Friday, March 30, 2012

Review Novel : Usai.. Aku Terima Nikahnya

10:30 AM 1 Comments








 
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.

Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.

Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.

Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....

Puteri :"Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."

Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."

Khalif; " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."

 ************************************************

 Hurm,, bagi me novel ni memang unpredictable jalan ceritanya. 

Puteri dipaksa kahwin dengan Iskandar, sepupu angkatnya, kerana harta yang dimiliki oleh Puteri. Sedetik demi sedetik rasa cinta mula bercambah dalam hati pasangan suami isteri itu. Malangnya, ada insan yang tidak mahu melihat Puteri hidup bahagia. 

Ibu mentua Puteri sendiri mencari jalan untuk memisahkan keduanya. Duri demi duri dicambah dalam hati Iskandar agar menggantung pernikahannya dengan Puteri. Akhirnya, usaha 'murni' ibu mentua Puteri berhasil. Puteri ditinggalkan sendirian dan Iskandar membawa diri ke Frankfurt.

Dalam kedukaan, hadir sinar bahagia bila Puteri dikhabarkan hamil. Khalif, BFF Iskandar yang juga menyimpan hati pada Puteri menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Setelah JI lahir, Puteri nekad menjejaki Iskandar di Frankurt demi rasa kasih yang menggunung namun kehadiran Wan Marini di apartment Iskandar membuang segala harapan yang dibawa. Puteri kecewa lagi!

Khalif memberikan sepenuh perhatian kepada Puteri. Puteri yang kembali rasa dikasihi perlahan-lahan dapat menerima kehadiran Khalif sebagai insan istimewa dalam hatinya. Namun kehadiran semula Iskandar setelah sekian lama untuk menuntut haknya mencabar hati Puteri dan Khalif.

Di mana penghujung ceritera mereka, dapatkan novel nukilan Umie Nadzimah di pasaran.

For me, jalan ceritanya agak berat dan membosankan. Takkan baca this novel for the second time. Apapun, masing2 ada pandangan sendiri. :)

Rate 3/5.




Thursday, March 29, 2012

Review Novel : Suami Yang Ku Benci

10:33 PM 0 Comments



Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 



**********************************************

For me, tak rugi membaca novel ni. Tak bosan kerana para pembaca bakal dihiburkan dengan perjalanan hidup antara Uwais Ukasyah dan Hannah Maryam yang penuh dengan liku dan diselitkan dengan kisah-kisah yang bakal membuatkan kita tak kering gusi. 

Perlahan-lahan hati Hannah Maryam mula terusik dengan kehadiran Uwais Ukasyah dalam hidupnya. Sehingga akhirnya dia mampu menerima hakikat bahawa suaminya seorang penjual burger.

Hati Hannah Maryam mula gundah dengan kehadiran Cikgu Batrisyah, jiran Uwais dalam hubungan mereka dan hati Uwais Ukasyah juga tergugat dengan kehadiran Fawaz, sepupu Hannah yang menaruh hati pada isterinya.

Namun pertemuan antara Fawaz dan Batrisya telah melegakan hati Uwais dan Hannah. Sekurang-kurangnya tidak akan ada lagi orang ketiga yang akan mengganggu hubungan mereka. 

Tak rugi baca novel ni. Me bagi 4/5 bintang untuk novel nukilan Eman Sufi ni. :)



Info : Kejadian Air Merah /Red Tide

8:29 PM 0 Comments



Nak share satu info yang me dapat dari email just a second ago.

Ketika ini, Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tiede di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran.

Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat sementara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak.

Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut.
Orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.

Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat.

"Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan., Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran.

Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus.
Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan.

Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku.

Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.

Actually me dah tahu mengenai kejadian ni minggu lepas. Rasanya ada lagi yang tak tau sal benda ni sebab ada antara kawan me yang jelas terkejut dengan berita ni bila ternampak notis-notis yang ditampal di restoran atau kedai makan.

Nasib baik me tak makan sangat makanan laut ni. Huhuhu. But so sad for my hubby coz tomorrow he will be here with me for four days and dia memang suka makan makanan laut kat Sabah ni coz harganya murah but maybe bukan sekarang nak bawa dia enjoy the seafood. Huhuhu.

