Monday, January 30, 2012

Kejutan Pertama di Tahun 2012

Label :


Jumaat lepas kawan me btau yang ada satu bungkusan untuk me. Heran gak ar sebab me xde lak beli barang kat mana-mana online shop. Hurm,, bila diorang btau yang bungkusan tu dari mr.hubby, lagi la me jadi sangat-sangat heran sebab hubby xde lak btau yang dia nak kirim barang. Huhuhu.

Bila me datang nak amik bungkusan tu, seyes kotaknya memang agak besar. Me siap goncang lagi bungkusan tu but still x dapat figure out apa yang ada dalam tu. Sebelum buka me call hubby dulu. Kononnya nak tanya la apa benda yang hubby kirim. But hubby kata buka dulu then call dia balik. 

Kawan-kawan siap teka,, maybe barang baby or baju peknen. But me cam x yakin dengan tekaan tu semua. Dengan perasaan curious yang teramat sangat, me pun start koyak kertas pembalut tu. Mula-mula sopan jep me koyak but bila tengok kertas tu cam banyak sangat, maka me pun mula koyak dengan semangatnya. Hahaha. 

Buka jep me amat-amat terkejut melihat isi-isi dalam kotak tu. *tak sempat snap pic kotak sebab teruja nak tengok isi kotak.. hehehe*


Patut la pagi tadi masa me btau hubby yang me nak beli handbag laju jep hubby kata tak payah beli dulu. Frust juga tapi rupanya dia dah belikan untuk me dulu. :)

Lagi yang ada dalam kotak tu,,,



Ok! Dua-dua ni kasut heels. So, tak boleh pakai dulu masa-masa peknen ni. Kena tunggu pas habis pantang nanti la. Geram jep kaki nak sarung heels ni. Hehehe. So cute! Me suka sangat. *nampak besar kan heels tu? tapi sebenarnya size 4 jep pun* :p

And finally,,


Tiga pasang kain ela. Boleh dah ukur untuk buat baju raya pas ni. Baru semalam me berhajat nak beli kain untuk buat baju raya. Nampaknya naluri hubby tentang kemahuan me sangat-sangat kuat. Thanks so much dear hubby. Ira appreciate sangat pemberian ni semua. Lain kali buat la kejutan macam ni lagi. Hehehe.

Tak sangka ada juga kejutan untuk me dari En. Abdul Karim Mohd Latep di hari Jumaat (27/01/2012) ni.






p/s : Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan seorang lelaki bergelar suami yang mampu menerima aku apa adanya. Semoga hubungan kami sentiasa mendapat berkat dan restu dari-MU Ya ALLAH. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Sunday, January 29, 2012

Info : 6 Khasiat Sayur Bayam

Label :


Sharing is caring! Info ni me amik dari Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung punya page. Even entry copy paste tetapi tidak salah menyebarkan yang benda yang baik. 

1. Tulang yang lebih kuat – makan bayam boleh mengelakkan kita dari osteoporosis. Jadi, tak perlu kita terlalu bergantung pada makanan tambahan yang mungkin terlalu mahal. Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum!

2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia.

3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.

4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.

6. Miliki mata yang sihat – nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.





p/s : Pasni boleh makan bayam selalu. Sib baek la me bukan jenis yang anti sayur-sayuran. :)

Friday, January 27, 2012

Kisah Semalam

Label :


Semalam me berklinik untuk kali keempat. Monthly check up. Me tiba awal kat klinik. Around 7.35am cam tu. Terus direct ke Makmal KK sebab before check up kena ada keputusan hb dan urine. Yang ni wajib setiap kali check up kena buat. 

Lebih kurang 7.50am nurse datang buka makmal. Berebut-rebut kut orang nak masuk and amik nombor. Me pun tak terkecuali. Tapi yang buat me agak tak puas hati is bila mereka, mereka dan mereka yang dah amik nombor tu boleh pula berkumpul keliling tempat nombor tu. Me tak peduli, me menyisip jep la dicelah-celah diorang. Bukan niat nak kurang ajar but diorang pun kena faham, if diorang nak cepat, sama juga macam me. Dah la me ada masa 2 jam jep untuk selesaikan seluruh check up ni. =.=

Ok la bila me dapat no. 7. But kat sini makmal ni, belum guna sistem berkomputer lagi bila panggil nombor. Still yang jerit-jerit tu. Hukhuk. Tunggu punya tunggu, mau setengah jam juga baru sampai nombor me. Bukan apa, diorang dahulukan ibu mengandung yang amik ujian MOGTT (ujian gula). Memang tak puas hati coz diorang ni main masuk jep bilik tu. Sepatutnya biarlah ada sistem nombor jugak or buka lagi satu bilik khas untuk diorang. Ni tak,, even yang datang lambat pun masuk dulu. Grrrr jugak la. Sebenarnya if diorang check urine and hb ni tak la lama sangat. Dalam 5 minit jep.  

Pas tu dah dapat keputusan, terus ke KK pula. Masuk kat KK memang ramai giler orang. Fuh. Me tengok jam, dah masuk jam 8.45am. Bila dapat nombor, confirm memang tak sempat nak masuk jam 10am. Terus terfikir "Terpaksa la amik cuti.." Hurm, tu jep yang mampu diputuskan. 

Dalam jam 9.30am, giliran me untuk check up. But bila dah masuk, ada pula yang potong line. Lagi lah tambah geram. Nurse terus suh me amik suntikan tetanus dos pertama kat bilik 6. Ok! Me pun pegi. Tak sampai 2 minit tunggu, me dipanggil masuk untuk disuntik. But yang buat me geram sangat-sangat, yang menyuntik tu jururawat pelatih. Bukannya apa,, xde pun yang supervise diorang masa tengah prepare serum tu. Me takut salah ubat diorang bagi. Tak sempat me tanya apa2, terus dia cucuk. Hurm,,,,

Then me masuk balik bilik check up tadi. Macam kelam kelibut pun ada me tengok nurse tu. Tak tau apa yang di kejarnya. Maybe nak kejar masa sebab ramai sangat orang kut. 

Bila disuruh baring, me pun baring. Nurse tekan-tekan perut. Maybe nak rasa baby dah duk belah mana kut. Tiba-tiba nurse btau yang baby me macam dah besar sikit. Nurse kata dah macam baby yang umur 20w. Pas tu perut pun dah tinggi. *yang ni me x berapa nak faham sebab perut me memang tak berapa nampak lagi setakat ni*.  
But ok la sebab baby aktif bergerak. Alhamdulillah. Maksudnya baby sihat dan membesar dengan baik.

Tapi yang tak best masa check up semalam is hb me turun mendadak. Sebelum ni me makan ubat klinik, hb tak pernah kurang dari 13 but bila me start makan obimin, mendadak turun sampai 10. Erk! Memang me dengan obimin ni tak serasi kut. Akibatnya, pas ni me kena datang check up 2 kali sebulan then makan iron tablet 2 kali sehari. Hope next check up, hb me kembali ke tinggi la. Takmo la datang klinik 2 kali sebulan. Penat. Huhuhu.

Akhirnya me siap berklinik lebih kurang 10.45am gak la. So, amik keputusan untuk bercuti. Malas nak berbahas dengan pegawai kenapa lambat.



p/s : Tak sabar nak jumpa doktor next 2 weeks. Boleh scan jantina baby sekali. Weeeee~

Wednesday, January 25, 2012

Info : Uniknya Susu Ibu

Label :


Now dah masuk pertengahan bulan kelima peknen. Baby sangat-sangat aktif terutama waktu malam. Masa tido pun boleh terkejut bila baby tendang. Alhamdulillah. Maksudnya baby aktif dan membesar dengan sihat. 

Just nak share keunikan susu ibu. Dapat info ni dari page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung kat facebook. :)




* sentiasa segar (fresh)

* tersedia dalam suhu yang optimum


*tersedia steril


*tiada pencemaran

* tersedia bila-bila masa


* tiada tarikh luput


* species-specific


*susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi


* hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak


* mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi


* mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim


* mengandungi antibodi


* mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit


* tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi


* mudah hadam


* komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan


* komposisinya berbeza mengikut umur bayi


* komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari


* komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)


* mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas



 menyusu… dan ibu juga!)




p/s : Hope xde masalah nak bf baby sendiri nanti.. insyaALLAH

Saturday, January 21, 2012

Tahniah Buat Pasangan Haqir & Nora

Label :


Haqir Al-Hafiz dan Nora Hafizah
Pic ni diamik masa nikah Disember last year
Hari ni adalah majlis resepsi pasangan Haqir dan Nora. Haqir is my bestfriend. Kitorang dah kenal dari sekolah rendah lagi.

Great congratulations for both of them. Semoga ikatan yang dibina kekal ke akhirnya. :)

Ok tak me pakai baju ni? 
Actually me tak yakin sangat nak pakai baju ni tadi. Ntah la kenapa. Hukhukhuk. Nampak tak perut me? Tak nampak kan? Ramai yang tak pasan me tengah peknen. =.=
































































Ni la keadaan me skang... :)


p/s : tak sempat tangkap pic ngan pengantin even me datang 2 kali =.=

Wednesday, January 18, 2012

Pindah Bilik Besar~

Label :


Semalam me dah pindah masuk kat masterbedroom. Sebelum ni ma penah suh me tido jep kat bilik besar tu sebab senang sikit. Ada bilik mandi sekali dalam tu. But me bukannya suka duduk dalam bilik besar tu sorang-sorang. Huhu. If hubby ada, lain la ceritanya.

Masa me masih tinggal sorang dulu pun, me duk dalam 3rd bedroom. Pas tu bila dah ada kawan, me masuk 2nd bedroom sebab me khaskan master bedroom tu untuk my family bila diorang datang.

Akhirnya me mengalah juga dengan ketidaksukaan me kat master bedroom tu. Bukan apa,, sejak-sejak peknen ni, kerap sangat masuk toilet. Ada yang kata,,


Apapun,, memang tido agak terganggu tapi demi baby me sanggup. Hehe. Baru nak baring dah rasa cam nak masuk toilet semula. :fuh.

Semalam dah rasa agak selesa la duk kat bilik besar tu sebab toilet dekat. Memang memudahkan bakal ibu macam me ni. Sebelum ni terpaksa kuar masuk bilik semata-mata nak pegi toilet. :)







p/s : Dah amik cuti untuk Jumaat ni. Nak balik kampung...~




Monday, January 16, 2012

Newborn Nephew

Label :


Weeee~ Bertambah lagi ahli keluarga. Last Friday, adik me selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.9kg. Kecik dan comel jep kan? Hehe.. 

Ni her second baby. Yang first tu baru setahun. Still a baby to her mom and dad tapi skang tak boleh dah nak manja-manja sangat coz dah ada adik. Hehehe. Sian baby Rayyan. Tak boleh panggil baby dah sebab dah jadi abang so kena panggil abang long laa. 

Actually adik me dah overdue dari tarikh sebenar, so Jumaat tu dalam perkiraan maybe kena induce sebab takut baby lemas sebab lama kat perut. But tak sempat nak induce baby dah kuar. Baby takut mama dia sakit kut sebab tu dia kuar tanpa paksaan. Ngeee~ 

Ikut cerita my ma, adik me bersalin jap je. Jam 11 masuk labour room then 10 minutes after baby dah kuar. Sekejap jep kan? And adik me kata dia bersalin kali langsung tak dijahit. Wahhhh! Bestnya! Huhuhu. Makin lak buatkan me berdebar-debar even perjalanan me masih jauh. Dup dap! Dup dap!

Baby xde nama lagi. Still dalam perbincangan.
Sanggup me balik kampung hujung minggu lepas semata-mata nak tengok nephew me yang baru ni. Comel kan? Tapi baby asyik tido jep. Tak nak pandang muka aunty dia yang cute ni. Aunty dia kacau pun dia buat tak tau jep. :majuk

Tak sabar nak timang anak sendiri. Weee~
Ada bakat tak jadi ibu? Hehehe.



Friday, January 13, 2012

13 Januari 2012, Hari Bersejarah

Label :


Tak sangka dah kembali ke hari Jumaat kita hari ni kan? Bukan apa, x pasan sebab malam ni 1st day keje syif petang bagi hari Jumaat. So,, macam tak terasa lak. Biasanya Jumaat waktu perkhidmatan library ni sampai jam 4.45pm jep but skang dilanjutkan hingga jam 9.45pm. Maknyanya,, kitorang habis keje jam 10.00pm ar. Best? Memang tak best. Huhuhu. But in future rasanya makin ok kut.

Bukan nak cerita sal tu tapi nak cerita sal benda lain. Hehehe. Tadi after breakfast, me duduk rest kat sofa sambil layan novel Biarlah YM Berbicara. Suddenly terasa cam ada something menyucuk dari dalam womb. Terkejut of course but i think thats was my baby kick. Me pun usap-usap perut sambil kata kat baby, "wah,, dah kuat baby ummi tendang." Tak lama pas tu,, terasa lagi 2 kali tendangan.


Happynya masa tu. Terus me capai handphone and call hubby. Tak berhenti me ucap syukur alhamdulillah dan terima kasih ALLAH. Dengar jak suara hubby terus me nangis. Airmata kegembiraan. Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya perasaan me. Tapi yang buat me gelak masa cakap ngan hubby, boleh dia tanya, "sakit ke baby tendang? usap la perut btau kat baby jangan tendang ummi." Hehehe. Tak sakit pun abang.

Last klinik ari tu nurse ada tanya if dah ada rasa pergerakan baby but me btau belum ada. Lagipun me xtau and x pasti macamana nak rasa. Nurse pun btau yang pergerakan tu akan rasa bila kandungan dah berumur 20 minggu. Tapi skang ni belum sampai 20 minggu. Me pun tak sangka bahawa akan merasa pergerakan baby tu seawal ni.

If sebelum ni me berfikir macamana agaknya nak rasa baby bergerak but now me tau. Naluri me mengatakan yang me rasa tu betul. Bertambah excited me nak bercakap ngan baby. Dapat dengar betapa happy suara hubby tadi. Kesian hubby sebab tak ada di sisi untuk sama-sama berkongsi kegembiraan ni.

13 Januari 2012 adalah hari yang bersejarah buat me.

p/s : Tahniah juga untuk adik me, Masyitah Mohd Izzan kerana telah selamat melahirkan anak keduanya pagi tadi. Alhamdulillah. Double gud news.

Thursday, January 12, 2012

16 Weeks

Label :


16 Weeks, Day 1
2nd Trimester
168 more days!

Baby Info

This week your baby's limbs are much more developed, legs and arms are longer and becoming more controlled in movement. Your baby's skeletal system is developing more as calcium is deposited onto the bones. Over the couple of weeks your baby's weight will double.

Body Info

Well into your second trimester, you're probably feeling a lot better as most of the first trimester symptoms continue to go away. You'll probably begin to notice streching and discomfort around your navel and surrounding abdominal area. This is caused by the round ligaments when they stretch and thicken to support your growing uterus.

If you're lucky, you may have felt your baby kick for the first time. This is one of the most special moments in your pregnancy. This experiance is also called quickening, and you may begin to feel this flutterry sensation now or in the coming weeks. Most women report noticing their baby move around weeks 16 to 22.

