Friday, November 30, 2012

# Info # Life

Info : Mengapakah Kita Menguap? | It's TrueLy Me!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terbaca satu artikel yang menarik pasal menguap ni. Maybe ramai yang sudah tau and ada yg belum tau. Just nak refresh bg yang sudah tau and share dengan siapa-siapa yang belum tau.

Sumber : Google Images
Apabila anda mengantuk, kepala menjadi berat dan anda sukar membuka mata.

Anda juga menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut.

Pelbagai teori telah dikemukakan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap.

Satu daripada teori saintis yang sering diterima pakai oleh ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap di sebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi.

Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak.

Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semula jadi tubuh untuk menyejukkan otak.

Namun, sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat di pastikan dengan tepat.

Sumber : estidotmy edisi 113

Heeee~ masa type entry ni me ada menguap sekali.





Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan