Wednesday, February 29, 2012

Nada Cinta VS Vanila Coklat

1:36 PM 3 Comments



First time me tengok sinetron ni masa kat kampung kut ari tu. Tak ingat dah sebab if me kat KK, memang tak minat pun nak tengok. Bukan apa,, kebudak-budakan sangat. Sampai ibu bapa pun terikut-ikut dengan masalah anak-anak diorang ni. Pelik-pelik. 

Then,, if iya pun nak miming,, miming la dengan betul. Ni cam nak main-main jep. Huhuhu.


First time tengok drama ni pula,, me rasa sweet sangat. Terbawa-bawa pula ke alam nyata sat. Hahahaha. Siap boleh senyum sorang-sorang tu. But start episod last night, mood tu dah terbang di bawa keboringan dengan jalan cerita yang ntah apa-apa. Hehehe. 

Yang ni pula,, bapa kepada hero dan heroin yang berperangai cam budak-budak. Boleh perkara kahwin cerai di buat main. Suka kahwin,, tak suka cerai pastu dah cerai nanti kahwinkan pula dengan orang lain. Apakah? Kata Dato',, kata Dr.,, tapi fikiran tak sampai sejengkal. Tak pasal anak-anak jadi mangsa.






Lepas ni memang takkan follow sinetron dan drama ni lagi kut. Paling kecewa dengan tahap drama melayu kita arr. Fuh!


Gambar adalah sumber dari Google.

Tuesday, February 28, 2012

Terima Kasih ~3D 4D Scan Malaysia~

8:53 AM 7 Comments



Dah masuk hari Selasa hari ni. Ada rasa cam takde semangat nak keje jugak ni. Entah la. Tak tau kenapa. Maybe mood bercuti still on kut. Hehehe. Yelah,, weekend lepas me habiskan masa dengan hubby. Semalam, kembali sunyi.

Last week, me ada buat temujanji untuk 3D 4D scan baby thru online dengan 3D 4D Scan Malaysia. Ni pun me jumpa kat page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Kebetulan me nak ke semenanjung, apa salahnya try service diorang kan? Sebab apa yang me baca kat page tu, rata-rata semua berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

So, me buat appoinment untuk last Sunday. Ahad tu Jezz buat kat Klinik UMRA Seks. 13 Shah Alam. Masa sampai kat sana, memang ramai orang. Maybe yang lain tu nak wat check up kut. Actually, me set appointment pada jam 11.40am but me dipanggil untuk scan around 12.10pm. Lewat sikit. 

Masa scan tu, Jezz memang pandai nak pujuk baby supaya baby tunjuk muka. But baby alih tangan sikit-sikit jep pas tu dia tutup balik. Hehehe. Pemalu anak ummi ngan ayah ni kan?












Saturday, February 25, 2012

Cerita Semalam

12:26 PM 2 Comments








Salam sabtu semua warga dunia!! :) Alhamdulillah syukur pada ALLAH s.w.t kerana masih memberi peluang pada kita untuk bersama-sama menempuhi hari ni.

Sekarang ni me ada kat umah hubby. Weeee~ Happynya! Tapi hari ni hubby kena kerja sebab terlibat dengan pendaftaran pelajar. So, after keja baru dapat luangkan masa bersama.

Semalam me tiba di KLIA Terminal LCCT lebih kurang jam 11.45pm. Flight delay more than 1 hours and 30 minutes! Sungguh penat. Pinggang pun sampai sakit-sakit. Huhu. But syukur sebab selepas tu perjalanan memang dipermudahkan. Hubby sempat join team kawan dia main paint ball sementara menunggu tu. Hehe.

Masa tunggu untuk boarding tu, perut memang lapar giler. Tapi me just beli cookies kat famous amos untuk cover lapar tu sebab me ada amik pre-booked meal masa tempah tiket ari tu. Ala, sandwiches jep pun. Tapi nak tau, sandwiches tu memang besar and tebal. Isi memang mantap. Dengan fresh vegies lagi. Masa nak makan tu memang me buka mulut ke tahap paling maksimum baru dapa gigit. Hahaha. First slices memang excited nak habiskan but masuk 2nd x larat dah. Wahahaha. Kenyang der.

But me memang agak tak berpuas hati la dengan boarding time AirAsia ni. Yang lain ok me boleh terima but masalah delay ni rasanya tak pernah selesai. Suppose management AirAsia peka dengan hal ni. Bukan amik berat pasal marketing jep.

Terfikir juga nak curang ngan AirAsia pas ni. Tak kisah la tiket MAS tu mahal ke yang penting tak delay sampai kebas punggung menunggu. Seyesly, selama me travel with AirAsia, hanya beberapa kali jep diorang depart on time. Most of it, delay! Hurm,,

Ok lah. Time to have my lunch. Nak tunggu hubby but hubby balik lewat kut ari ni so terpaksa lunch sorang-sorang. Tak kisah arr yang penting malam nanti dinner sekali. Weeeee~












p/s : masa tunggu boarding semalam, 2 kali me terjumpa dengan orang insurans. Fuh!! Dengar diorang punya bebelan tu, tambah penat lak. Hukhukhuk.












Friday, February 24, 2012

BKI - KUL

8:30 PM 1 Comments


Ketika entry ni ter'autopublished' , me dalam flight ke kL untuk bertemu dengan suami tercinta. Bestnya. Tak sabar nak tunggu flight ni landing. Rindu sangat-sangat kat hubby. Hampir sebulan lebih gak arr tak jumpa. Ni hubby benarkan flight pun sebab me dah macam nak merajuk lama tak jumpa. Kehkehkeh.

Bukan apapun,, sebelum ni lagi lama tak jumpa. Nak masuk bulan  ke-4 baru dapat jumpa. Huhuhu. Ni saja nak mengada-ngada kata baby nak jumpa ayah dia. Tak sanggup nak jauh-jauh dah. Lagi-lagi masa pregnant ni. 

Kena pegi klinik sorang-sorang. Kena makan sorang-sorang. Tido sorang-sorang. Bak kata semua la kena buat sorang-sorang. Sedih gak bila tengok pasangan suami isteri lain mesra jep pegi shopping barang-barang baby. Tapi nak buat macamana kan? Kenalah tabahkan hati dan kuatkan semangat. Pasti ada hikmah yang ALLAH nak bagi. Mana la tau nanti baby dah besar pandai nak berdikari macam ummi dia ni. Hehehe.

Ok! Abaikan yang tu,, nak listkan benda-benda yang nak dibuat masa kat kL nanti. 

  • Kena attend appointment untuk 3D/ 4D scan. *Hope dapat nampak jantina baby*
  • If jantina baby dah nampak, shopping barang baby sikit. Ada ngan hubby senang la sikit nak shopping.
  • Makan dengan family adik ipar.
  • Dating ngan hubby. ahaks!!
  • Gosok baju kerja hubby,, kemas rumah..
Ala,, ada lagi tapi yang lain tu tak confirm lagi. Nak jumpa adik-adik BCR pun masing-masing busy. Mana la diorang nak jumpa akak diorang yang comel ni. Ahaks!! Comel la sangat. InsyaALLAH satu hari nanti kita jumpa. If nak gather-gather masa akak kat sana nanti,, contact akak tau. ;)

Ok lah. Doakan me selamat sampai ke tempat yang dituju. 









23 Weeks~

12:39 PM 0 Comments


Baby Info

Your baby is probably quite active by now and you should be able to feel movements or kicks in your belly. It might even be possible to see movements on the surface of your skin.

Overall, your baby is now more proportioned from head size to the rest of the body and is looking more and more like a newborn.

Body Info

In preparation for labor, your uterus may begin to practice by exercising its muscles. Around this time some women experience warm-up contraction better known as Braxton Hicks contractions or false labor. These contractions are irregular and vary in intensity. Contact your medical practioner if you have any concerns.







**************************************

Lagi seminggu nak masuk bulan ketujuh dah. Wah.. Dalam tak sedar tu. Baby pun dah semakin besar, perut pun semakin menampakkan diri. But still bagi orang yang tengok, kecik jep. Hohoho. Comel ape. Ahaks!

Keaktifan baby makin terserlah bila nampak perut seperti berombak. Me selalu tanya baby sambil usap perut,, "Baby tengah buat apa kat dalam tu?" Ada balasan. Maybe dia nak btau ummi dia ni yang dia tengah main. Hehehe. Baby dah rajin bagi tindak balas bila me usap perut. Alhamdulillah. :)

Bila bangun subuh, me kejut baby sekali. Hehehe. Sian baby kena kacau ngan ummi kan? 






p/s : Weeeee~ Malam ni baby dapat jumpa ayah. Ummi pun rindu ayah jugak. *blushing*




Thursday, February 23, 2012

Info : “Sawan” Beranak

9:55 AM 0 Comments



Beberapa hari lepas terbaca artikel ni kat facebook Dr. Giena. Agak menarik info ni untuk para ibu dan bakal ibu kat luar sana. FYI, me pun baru tau pasal penyakit ni. Sebelum ni totally tak pernah dengar. So, suka me nak share *dengan kebenaran dari Dr.* dengan semua rakan-rakan kat luar sana.

Punca “Sawan” Beranak

Sawan beranak merupakan satu kejadian yang tidak asing lagi bagi kita. Ia telah berlaku sejak zaman-berzaman. Hingga sekarang, punca penyakit sawan beranak masih tidak diketahui tetapi terdapat beberapa perkara seperti tanda-tandanya, faktor-faktor yang berkaitan dengannya dan mungkin cara-cara untuk menjauhkannya. Sebenarnya, apabila seseorang wanita terkena sawan ini, keadan penyakitnya adalah tenat. Biasanya, sebelum keadaan ini berlaku, ada beberapa tanda yang patut diingati dan memberi amaran kepada wanita yang hamil untuk berwaspada dan untuk mendapatkan jagaan yang sewajar daripada doktor perbidanan yang merawatnya. Biasanya, sawan beranak boleh meragut nyawa mangsanya walaupun ada juga sebahagian besar terlepas daripada ancaman maut.

Sawan atau eclamptic fits berlaku disebabkan saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak (cerebral haemorrhage). Pendarahan yang banyak di dalam otak boleh merosakkan fungsi organ-organ terpenting seperti jantung, pernafasan dan lain-lain. Kejadian ini biasanya menyebabkan maut. Dalam kes-kes yang lebih ringan, pendarahan mungkin berlaku hanya sedikit, ataupun tidak berlaku langsung atau setakat kebengkakan otak sahaja (cerebral oedema).

