,, okay la. 
Pasal sorang gurl ni menyamar jadi budak lelaki hanya untuk buat idola dia kembali pada sukan lompat tinggi. Lebih kurang cam tu la. Hehehe.
Ada juga scene yang me skip. Hehehe. Sebab apa? Boring kut. Ngeee. Me tengok pun sebab kawan yang suggest (actually if kawan x suggest,, me xtau pun drama ni wujud..hehehe). 

Nyway, it's worth to watch. :D



p/s : Hujan. Acane nak amik Aisya ni. =_=

Friday, October 26, 2012

Aisya Dah Pandai .... | It's TrueLy Me!!

10:32 PM 0 Comments


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Rasanya belum terlambat lagi untuk me ucapkan Salam Aidiladha buat semua warga muslimin dan muslimat.
Good news!! Good news!! Hehehe..
Excited me nak btau semua yang Aisya dah pandai meniarap!! Sukanya. Sukanya. Heeee~

First time..
First Aisya meniarap semalam. Sampai kampung and me letak dia kat toto terus berusaha nak mengiringkan badan. Tak lama pastu dah berjaya meniarap. Siap senyum lagi. Alhamdulillah. Dapat juga me saksikan moment ni. Ingatkan bila dah start kerja and hantar Aisya ke taska,, me akan terlepas moment-moment macam ni but syukur sangat sebab diberikan peluang untuk melihat perkembangan Aisya ni.  :D

Bila dah pandai,,..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 24, 2012

Aisya 4 Bulan Sudah | It's TrueLy Me!!

9:18 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Salam Rabu semua. Tak sedar masa berlalu kan. Kita hampir berada di penghujung bulan Oktober. Hari ni pun Aisya dah genap 4 bulan. Alhamdulillah. 

Aisya semakin bijak. Semakin kuat menyusu. Semakin suka berjaga malam. Semakin pandai kejut umi dia ajak main. Hehehehe. Me suka sebab itu tunjukkan yang Aisya membesar dengan sihat. Syukur Ya ALLAH. 

Tadi sebelum pg kerja, ingat nak amik pic ngan Aisya tapi bila nak snap jep mesti dia pusing. Huhu. Susah nak amik pic dia ni. Huhuhu. 

Percubaan Pertama
Percubaan Kedua
Finally,, ni jep yang jelas sikit. Pipi Aisya ada ruam. Huhu
Hahaha. Abaikan muka umi Aisya dan fokus pada Aisya jep tau. Sayang anak umi. :)



p/s : Tak sabar nak cuti sok. Nak balik kampung.. Weeee~

Monday, October 22, 2012

Start Sudah | It's TrueLy Me!!

3:48 AM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Update ringkas sambil dodoikan Aisya dengan mata yang separuh terbuka. Huhu.

Aisya bangun sudah. Dah la semalam dia tido lewat. Huhu. Me tak pasti sangat jam brapa dia tido malam tadi tapi yang pasti me tido dulu dari dia. Huhu. Semangat betul dia berjaga skang ni.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 20, 2012

Baju Aisya Mengecil? |It's TrueLy Me!!

1:56 PM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Happy saturday semua. Selamat bekerja bagi mereka yang bekerja dan selamat bercuti bagi mereka yang sedang bercuti.

Suppose hari ni me keja but memandangkan taska tutup and xde orang nak jaga Aisya maka me terpaksa minta orang lain tolong gantikan me kerja. Nasib baik ada kawan-kawan yang memang mencari masa untuk OT. So skang ni tengah main-main ngan Aisya sambil kemas-kemas umah.

Tadi masa me kemas baju-baju Aisya, ada banyak baju yang dia dah x boleh pakai. Terutamanya yang newborn size. Ada gak yang tak sempat Aisya pakai and x muat dah. Xpe. Simpan untuk adik Aisya lak. Hehehe.

Kebanyakan baju-baju tu hadiah daripada kawan-kawan and macik-macik. Baju baby pemberian orang me memang xde niat dulu nak bagi pada orang lain kecuali baju baby yang me beli. Kenapa? Hurm, xtau laaaa.

Me ingat nak jualkan baju-baju baby yang Aisya yang dah kecik tu. Ada yang baru sekali pakai. Macam baju raya Aisya ri tu. Memang tak muat dah. Baru sekali pakai.

Agak-agak ada yang nak beli tak?

Thursday, October 18, 2012

Urgent!! Perhatian Kepada Para Isteri dan Mereka Yang Bakal Bergelar Isteri | It's TrueLy Me!!

6:25 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Just now baru terbaca satu artikel ni, but x pasti sama ada betul atau tidak. Baca dulu then baru buat keputusan.