Sorry abang! Next time ok.. :)


28 Weeks~

3:07 PM 3 Comments






Baby Info

Your baby's brain has developed more tissue and has formed grooves on the surface. It's likely your baby has developed a more regular sleep schedule in 20 to 30 minutes intervals. 

If you having a boy, his testes are migrating into his scrotum. If you're having a girl, the clitoris is beginning to form.

Body info

This common time to find out how your baby is positioned (presented), whether it's head first, feet first (breech), or sideways. Even still, in the next month your baby may still change positions.

**********************************************
Berat badan semakin hari semakin meningkat. Pipi makin tembam. Selera makan? Jangan tanya.. Hahahaha. Baby pun alhamdulillah makin dan semakin aktof pergerakannya. Kadang-kadang ketawa sendiri bila baby tendang-tendang kat bahagian pinggang. Geli you! :D

Bila baby tengah main then terkena kat tulang rusuk, rasa cam sebu sikit but ummi faham yang baby tengah excited dalam tu. Ummi pun excited sayang! Weeee~

Dah start sindrom tak selesa tido malam. Mengiring ke kanan tak selesa, mengiring ke kiri tak selesa, apalagi tido menelentang. Sesak nafas. Huhuhu. Kesian jugak kat baby bila kita tak cukup tido. Mesti baby pun ikut letih.
 
Apapun,, doakan me and baby selamat sentiasa ea.


Sunday, March 25, 2012

Review Novel : M.A.I.D

2:34 PM 0 Comments




Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?






*************************************************

Hahahaha.. For me, novel ni memang best. Lawak and buat me tak kering gusi. Watak-watak yang sangat menghiburkan. Jalan cerita yang comel dan sweet. :D

Jalan cerita yang ringkas dan senang difahami. Agak klise but still nice. First time baca novel dari novelis ni membuatkan me mahukan yang lebih lagi. Hehehe.







Saturday, March 24, 2012

Review Novel : KuSeru Rindu Itu

2:29 PM 1 Comments




Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?





**************************************************

Seyes me nangis bila baca novel ni. Memang terbaik. Memang dijangkakan dari penulis Hanni Ramsul. Jalan cerita yang tidak membosankan. 

Idayu : Isteri yang mencintai suaminya sepenuh hati even sebelumnya berkahwin tanpa rasa cinta.

Hisyam : Suami yang tidak pernah menyedari bahawa cintanya kepada Idayu terlalu dalam sehingga memaksa dia mencari cinta yang lain.

Maisara : Gadis polos yang tenggelam dalam cinta Hisyam.

Me bagi 5 ***** untuk novel ini. :)








Friday, March 23, 2012

Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?

11:36 AM 1 Comments


Artikel me terima dari emel beberapa hari yang lalu. Mungkin sudah ramai yang pernah membacanya dan ada juga yang belum. Tergerak hati me untuk share artikel ni untuk pengetahuan semua. Sama ada ianya betul atau tidak, Wallahu A'lam.


Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?

1. Dalil secara Qat’i (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’

seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Diikuti pula ilmu sains, astronomi dan geografi sebagai kajian dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92

2. Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet Radiasi’ untuk Bumi.

Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat.

Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul, selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’.

Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini.

Maka, Makkah al-Mukarramah bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan tarikan ‘ROH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.

3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini adalah 360 darjah.

Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran dari ‘Pusat Bumi Makkah’.

Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi Islam.

4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif.

Berbeza dengan padangan yang sebaliknya.

Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah.

Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid Nabawi, di Madinah al-Munawwarah.

Ketiga-tiga masjid ini adalah merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana keberkatan yang ada padanya.

5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI, tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT.

Berbeza dengan sistem ‘Waktu Muslim Sedunia’ ini.

Segalanya lebih baik dan tersusun.

6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah ‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya.

Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat Islam.

7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan kajian yang benar.







Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain.

Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik mereka dengan negara-negara tersebut.

Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu dengan purata 8.5 darjah.

Begitu juga di negara-negara selain Britain, sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan bumi.

Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah kiblat dengan lebih tepat.

Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup.

Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.

8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).


Memang artikel ini agak panjang tapi apa salahnya kita luangkan sedikit masa untuk membaca. Yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang kurang baik itu datangnya dari diri kita sendiri. Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu membawa kita untuk berfikir. :)




Thursday, March 22, 2012

Treasure Them

10:58 AM 3 Comments


Form 3 Khadijah Khuwailid


Form 4 Al-Ghazali

Terlalu banyak kenangan masa sekolah dulu. Even sekarang ni masing-masing dah bawa haluan sendiri, ada yang tak dapat dicontact dan menyepi tanpa berita namun ikatan yang terbina selama bertahun tu tak mungkin terputus.

I miss them all. They were part of myself and my life.









Wednesday, March 21, 2012

Info : Khasiat Memeluk Isteri Kita & Pelukan Suami Untuk Isteri

4:13 PM 0 Comments



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.

Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan  maut terletak di tangan Allah.....

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri”

Rajin2lah peluk isteri anda sekalian.... :)


Sumber dari email.


Ok! Yang ni hanya bagi mereka yang telah menerima ijab dan qabul. Bukan untuk mereka yang hanya 'berkahwin' tanpa ada ijab dan qabul.











Fakta Atau Auta?

10:07 AM 2 Comments



Masa nak,, bukan main lagi dengan janji manis itu ini. Yang haram pun jadi halal. Hukum keseronokan dunia. Isk!! Isk!! Bila dah jadi,, lupa janji manis. Ingat nak lari dari tanggungjawab jep. Dunia...Dunia..Dunia..,














Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

26 Weeks~

11:26 AM 0 Comments



Baby Info

By now, your baby's lungs and brain are much more developed. In fact, your baby can likely detect light and dark through the optic nerve. Your baby can now also hear more than just your rumbling tummy, such as outside noises like your partner's voice.

Body Info

Earlier in your pregnancy, your blood pressure probably dropped. But now, the reverse is in effect with your blood pressure increasing a bit.

And it's likely you'll still have an aching back as the weight of your belly continues to grow and shift forward. When moving or bending and lifting, it's more important to maintain proper posture. For additional back support, some women favor maternity belts which provide support under your belly and stabilize your back.

*********************************************






Badan dah makin kembang. Perut pun dah makin nampak. Alhamdulillah baby membesar dengan baik. Lusa nak kena pegi klinik lagi coz ari tu hb turun ke paras 9. Huhuhu. Tak tau macamana boleh turun jadi banyak tu. Skang ni tengah berusaha balik agar hb tu kembali ke paras normal semula.







Sunday, March 18, 2012

Paragliding Accuracy World Cup 2012

8:32 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Semalam me and family ke Kompleks Sukan Ranau untuk memeriahkan pertandingan. Hehe. Meriah la sangat.

Tapi seyes best bila tengok satu demi satu peserta berlepas. Paling mengejutkan, ada sorang peserta perempuan yang mengandung 5 bulan turut mengambil bahagian. Huhu. Beraninya dia...

Seyes bila tengok, rasa macam nak try jugak but rasanya tak berani kut. Gayat woooo~

Hari ni final but tak sempat tengok. Ngeeeee~





p/s : Tak pasti berapa ramai peserta yang terlibat..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, March 14, 2012

Dulu Ditanam Sekarang Dibuang!

9:18 PM 1 Comments



Dulu : 
Bayi dikubur hidup-hidup kerana tak mampu nak sara.

Sekarang : 
Bayi dibuang hidup-hidup kerana taknak bertanggungjawab.

Huhu.. Semalam my pa cerita kat me, dulu masa zaman diorang hidup susah, ada bayi yang baru lahir dikubur hidup-hidup sebab tak mampu nak sara. Nenek me pernah selamatkan sorang bayi dari ditanam even waktu tu umur nenek baru 12tahun. So, nenek yang jaga bayi tu hinggalah dia besar. Even nenek bukan orang yang berduit masa tu, nenek sanggup jaga. Now,, bayi yang dijaga tu selalu berterima kasih pada nenek sebab menjaga dia. Dia berhutang nyawa dengan nenek. 