'Sawan' Satu Kecemasan

Tidak semua ibu-ibu yang terkena sawan beranak akan menemui maut, tetapi jika sawan ini berlaku berulang-ulang, risiko maut semakin meningkat. Oleh itu, sebaiknya wanita ini dimasukkan ke hospital sebelum sawan berlaku, ataupun jika sawan telah berlaku ketika di rumah, wanita itu sepatutnya dikejarkan ke hospital. Apa yang penting, orang yang berada di samping perlu mengetahui tentang kaedah menyelamatkan nyawa (resuscitation) kerana wanita yang mengalami sawan ini biasanya tidak akan sedarkan diri. Dalam keadaan demikian, biasanya lidahnya akan tertelan dan seterusnya menutupi kerongkong angin. Oleh itu, penting bagi orang yang berada di sampingnya menentukan bahawa dia tidak menggigit lidahnya dan lidahnya tidak menyekat saluran udara dengan menarik keluar dan seterusnya meletakkan sesuatu benda untuk wanita tersebut menggigit dengan sekuat-kuatnya. Ramai juga yang mati akibat daripada masalah tersekat saluran pernafasan yang disebabkan oleh lidah yang termasuk ke dalam kerongkong. Sawan beranak adalah satu keadaan yang mencemaskan dan ia sepatutnya dikendalikan sebagai satu kes kecemasan. Cara pengendaliannya sama juga seperti orang yang lemas di dalam air, orang yang kena serangan jantung dan lain-lain punca yang menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.

Bolehkah Bayi Diselamatkan?

Kejayaan untuk menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor. Pertama, umur kandungan apabila sawan berlaku. Jika umur kandungan terlalu rendah, iaitu kurang daripada tujuh bulan kemungkinan peluang untuk menyelamatkannya adalah rendah. Kedua, berat bayi tersebut sama ada memuaskan atau tidak; sebaiknya berat bayi patut melebihi lima paun. Ketiga, secepat mana kita boleh melahirkan bayi bagi ibu yang diserang sawan. Cara menyelematkan bayi dalam keadaan ibu yang diserang sawan ialah dengan melakukan pembedahan Caeserean secepat mungkin. Tujuan pembedahan ini ialah untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa, bayi dan ibunya. Selagi bayi masih dalam kandungan ada kemungkinan sawan akan berulang lagi kerana kandungan khususnya uri dipercayai mengandungi bahan beracun yang dikeluarkan sekali-sekala ke dalam saluran darah hingga menyebabkan sawan berlaku. Pada masa ini dengan teknologi dan kemahiran menjaga bayi yang lebih canggih, bayi-bayi kecil ataupun bayi-bayi yang tidak cukup bulan (premature) boleh diselamatkan dengan menggunakan teknik-teknik terbaru dengan kaedah rawatan rapi.

Apakah Tanda-Tanda Awal Sawan Beranak?

Sebenarnya penyakit sawan beranak (eclampsia) adalah keadaan teruk bagi penyakit keracunan waktu hamil atau apa yang dinamakan toxemia of pregnancy. Keadaan ini lebih sering melanda ibu-ibu yang mengandung anak sulung, mereka yang berlebihan berat badannya, dan ibu-ibu yang menghidap penyakit darah tinggi. Tanda awal bagi penyakit toksemia atau sawan beranak ialah kenaikan berat badan yang berlebihan semasa mengandung. Kenaikan berat badan wanita yang hamil adalah penting untuk menentukan pertumbuhan bayi yang sempurna. Sebaiknya, kenaikan berat badan ialah setengah kilo seminggu, dan kenaikan berat badan ini sering berlaku selepas mengandung empat bulan kerana ramai wanita tidak mengalami kenaikan berat badan pada tiga bulan yang pertama, malahan ada yang susut berat badannya dalam peringkat awal kandungan. Purata kenaikan berat pada keseluruhan tempoh sembilan bulan kandungan ialah antara 15 hingga 16 kilo. Kenaikan berat badan yang mendadak, khususnya selepas kandungan meningkat enam bulan ke atas adalah tanda awal bagi penyakit toksemia. Apabila kenaikan ini melebihi dua kilo sebulan, wanita patut berwaspada dan mengimbangkan pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat, gula serta lemak, di samping melebihkan protein dan sayur-sayuran demi untuk mencegah berlakunya toksemia dan seterusnya sawan beranak.

Tanda kedua ialah bengkak kaki (edema) yang mungkin menandakan penyakit toksemia. Bengkak kaki sering berlaku di kalangan kandungan yang normal dan ini menandakan pertumbuhan bayi yang baik, tetapi jika bengkak kaki ini disertai dengan tanda-tanda lain yang akan saya huraikan di bawah, iaitu darah tinggi dan air kencing yang mengandungi albumin, maka bengkak kaki mungkin menunjukkan salah satu tanda bagi penyakit toksemia kandungan.

Air Kencing Yang Mengandungi Albumin

Apabila kerosakan berlaku kepada buah pinggang, maka protein akan terbebas melalu air kencing. Dengan itu, bagi seseorang wanita yang terkena toksemia kandungan akan ditandakan dengan air kencing yang mengandungi albumin. Lebih banyak protein yang terkeluar ke dalam air kencing lebih teruklah keadaan toksemianya, begitu juga lebih teruklah kerosakan kepada buah pinggangnya.