I'm a bit shock dengan artikel ni. Bukan a bit sebenarnya but sangat-sangat terkejut.

If alasan untuk mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin, sudahkah dikaji kemungkinan-kemungkinan akan bertambah pula statistik perceraian di kalangan suami isteri?

Hurm,,...

Tuesday, October 16, 2012

Homaiiii Newspaper | It's TrueLy Me!!

12:55 PM 5 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi-pagi lagi dah rasa tension sangat. Huhu.

Newspaper semua ni kena siap indeks secepat mungkin. Yang ni baru setengah. Ada lagi bahagian me. Huhu.

Kerana newspaper ni juga la me ketepikan prinsip KERJA JANGAN BAWA KE RUMAH. Huhu.

Balik keja jep,, siapkab keja umah,, readykan dinner untuk diri sendiri,, luangkan masa ngan Aisya jap baru buat keja opis ni. Tu pun buat yang termampu jep.

Lagipun Aisya perlukan lebih perhatian. Dah la siang keja xkan malam pun nak habiskan masa buat keja jep kan..kan.. Kena jugak ada masa untuk keluarga.

Hope dikuatkan hati me untuk terus bekerja.

p/s : Still sangat kecewa dengan pentadbiran kerana me still x dapat pindah dekat ngan en.abg. Diorang tak merasa sebab tu diorang x faham. Sedihnya....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 13, 2012

Cerita Lama | It's TrueLy Me!!

8:10 PM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tadi tiba-tiba rasa cam nak google balik cerpen yang penah me post kat penulisan2u.

PRINSIP CINTA AINA

Cerpen ni around 2009 kut me siapkan. If x salah arr. Bila baca balik, how childish jalan cerita ni. Huahua.

Bila baca komen-komen tu semua, terharu pun ada. Thanks bagi mereka, mereka dan mereka yang sudi baca and bagi sokongan untuk me terus berkarya.

InsyaALLAH, me akan cuba untuk buat karya-karya yang lebih bermutu pas ni.

Ada cerita disebalik cerpen ni sebenarnya. Cerita apa? Rasanya senang jep nak guess kan.. Huhu..

Aisya Rindu | It's TrueLy Me!!

3:15 AM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Seawal jam 3 pagi Aisya dah 3G ngan ayah. Sambil Aisya ngan ayah 'borak' sambil tu dia pegang screen hp. Maybe dia nak btau yang dia rindu kat ayah dia. Hampir 2 bulan x jumpa. Me pula yang sedih. Nak nangis pun ada.

Me harap we all akan disatukan dalam masa terdekat. InsyaALLAH. Doakan kami yaa kawan-kawan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, October 10, 2012

Fabulous Cake | It's TrueLy Me!!

9:49 PM 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Tadi me tengok channel apa ntah but nama rancangan tu Fabulous Cake. Weeee~ kreatif sungguh diorang decorate kek tu.

Me google a few picture decorating kek yang fabulous tu and me jumpa yang biasa-biasa but adorable ni jep. Yalah. By handphone jep kan. Huhu.

Banyak lagi kut yang menarik and look delicious. Sok me nak google lagi. Hekhek.

But satu yang buat spoil, diorang buat semua tu with bare hands. Ades!! Korang tau apa yang bermain di fikiran me? Of course la aspek kebersihan kan. Huk.

Fuh~





SusunBuku | It's TrueLy Me!!

8:22 AM 0 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni la rutin semua pembantu perpustakaan UiTM Sabah setiap pagi. 30 minit untuk kemaskan dan susun semula buku yang sudah di gunakan di rak masing-masing. Pastu baru la mulakan tugas hakiki sendiri.

p/s : Rindu Aisya sudah.... Fuhhhh~

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 8, 2012

Jom Bungee Jumping | It's TrueLy Me!!

8:07 PM 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Jom! Jom! Jom!

Hehe. Mood excited sangat even just thinking about this. Saja jep nak berangan jap. Nak bungee tu xtau bila. Hukhuk.

Ntah kenapa tiba-tiba teringin nak try benda ni. Best kut tengok orang terjun-terjun. Hahaha. Mana lah tau boleh hilang stress.

Gayat? Entah lah. But if ada pun, terjun bungee ni mampu kut atasi masalah gayat tu.

Jangan pengsan atas tu sudahhh. Hehe.

p/s : Hari ni cam terover dose makan lak. =_=


Saturday, October 6, 2012

Aisya Dah Mula Berjaga Malam | It's TrueLy Me!!

3:08 AM 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Macam biasa, me kejut Aisya bangun menyusu. Sebelum ni pas menyusu and sendawa elok je dia tido semula but sekarang ni x macam tu dah. Huhu.

Semangat dia senyum-senyum, gelak-gelak sambil ajak umi dia layan borak. Huhu. Kadang-kadang bila tengah layan dia borak tu, boleh terlelap gak but bila pejam jep mata, mula la dia jerit. Takmo main sorang-sorang la tu.

Pandai dah anak umi n ayah ni.

Latest pic Aisya. Tengah gelak-gelak. Cam tau je umi nak snap pic dia. Jom la tido sayang. Umi ngantuk ni. Huhu.


Thursday, October 4, 2012

Doa Memelihara Anak Kecil Dari Gangguan | It's TrueLy Me!!

12:27 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sumber : Facebook
Kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu kat luar sana,, meh kita amalkan doa ni. InsyaALLAH, dengan pertolongan ALLAH, anak kita terpelihara sentiasa. :)


Wednesday, October 3, 2012

Nuffnang Bagi Durian Runtuh? | It's TrueLy Me!!

4:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sumber : Google

Entry tertangguh....

Pagi-pagi lagi macam biasa,, cek email bagai. And tak lupa jugak cek Nuffnang and WOW!!! Pendapatan Nuffnang me bertambah menjadi 2 kali ganda. Biar betul?!! 

Mana tak terkejut. Iklan yang singgah selalu layu sebelum berkembang. Nak dapat jumlah tu perlukan masa yang lagi panjang kut. Dalam hati, xkanlah Nuffnang nak bagi durian runtuh lak kan? Tapi if betul pun,, apa salahnya. Ye tak? Hehehe..

Ni yang jadi masalah rupanya,,








p/s : Alhamdulillah. Another iklan from nuffnang. :D

Suddenly.. I'm Sooooo,... | It's TrueLy Me!!

9:19 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Wanna know something? Dulu i'm so addicted with red color but now guess what,, i'm so into pink color. Hehe. Sebelum ni nak pakai caler pink pun fikir 2x.

Rasanya semua ni penangan baby Aisya. Hehe. Kehadiran Aisya dalam hidup me and en.abg memang bawa banyak perubahan dalam hidup. :D

But red still number one!! Weeee~

Masa nak beli keperluan baby dulu, me cadang nak beli all red untuk Aisya but bila fikir-fikir balik cam x best lak bila baby pakai red color. Tunggu baby dah pandai merangkak kut baru best. Hehe.

p/s : en.abg yang tak pernah-pernah pakai pink pun terpaksa pakai jugak. Hehe. :p


Tuesday, October 2, 2012

Call Girl?

8:38 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Seriously,, baru terbuka minda me nak cari info pasal call girl ni. Selama ni tak amik port pun. Tapi bila baru-baru ni bila ada kawan yang sibuk nak cari number phone call girl,, me jadi tertanya-tanya.

Apa sebenarnya call girl tu? Ada jugak me tanya, diorang just btau yang call girl tu boleh buat macam-macam. Itu jep. Macam-macam? Me angguk jep la. Malas nak tanya lebih sebab niat hati me nak google sendiri. Ni lah salah satu kelebihan teknologi. Hehehe.

Antara info sal call girl yang me jumpa,,



Monday, October 1, 2012

Don't Be A Trash! | It's TrueLy Me!!

6:56 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hujan yang turun bagaikan mutiara.. Dan sejuk di opis pun bergandaaa~ Sejuk banget deh. Nak menaip pun rasa jari cam beku jep. Ni if panaskan comfirm cair ni. Ekekeke.

Entry ni sebenarnya dah lama me nak update. Sebelum tunang ari tu lagi. Phewwww!! Lama dah tu. Sampai dah bersalin me baru teringat balik. Itu pun pas sekali lagi mengalami pengalaman yang sama. Huhuhu.

Sebenarnya me tak teruja sangat nak update benda-benda cam ni just sebagai peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan kat luar sana. Pengalaman ni me sendiri sebagai saksi. Bukannya sekadar cerita yang dibuat-buat. Macamana nak mulakan ea?

Perlukan kita seorang kawan yang sering menghasut untuk membawa kita ke lembah maksiat? Sedangkan dia tau lelaki yang diajaknya itu telah pun berkeluarga. Andai tidak mengikut dikata dayus. Dikata bukan lelaki. Hurm,, bagaimana agaknya lelaki menterjemahkan diri mereka sebagai bukan lelaki or sebagai lelaki? Me sendiri pun tak faham dengan keadaan tu. Mesti buat maksiat baru diiktiraf sebagai lelaki? What a nonsence!!

Follow me @munirah_izzan