*********************************************************

Dah berada di awal bulan kelima peknen. Tapi perut still tak nampak lagi. Still maintain macam masa dara dulu. Ceh!! Hehehe. Adalah sikit besar tapi tak ketara sangat. Tunggu masuk 6-7 bulan kut baru nampak besar.

Skang ni yang me pasan,, me sangat-sangat mudah melelapkan mata. Asyik ngantuk jep. Pantang baring mesti lelap. Dah tu tido memang tak sedar langsung hujan ke ribut ke kat luar tu. Sedap jep layan mata. Huhuhu. Pas tu badan asyik rasa sejuk. Bila tido malam, letak ar kipas pada kelajuan paling low pun still sejuk even pakai selimut. Memang soknya hidung tersumbat la. If tak buka kipas lak memang panas. =.=

p/s : Tak sabar nak rasa 1st kick baby.. ummi & ayah sayang baby sangat2... :)


Friday, January 6, 2012

15 Minggu Sudah

Label :


15 Weeks, Day 2
2nd Trimester
174 more days!

Baby Info

The hair on your baby's head is growing in and the follicles will  make pigment if your baby has dark hair. Around the body, there's still fine hair (lanugo) to protect against being constantly exposed to amniotic fluid.

Your baby's skin is thin and nearly translucent and if you were to take a look inside your womb you'd see small blood vessels forming underneath the skin. Some babies may even be starting to suck their thumb around this time.

Body Info

As your body continues to make more blood this month, it's especially important that you get enough iron in your diet to keep up with red blood cell production and to avoid becoming anemic. This increased blood production may still be causing your mucous membranes to swell giving you a stuffy nose or more frequent nosebleeds.

***********************************************************

Hari tu masa me tengah bercuti ngan hubby,, me ajak dia g scan baby. 2nd time scan la. Masa 1st ari tu kan me pegi sorang2 jep. Kali ni ajak hubby sekali sebab nak bagi dia tengok his baby. Kitorang pegi tu on 31 Disember 2011. Pegi kat panel UiTM jep.

1st klinik kitorang pegi,, dr xde. Dah cuti. 2nd klinik pula,, diorang btau yang dr incharge untuk scan tu ada waktu pagi jep. Hampa lagi. Hubby kata,, kita pegi 2 Januari jep la nanti. Me pun ok jep. Tiba-tiba hubby bawa pegi satu klinik lagi. Panel UiTM jugak. Nasib agak baik ar sebab dr still ada. But dr lelaki la. Me kata ok sebab hubby pun ada sekali.

Masa scan tu, nampak la baby tengah aktif bergerak. Kaki and tangan pun dah laju nak goyang. Dr kata baby tengah joging. Hehehee. Memang excited sangat bila tengok baby aktif. Tapi me lebih excited tengok hubby yang senyum and tanya banyak benda kat dr. Nampak yg hubby sonok sangat. First baby katakan. Hehehe.

p/s : tak sangka,, lagi seminggu masuk 5 bulan peknen. Weee~

Wednesday, January 4, 2012

My New Year Celebration

Label :


Entry pertama untuk tahun 2012. Weeeee~

Beberapa hari sebelum ni memang bercuti langsung dari blogging. Bukan apa, lama tak jumpa mr.hubby so tumpuan kena bagi sepenuhnya kat dia. Lagi pun cuti 4 hari jep. Tak lama. So, memang tumpuan dari blog teralih pada mr.hubby la. :)

31 Disember 2011

Mr.hubby ajak keluar makan sempena my bestday. Hubby kata dah booked tempat. Rasa cam special la pula. Hehehe. Tapi kitorang bukan makan berdua jep tau. Makan sekali ngan family BIL and bestfriend hubby, Cik Alang wif his gF. 