Toksemia kandungan adalah keadaan sebelum berlakunya sawan beranak. Apabila keadaan itu menjadi lebih teruk, maka sawan akan berlaku. Keterukan keadaan ini dapat diukur daripada ketenatan bengkak kaki, tahap kenaikan darah, dan juga banyaknya kandungan albumin dalam air kencing. Wanita-wanita yang mungkin mempunyai tanda-tanda lain seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, terasa hendak pitam serta gangguan pada penglihatan. Tanda-tanda tersebut menandakan bahaya akan tiba, khususnya pada wanita yang pernah diserang toksemia atau kenaikan tekanan darah.

Apakah Rawatan Bagi Toksemia Dan Sawan Beranak?

Sebenarnya, tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit toksemia kerana kita tidak tahu apa punca sebenarnya, melainkan wanita tersebut perlu dimasukkan ke hospital untuk pengawasan dan untuk berehat seterusnya untuk mengawal pemakanannya. Wanita yang telah mempunyai tanda-tanda toksemia seperti air kencing yang mengandungi albumin dan bengkak kaki patutlah diberi rehat dengan sebanyak-banyaknya dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Jika keadaan ini masih ringan lagi, dia mungkin boleh diberi rehat di rumah dengan pengawasan yang rapi. Rehat adalah perkara yang terpenting dalam rawatan toksemia.


Tidak ada ubat yang khusus yang boleh mengatasi masalah toksemia. Rawatan yang mutlak bagi keadaan toksemia dan sawan beranak ialah melahirkan bayi dengan secepat mungkin. Cara melahirkannya bergantung kepada tahap ketenatan penyakit tersebut dan umur kehamilan. Jika kehamilan telah cukup bulan, iaitu melebihi 37 minggu kehamilan, bayi perlu dilahirkan dengan secepat mungkin. Jika darah tinggi dan kandungan albumi di dalam air kencing tidak teruk, kelahiran boleh dilakukan secara paksaan (induction of labour). Tetapi, dalam keadaan yang teruk ataupun setelah sawan beranak berlaku, atau di mana keadaan bayi terlalu terancam, rawatan yang sewajarnya ialah pembedahan Caeserean.

Pencegahan


Toksemia atau sawan beranak patutlah dicegah dari awal lagi. Setiap wanita yang mengandung, khususnya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti mengandung anak sulung, gemuk badan, berpenyakit ataupun yang mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, patutlah mendapat rawatan daripada doktor pakar. Jagaan kehamilan patut dilakukan mengikut jadual, iaitu setiap bulan dan di peringkat awal sehingga tujuh bulan, kemudian dua minggu sekali diikuti dengan seminggu sekali.

Kebanyakan daripada kes-kes toksemia dan sawan beranak berlaku akibat daripada ibu-ibu datang ke klinik terlalu lambat, atau langsung tidak datang mengunjungi klinik ibu mengandung dan ada pula yang mengunjungi tetapi tidak mengikut jadual.

Jagaan pemakaan bagi ibu yang mengandung adalah sangat penting. Ibu yang mengandung patutlah mengawal makanan yang banyk mengandungi karbohidrat seperti gula, kanji dan lemak. Ramai wanita yang tidak boleh mengawal seleranya setelah kandungan mencapai usia lima bulan ke atas kerana mereka percaya, bahawa mereka makan untuk dua orang dan seleranya pun meningkat pada ketika itu.

Di samping jagaan pemakanan, waktu rehat dan waktu tidur yang mencukupi penting bagi wanita yang sedang hamil. Wanita hamil patutlah menjauhkan diri daripada tekanan fizikal akibat daripada pekerjaan yang berat dan teruk, tekanan mental dan jiwa. Perkara-perkara yang boleh mengganggu perasaan dan mental patutlah dijauhkan dengan kerana ini juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan terjadinya toksemia dan sawan beranak. Ibu-ibu patut melebihkan masa berehat atau diberi cuti rehat apabila tanda-tanda toksemia mula timbul.

Apabila penyakit toksemia telah berlaku, ibu tersebut patut dimasukkan ke hospital untuk mencegah keadaan tersebut daripada berterusan menjadi sawan beranak. Kebanyakan daripada masalah-masalah toksemia yang teruk serta sawan beranak adalah disebabkan oleh faktor-faktor peribadi dan sosial yang telah saya huraikan di atas. Ada sesetengah wanita pula tidak mahu dimasukkan ke hospital walaupun dinasihatkan berbuat demikian atas sebab tertentu. Ada pula yang suka balik kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.

Saya ingin menekankan, bahawa penyakit toksemia tidak mempunyai ubat yang khusus. Berehat, menjaga pemakanan, fikiran yang tenang dan kelahiran bayi yang tepat pada waktunya adalah perkara-perkara yang terpenting dalam mengendalikan kes seperti ini. Semoga kejadian yang saya ceritakan dalam makalah ini dapat kita elakkan sama sekali.

Credit to Dr. Giena

Sharing is caring.











Wednesday, February 22, 2012

Adakah Anda Suami Yang Bertanggungjawab?

11:00 AM 2 Comments


Semalam ex-schoolmate me ada share satu status yang betul-betul buat darah me menggelegak. Marah sangat-sangat ngan suami-suami yang macam ni.


Sampai hati suami dia buat macam tu kat wife dia yang nak menunggu masa untuk bersalin tu. Takde terlintas ka di fikiran si suami if tiba-tiba si isteri terbersalin masa tengah cari kereta tu? Huhuhu. 

Betapa si isteri tabah untuk melayan kerenah si suami yang tak bertanggungjawab tu. Janganlah menggunakan hak sebagai suami tu untuk mendera si isteri. Ok! For me ini adalah satu penderaan. Ada yang tak setuju? Abaikan~

Pas a few minutes, kawan me pun balas lagi kat status tu..


Adoi la!!! Apa punya suami macam ni? Biarpun muslim atau bukan, dia tak sepatutnya berkelakuan macam ni. 15 minit bagi seorang perempuan yang nak bersalin tu adalah satu tempoh masa yang panjang. Macam-macam boleh jadi kat tengah jalan.

Me betul-betul tak boleh bertoleransi dengan suami-suami yang berada dalam golongan ni.

Sabar Moon... Sabar...








Tuesday, February 21, 2012

Dah Daftar ke Belum?

11:00 AM 3 Comments



Tadi me buka topik pasal zon mengundi ngan beberapa orang kawan kat ofis. Me btau la yang zon mengundi me ngan family semuanya berbeza-beza. Tapi tak pasti la DUN yang sama atau lain. Huhuhu. Kan if letak satu tempat senang. Tak yah bazir minyak ke sana ke sini. 

Apapun,, selepas hidup selama 26 tahun akhirnya me berjaya mendaftar sebagai pengundi. Hehehe. Sebelum ni bukan tak daftar tapi dot dot dot. Apakah? ngeee~









Memula ingat nak snip bukti yang me dah jadi pendaftar yang disahkan but rasanya tak perlu la kut. Hekhekhek. Lagipun, memang dah sah me boleh mengundi pas ni. Even tak tau nak undi siapa entah. Nak bagi undi rosak boleh tak? Hahaha. Ok! Gurau jep la.. =_=






Salahkan Mangsa Pula?!

9:46 AM 2 Comments


Terbaca satu berita kat Hmetro Online pagi ni mengenai peragut yang menyalahkan mangsa kerana meletakkan beg di bakul motorsikal yang ditunggangnya. 

Sumber Hmetro
SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’ Mesej yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas melalui telefon bimbit mangsa kepada suami mangsa.

Boleh pulak peragut tu salahkan mangsa? Macam-macamlah sekarang ni kan? If korang mat rempit tak buat kerja tak berfaedah macam ni,, tak lah benda ni terjadi. Ye tak? Kenapa salahkan mangsa pula? Kenapa tak salahkan diri sendiri sebab buat kerja terkutuk macam tu?









Monday, February 20, 2012

Bila KKIA Penuh~

1:39 PM 3 Comments


Isnin kembali lagi. Alhamdulillah kerana masih berpeluang untuk berada disini pada hari ini. :)








Actually lama dah nak up sal entry kali ni. Bukannya penting pun, just a bit rasa tidak puas hati me sebagai bakal ibu bila ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak). Apa yang dapat me perhatikan selama me berklinik d KK, ada certain bakal ibu yang membawa hampir ke semua ahli keluarga diorang ke KKIA. Bagi yang bawa husband tu, me tak boleh nak bisinglah kan sebab itu part of tanggungjawab suami.

Bukan setakat ibu malah adik beradik and saudara sepupu sepapat pun diangkut ke KKIA. Wow! Sangat-sangatlah kagum ngan ikatan kekeluargaan mereka ni. Tapi yang buat me agak tak puas hati bila mereka yang tak sepatutnya ni yang memenuhkan kerusi-kerusi kat KKIA tu. Bagi bakal ibu pula terpaksa berdiri sementara menunggu giliran untuk berklinik. Apakah?

Agak-agak la der. KKIA pun jadi sesak ngan kehadiran mereka, mereka ni. Bukan nak halang dari ikut tapi bagilah peluang bakal ibu tu duduk. Dah la nak menunggu giliran tu bukannya sekejap. 

Apa agaknya korang akan buat bila hal macam tu jadi kat anak korang pula? Hurm,, sama-samalah fikir yee..~






p/s : 5 kali berklinik,, 4 kali merasa pengalaman macam ni.. Fuh! Sabar jep laaa~







Saturday, February 18, 2012

21 Weeks~

12:00 PM 3 Comments



21 Weeks, Day 3
2nd Trimester
133 more days!






Baby Info 

As you baby's digestive system develops, s/he will begin to swallow amniotic fluid and absorb small amounts of sugar. However, most of your baby's nutrients are still delivered from the placenta.

Inside your uterus, while there's still room, your baby is actively moving around, kicking and flipping positions. You may be able to track patterns in her/is movement.

Body Info

For many women, this period marks the most comfortable stage of their pregnancy. Your first trimester discomforts have subsided and you've grown more accustomed to many of the changes in your body and you're finally beginning to enjoy that pregnancy "glow" you've been hearing about. Other welcome changes by some women are thicker hair, better skin condition, and increased breast size.

****************************************************

Weeee~ Sekarang ni baby sangat-sangat la aktif bergerak. Bila tengah berdiri pun terasa baby punya movement tu. Happynya hati bila dapat rasa something moving inside us. :)

Tapi yang tak boleh tahan tu if baby tendang pundi kencing. Serius rasa cam nak terkucil jep. Paling menyeksakan bila kita berada kat tempat yang susah nak jumpa toilet. Memang tak selesa. Hehehehe. Tapi me still dapat tahan la until sampai kat toilet. But ummi tak salahkan baby pun. Bukannya baby tau kan. Sayang baby ketat-ketat. Heee~

Semalam masa tengah baring tengok tv, terasa cam baby tengah pusing-pusing kat dalam tu. Me pun letaklah remote astro atas perut. Hehehe. Excited bila tengok remote tu gerak-gerak. Aktifnya baby ummi ni. Suka-suka 


Skang ni me tido pun pegang perut. Bila rasa baby movement tu, rasa tenang jep nak tido. Memang sampai terlelap tangan me melekap kat perut. Teruja sangat nak tunggu kelahiran baby.






p/s : Next weekend jumpa hubby. First time hubby akan rasa baby gerak. Mesti ayah excited kan baby? ♥ 


Friday, February 17, 2012

Suka Tapi ,, ~

12:15 PM 2 Comments



Now dah masuk 21w+ but tak minum susu sangat. Bukan sebab tak suka or what so ever tapi bagi me, bila me start jep minum susu ni, mesti rasa mengantuk yang teramat sangat. Sebab tu sejak akhir-akhir ni, me kerap sangat tido awal. Huhuhu. 


Susu anmum ni memang boleh meransang deria tido ea? Sebab tu kadang-kadang me tunggu around 9.30pm baru minum susu ni. Atau me tak sesuai minum susu ni? Bukan tak suka tapi itu la ,, ..






Pagi? Pagi me tak minum susu. Biasanya me minum milo jep but now for breakfast, me start minum Horlicks. Ada mommies kat luar sana yang inform Horlicks ni boleh membantu untuk meningkatkan hb. Actually baru start minum Horlicks this month. Result untuk next hb test is next month. :)

FYI last me minum susu adalah kat sekolah menengah dulu. Itupun susu nespray. Maybe sebab minum nespray + vitamin tu yang buat berat badan me naik dulu. Hehehe. But syukur, after habis SPM, berat badan me kembali pada normal.


Menyambut Ketibaan YAB Perdana Menteri ke Sabah

11:40 AM 3 Comments


Semalam, me mengikuti rombongan untuk menyambut ketibaan PM kita,  YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Terminal Dua KKIA. Tiba di sana, memang dah ramai kut yang menanti dari awal pagi lagi. Semuanya mewakili organisasi masing-masing. Rombongan dari UiTM tiba lebih kurang 9.15am. 

Mula-mula tiba langsung no idea nak buat apa. Hehehe. Maklumlah, me ni first time join rombongan macam ni. Then salah sorang collegue me kata kena sign guest book. After sign, terus kitorang masuk kat VIP Lounge *betul ke nama tu? Tak pasti. Hehehe* untuk breakfast. Wow! Hidangan yang sangat-sangat menarik perhatian. Ada mee goreng, dimsum and lots of cake. Teruja sangat nak mencuba. Memang superb hidangan breakfast pagi tu.





After breakfast tu lama juga menunggu waktu ketibaan YAB. Mula-mula kami dimaklumkan bahawa YAB akan tiba pada jam 9.30am, rupa-rupanya waktu ketibaan sebenar adalah pada jam 10.30am. Saja kut nak suruh datang awal sejam. Letih woo kaki berdiri.

sumber : Google
Tapi ketika YAB tiba tu pun,, kitorang yang gurl ni semua duk belakang. So, nampak wajah YAB tu pun sipi-sipi jep. Bukan apa, me ni kan pregnant, takkan nak bersesak-sesak kut. Lebih selamat duk belakang jep. Pas YAB masuk bilik tu untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Sipitang, kitorang pun angkat kaki. Buat apa nak tunggu lelama lagi ye tak? Dengar kata, Datin Seri Rosmah akan tiba pada petangnya pula. 

Selepas tu kitorang terus ke Magellan Sutera Harbour Ballroom untuk melihat pameran sempena Sabah Development Corridor Open Day. Tak lama pun kat sana. Pas sign guest book, amik doorgift, makan then lawat-lawat sekitar pameran terus balik. Majlis tu akan dirasmikan oleh YAB pada jam 3.15pm. So, maknanya YAB akan berada di KK semula untuk SDC Open Day ni. Wow! Packnya masa beliau.







p/s : Ingat nak la amik gambar sekitar majlis menyambut YAB tadi tapi segan lak nak kuarkan kamera hp 3310 ni. hakhak.

Thursday, February 16, 2012

Pretty By Elizabeth Arden

10:25 AM 6 Comments



Dah lama rasanya tak membazir duit beli perfume. Hahaha. Actually me ni memang sangat-sangat addicted to perfume. Dah banyak koleksi perfume me. Last perfume me beli is Flower By Kenzo. Me beli pun dari kawan me. Dia jual dengan harga RM100 for 100ml kut if tak salah me.

Flower by Kenzo
Sekarang ni, me teringin lak nak beli satu lagi perfume. Perfume yang dah lama me usha is Pretty by Elizabeth Arden. Baunya sangat-sangat lembut. Pretty ni ada tiga jenis. Pretty, Pretty Limited Edition and Pretty Hot.

Pretty
Yang ni Limited Edition
Pretty Hot
Antara ketiga-tiga ni,, dua jep yang betul-betul menarik perhatian dan deria bau me which is Pretty and Pretty Limited Edition. Baunya sangat lembut terutama yang Limited Edition tu.




Harga memang agak mahal tapi berbaloi la beli yang original. Tapi ada juga yang jual perfume original ni dengan harga yang murah berbanding yang ada kat shopping complex dan perfume house. Kena pandai pilih arr. Jangan tertipu sudah. Sebelum ni me ada juga beberapa kali try beli melalui online shop and hasilnya memang tidak mengecewakan. Murah dan ori.






p/s : Perfume itu perlu! Hehehe..

p/s/s : semua pic adalah sumbangan pakcik GOOGLE


Wednesday, February 15, 2012

Lelaki Kulit Sihat VS Lelaki Maskulin

8:58 AM 0 Comments


Selamat pagi dan selamat berhari Rabu. Pagi2 dengar hotchat kat Hotfm








Pada apa yang me tau,, lelaki kulit sihat ni boleh jadi seorang lelaki yang sangat-sangat cerewet. Apalagi bila kulit dia kelihatan lebih 'sempurna' dari pasangan. Macam ada sorang pemanggil tu kata, husband kawan dia ni sangat mementingkan kesihatan kulit so,, bila si isteri ada jerawat even seketul pun si suami dah start bising. That's why, me tak berapa berkenan ngan lelaki jenis macam ni. In future mesti diorang akan banding-bandingkan diri dia ngan pasangan. 

"You ni,, kata pompuan tapi tak reti jaga kulit!" Hah! Amik ko sebijik. Nak ke macam tu? Me? Memang tak sanggup.

Lelaki maskulin tu macam Fahrin Ahmad ke? Or Aaron Aziz? Hehehe. :p

Apapun,, me tak berapa nak suka kut lelaki yang badan over ketul-ketul ni. Tak tau kenapa. Geli kut. Ahaks! 

For me,, a simple living man is enough. Asalkan sihat tubuh badan dan menjaga kebersihan diri dah cukup. *Tak suka juga if lelaki muka penuh jerawat. * If iya2 nak jaga kulit but badan tak sihat, tak guna jugak kan? Setuju tak? Hehehe.. 

Tapi jika ALLAH dah tentukan jodoh kita dengan lelaki macam tu, terima la dengan seadanya. Mungkin ada hikmah disebalik hadiah ALLAH itu. :)







p/s : Mujur hubby jenis yang tak cerewet. :)



Tuesday, February 14, 2012

Kicap Itu Hitam

8:14 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Ada sebulan tak me tak update? Tak de yang kisah pun agaknya kan? Ok la.. Bye!

Hakhak.. Takde maknanya nak majuk bagai.. Lama dah nak up entry ni sebenarnya tapi masa tu yang agak terhad. Terpaksa la me up entry by blogger droid jep. Tak best sangat nak menaip panjang guna hp ni. Kang ada typo tak pasan lak. =.=






Ok,, sebelum apa2, me nak share 1 perbualan yang me dengar sendiri last weekend kat satu butik. Perbualan sesama staf kat butik tu ar.

A : Ko jangan marah2 bah. Nanti kuar anakmu terus marah2 juga.

B : Nda kan la macam tu.

A : Ko tengok jak anakku yang sulung tu. Masa aku mengandung dulu, aku kan suka minum kopi. Pagi petang siang malam aku minum kopi. Suamiku suh minum susu pun aku nda mau. Last2 suamiku yang minum.

B : Itu bukan sebab ko minum kopi. Itu sebab ko mang hitam.

Arrr... Seyes masa tu terlepas lak ketawa me. Hahahaha. Sori la. Siapa la yang suh diorang wat lawak cam tu. But,, me terfikir gak, betul ea macam tu?

Sebab me ni suka sangat ngan kicap. Takkanlah me makan kicap, anak me kuar nanti pun gelap? Huhu. Takkanlah kut? If cam tu,, nak anak putih,, hari2 kena minum susu la ea?

Tapi me tak percaya gak ar ngan semua tu. Itu kan takdir ALLAH. Tapi yang me tau, benda2 macam tu semuanya diwarisi dari gen si ayah dan si ibu kan? Betul tak?

Baby me nanti maybe akan mewarisi kulit ayah dia yg putih. Me ni bukan la gelap cuma tak putih jep. Hahaha. Sawo matang ok! :p

p/s : baby semakin aktif bergerak. Tak sabar nak peluk dia. Rasa rindu sangat even baby everyday ngan me. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, February 8, 2012

20 Weeks~

12:02 PM 7 Comments


20 Weeks, Day 1
2nd Trimester
140 more days!

Baby Info

This week your baby's skin will become covered with a waxy-like substance called vernix which will protect his skin from becoming scratched or chapped.

Your baby also starting to produce meconium, the result of digestion, which will accumulate in his bowels and eventually pass during delivery or in his first diaper.

Body Info

You've officially reached the halfway point of your pregnancy! At this stage your uterus is even with your bellybutton and you may have gained 10 to 13 pounds. You'll likely have your second major ultrasound soon where your doctor will check on your baby's developement. If your baby cooperates you may even be able to determine the sex, if you choose to find out.







********************************************************

Semalam cuti sebab first time jumpa doktor kat KKIA pas peknen ni. Cuti sebab xtau berapa lama masa di amik untuk jumpa doktor.

Memula kena berklinik dulu baru proceed jumpa doktor. But semalam me sangat-sangat tak berpuas hati ngan layanan nurse and doktor kat KKIA tu. Semua kelam-kabut. Tau la ramai orang but tak perlu kut kelam-kabut cam tu. Bila cek pun, cam memain jep.

Doktor pun sama,, masa tengah scan tu, diam jep. Takkan la xde benda nak cakapkan. Me tanya jantina baby dah nampak ke belum,, boleh doktor tu diam. Lama baru dia btau yang kedudukan baby buat kita x dapat tengok jantina. Pas tu cara dia memang agak kasar. Terasa gak sakit kat perut masa dia scan tu tapi me diam jep. Tak kata apapun.

Dah tu pas scan, duduk la kan nak dengar penjelasan doktor but dia just cakap semua ok then suh me tunggu kat luar. What the fish! Sangat-sangat tak puas hati. Dah la first time jumpa. Me pun mati kutu nak tanya apa-apa kat doktor tu. 

Masa me scan kat swasta ari tu, bukan main peramah lagi doktor btau yang ni,, yang tu masa tengah scan. Beza betul ngan doktor KKIA ni. Bukan semua mungkin tapi dah buat me tawar hati nak datang next appointment. Huh!









p/s : berapa lama agaknya kita boleh buat next scan after scan yang semalam ea? Boleh buat dalam masa terdekat tak? Hurm,,,,


Sunday, February 5, 2012

Tak Boleh Jahit ea?

11:59 PM 6 Comments


Tadi me tengah sonok nak jahit kain nak buat kantung. Nak letak barang dalam tu. Mula-mula dah siap jahit satu kantung tapi tengok macam besar sangat. Pas tu me amik lagi perca kain yang lebih, nak buat yang kantung yang kecik sikit.

Bila adik me tengok dia pun kata kantung tu biar kecik sikit. So,, me pun ukur la agak-agak kecik dan cukup untuk menampung barang tu. Hampir-hampir nak siap jahit kantung kedua tu tiba-tiba lak adik me tegur, "Eh,, if tengah peknen boleh menjahit ka?"







Errrr,, terus terstop jahitan me yang dah hampir nak selesai tu. Me pun xtau boleh ke tak. Mama me pun x kata apa tapi bila adik me kata macam tu, terus mama suh buka semula semua jahitan tu. Huhuhu. Terpaksalah buka satu persatu. 

Me pun tegurlah adik me sebab lambat btau. Dia kata, dia pun baru teringat sal benda tu. 

Adik me kata, makcik me penah marah dia sebab menjahit time peknen. Pantang katanya. Mana la me tau. Lagipun ni my 1st peknen. Makcik me kata takut berbelit tali pusat kat dalam perut nanti. Takutnya. 

Tu semua kuasa ALLAH tapi apa salahnya kita ikut pantang larang yang makcik-makcik btau tu kan. Bukannya nak percaya sangat tapi diorang lebih dulu makan garam dari kita. Ikut jep la. Pas ni, mesti banyak pantang yang bakal me dengar. 

Rakan bloggers ada pantang larang untuk ibu mengandung yang boleh di share tak? 







p/s : 20 minggu sudah. weeeeee~


Thursday, February 2, 2012

Maka Istikharah Lah~

12:16 PM 5 Comments



Ramai yang mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka/ gadis pilihan sendiri. Dulu me pun begitu jugak. Pernah juga terfikir nak minta tolong ma & pa pilihkan pas 2 kali kecewa and dipermainkan but akhirnya hajat tu me simpan dulu sebab nak bagi peluang terakhir untuk diri sendiri mencari kebahagiaan tu. Syukur alhamdulillah, niat tu tercapai.

Me berjumpa dengan someone yang amat memahami me. Even beza umur yang agak besar but itu tak jadi penghalang untuk kami bersama. Me akui yang lelaki berumur kebanyakannya lebih matang dalam hubungan. Mereka membina hubungan yang bermatlamat untuk ke jinjang pelamin, bukan sekadar untuk menghilangkan rasa bosan tanpa teman.

Berkenalan dan mengenali antara satu sama lain dalam masa setahun 3 bulan, kami mengikat hubungan itu dengan ikatan pertunangan. Dan 2 bulan selepas itu, kami diijab kabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Me bersyukur sangat kerana kali ini semuanya berakhir seperti yang me impikan.


Sebelum me menerima lamaran hubby dulu, me beristikharah. Minta pertolongan pada ALLAH untuk menunjukkan keputusan yang perlu me ambil. Alhamdulillah, melalui mimpi me nampak bahawa menerima dia menjadi suami me bukanlah satu keputusan yang salah. Bukan sekali me istikharah, tetapi beberapa kali dan semuanya menunjukkan keputusan yang +ve. Syukran Ya ALLAH atas bantuan dari-MU.


So, even kita saling mencintai, tidak salah jika kita minta juga pandangan ALLAH tentang keputusan kita. InsyaALLAH, DIA akan bantu kita. Apa jua yang DIA tunjukkan setelah kita istikharah, maka itulah yang terbaik untuk kita. Sama ada baik atau tidak, jangan sekali-kali menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu. Mungkin ada hikmah yang membawa kebaikan di masa akan datang.

Jika kita ragu-ragu, maka istikharah la. Bukan hanya keraguan mengenai jodoh tetapi juga jika terdapat apa jua jenis keraguan untuk kita membuat pilihan.


Panduan Solat Istikharah



Follow me @munirah_izzan