Me sebak dengar bila my pa cerita macam tu. Tak sangka pula ada benda macam tu zaman dulu. :(














Share and Win Jubah Hoodie

9:32 AM 4 Comments


Nak tau lebih lanjut,, klik banner atas ni. :)

Yeezaaaa!! Kali ni nak join contest lagi. Contest by Naqiah sempena pre-launch Qyashop.com.  Join ni sebab nak support this contest dan paling penting mestilah nak menang sebab hadiahnya best sangat! 1 Jubah Hoodie Satin!! 

1. Share Banner :: DONE ::

2. Like Page Qyashop.com :: DONE ::

3. Nyatakan kenapa anda patut dapat Jubah Hoodie Satin!

:: Yang ni suka sangat me nak btau sebabnya,,
  • Me tak pernah ada jubah hoodie
  • Nak jubah ni untuk Syawal tahun ni (sebab tak sempat dah nak ukur baju..hehehe)
  • Jubah ni sangat-sangat GOJES!!!
  • Paling penting,, sebab jubah ni akan diukur mengikut saiz si pemakai!! 
4. Tag 5 rakan blogger.


Cantik tak? Cantik tak? If cantik,, jom sama-sama kita memeriahkan contest ni.  :)

p/s : If menang,, nak request kaler merah!! :p












Bunuh & Bakar!

9:29 AM 5 Comments



Adik Nurul Nadhirah

Sejak beberapa hari ni, berita mengenai Adik Nurul Nadhirah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang menghiasi dada akhbar tempatan. Pembunuhan kejam yang berlaku sangat-sangat menyayat hati sesiapa yang membaca berita ini kecuali bagi si pembunuh yang baginya mungkin ini hanyalah satu hiburan baginya. 

Awal pagi, of course me akan godek-godek dashboard untuk bahan bw. Then terbaca satu tajuk DENDAM MUNGKIN MOTIF NURUL NADHIRAH ATAU DIRANG DIBUNUH DAN DIBAKAR. Baca punya baca,, ada satu part tu yang betul-betul buat me tak puas hati. 

Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dirang mengadu kelaparan kepada ibunya yang ketika itu leka dengan Facebook. Maka ibunya Roselyn memberi RM4 kepada anaknya yang baru berumur 5 tahun ini. untuk membeli mee segera di kedai runcit berdekatan.  

Sebelum ni memang agak geram jugak la bila dengar budak umur 5 tahun ni pegi kedai runcit sorang-sorang. Biarpun kedai tu dekat dengan rumah but dengan kadar jenayah yang melibatkan kanak-kanak sekarang ni semakin meningkat, takkan berani lagi nak biarkan budak tu jalan sorang-sorang. Huhuhu. 

But bila baca part 'leka dengan Facebook' tu,, me pun terkedu jugak. Kat Malaysia ni ada jugak yang sanggup biarkan anak lapar sebab Facebook?! Apakah??! Tak tau sejauh mana kebenarannya but jika betul itu yang terjadi, me akan tuding jari pada si ibu yang menjadi salah satu penyebab kepada kejadian ni. 

Kesian anak kecil itu yang menjadi mangsa. Selepas ni, berpada-padalah if nak berfacebook. Benda tu kadang-kadang memang akan melalaikan kita.












Tuesday, March 13, 2012

Akhirnya,,~

3:07 PM 1 Comments







Syukur alhamdulillah. Berita gembira yang diterima sungguh memberi kesan dalam hati me dan rakan-rakan. Menunggu dan menunggu akhirnya masa itu telah tiba. 

Terima kasih Ya ALLAH kerana mendengar doa kami dan menyokong perjuangan kami. 

Moga selepas ini segalanya akan baik-baik sahaja. 
InsyaALLAH.. Amin Ya Rabbal Al Amin..










Follow me @munirah_izzan