Banyak sangat me makan malam tu. Huhuhu. Hubby pun order lauk bukan main. Ada ketam,, udang, sotong, ikan, kerang, tomyam, telur dadar, sayur kailan dan *me xtau apa ntah nama satu lagi menu tu*. Tapi seyes banyak. Penuh meja. Yang makan 6 orang jep. Huhuhu. Penuh perut. Air minum 2 jug. Sejug fresh orange, sejug lagi jus tembikai. Memang tak boleh tahan ar. 

Petang tu me ada makan ketam sikit. Sebelum ni tak makan coz alergik. But tiba-tiba lak petang tu teringin sangat so me pun cuit-cuit jep la. But alhamdulillah, xde kuar gatal-gatal kat badan or muka. Syukur sangat. Maybe sebab baby yang nak makan kut. Ngeeee~

Pic yang disnap sementara menunggu makanan dihidangkan...
Lupa lak nak mention yang kitorang makan kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. Memang best tempat tu. Pelanggan pun tak putus-putus datang sebab seafoodnya memang fresh. 

InsyaALLAH one day nak makan kat sini lagi. :)

1 Januari 2012

Bangun lewat! Sebab malam tu pas dinner, hubby ajak lepak kat Summit jap. Pas hubby main dart, elok pula sorang kawan dia ajak karaoke. Me memang dah penat giler masa tu terpaksa gak menyeret kaki ikut diorang masuk bilik karaoke tu. Tak de la me mengadu penat tapi me pasti hubby pun faham keadaan me masa tu. Yelah,, dulu masa tak de baby lagi kuat la kut nak membawa badan but bila dah ada baby ni,, badan memang cepat letih. Jam berapa balik umah? Jangan ditanya benda itu.. Huhuhuhu.

So, dalam jam 2 tu, kitorang gerak ke kL dari umah. Jalan memang clear. Maybe sebab ramai yang balik kg. Kitorang g Jalan TAR sebab nak cari baju. Hubby belikan banyak kut baju untuk me. Terharu sangat. Sampai me sendiri tak larat nak pilih. Serba salah pun banyak sebab hubby kena kuar banyak duit untuk baju-baju tu semua. But hubby kata jangan risau, dia memang dah budget untuk beli baju tu semua. Terasa lak diri sangat dimanjakan. Ngeeee~

Hari tu balik awal sikit sebab esoknya hubby kena keje dah. Tapi hakikatnya,, yang rehat me sorang jep kut. Hubby sibuk kemas umah. Pfffft!

2 Januari 2012

Sunyi sebab hubby keje. So,, sibuk melayan diri and mimpi kat umah. Hehehe. 

Malam lak, me btau hubby yang me teringin nak makan bubur kat Kg. Bharu. Terus hubby suh me siap2 even dah jam 10.30pm. Memang rasa cam nak nangis ar malam tu. Tapi bila sampai jep,, tengok lauk dah nak habis. Tinggal sikit jep lagi. Yang tinggal tu pula, me tak berkenan. So, hubby ajak la g makan western food kat belakang gerai bubur tu. Me terpaksa la akur.

Malam tu pas agak lama tak makan daging kambing,, me makan lamb chop. Sedap gak but masalahnya daging tu liat sangat. Me penat mengunyah jep. Huhuhuhu.

3 Januari 2012

Hari yang sangat menyedihkan. Sebab petang ari tu flight me balik Sabah. Memang sepanjang ari rasa cam nak nangis jep. Tapi mr.hubby tak suka tengok me nangis sebab tu me tahan jep. Banyak kut nasihat yang hubby bagi. Terutama pasal kesihatan and baby. InsyaALLAH,, me akan jaga baby baik-baik. Abang jangan risau ea. 

Sampai umah dalam jam 10.30pm. Sedih sampai tak dapat tido. :( 

Rindu~~






p/s : tak de pun celebrate New Year.. ngeeee~
COPYRIGHT 2013 RESERVED FOR IT'S TRULY ME! | DESIGN BY KAY SBK