Tuesday, May 29, 2012

Parcel Dah Sampai~







Weee~ Parcel baju raya dah sampai. Excited giler bila track poslaju pagi tadi. Hehehe. Jam 1 tepat turun ke kaunter then bila nampak parcel poslaju, senyum tak ingat u. Dengan yakin me amik parcel tu. Nasib baik betul untuk me. If salah,, tak ke frust. Hahahaha.

Siap peluk-peluk parcel tu. Tapi fikir-fikir,, xkan nak bawa kuar pegi lunch kut. Ahahaha. 

Jam 2.00pm, me masuk, singgah gosip-gosip kat kaunter dulu before masuk bilik unit. Masuk je terus me koyak plastik tu. Excited plus cuak sebenarnya masa buka tu. 

Bila tengok je kaler baju tu,, puas hati sangat. Tapi bila tengok je kecik baju tu terus cuak. Muat ke ni? Macam tak muat je. Huhuhu. Risau jugak. Baju dah cantik tapi kang if bentuk badan tak kembali ke asal lepas bersalin nanti satu hal pulak. isk!!

So,, dengan penuh keazaman, me berjanji me akan berusaha mengembalikan bentuk dan berat badan kepada yang asal sebelum raya nanti. Hahaha. Mampu ke dik?

Korang kena support me tau! :p

Eleh,, baby pun tak kuar lagi sibuk pasal berat badan pulak dah kan..? Hehehe.
Read More ->>

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama











Tahun lepas, pada tarikh ini, 29 Mei 2011 me telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati. Dengan sekali lafaz, me sah menjadi isteri kepada En. Abdul Karim Mohd Latep. Alhamdulillah.

Saat en.abg melafaz aqad 

Dan pada hari ini, 29 Mei 2012, genap setahun kami sebagai suami isteri. Terima kasih Ya ALLAH kerana memanjangkan jodoh kami. :)

Kepada En. Abg,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama ira ucapkan. Semoga ikatan kita kekal selamanya. Tak ada hadiah yang lebih istimewa dapat ira berikan pada abg melainkan dengan kehadiran bakal cahaya mata kita yang pertama. 

Even abg jauh dan tak dapat sentiasa bersama-sama ira sepanjang ira mengandung, namun doa dan kata-kata semangat dari abg sudah cukup untuk ira dan baby.  

Dalam usia setahun perkahwinan kita ni banyak dugaan yang kita tempuhi namun itu semua dugaan sementara dari ALLAH. Semoga segala apa yang kita usahakan dan doakan selama ini tercapai dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.

Ira sayangkan abg sepenuh hati ira. Terima kasih kerana menerima ira seadanya dalam hidup abg.

Ucapan selebihnya biarlah menjadi bicara hati antara me and en.abg. Cewahhhh!!! Hehehe...

Semalam bila tengok balik album and video masa majlis last year,, memang nangis tak ingat. Baby pun asyik gerak-gerak. Seronok kut join tengok imbasan hari bahagia umi & ayah dia. Hehe. 

Even anniversary yang pertama ni kami tak dapat raikan bersama namun yang penting, hati kami tetap satu.

Thanks buat rakan-rakan yang banyak mendoakan kebaikan untuk kami.

p/s : Semalam usap-usap perut then tanya kat baby,, "baby nak kuar sok tak?" Hehehe. 


Read More ->>

Sunday, May 27, 2012

Sunyinya~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..


Happy weekend semua. How's your weekend? I'm just here all alone. Fuh~


There's nothing fun to be alone. Hope me akan dengar good news 'bout my transfer soon. Tak sabar nak duk ngan en.abg. Huhu.


But skang nak fikir pasal baby dulu. Last nite can't sleep at all. Around 4 baru dapat lelap mata. Itu pun just a few hours. Bila bangun rasa tak selesa sangat.


Rasa seram sejuk jep. Nak baring tak selesa. Duduk pun tak selesa. Berdiri apatah lagi. Risau sebenarnya. Tapi tanda-tanda nak bersalin tu takde lagi ar. Or ada tanda lain yang me tak tau? Huhu.


Baby still aktif bergerak. Tak kira siang or malam. Alhamdulillah. Kurang sikit rasa risau tu bila rasa movement baby.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Read More ->>

Friday, May 25, 2012

Warna Tema Raya Tahun Ni ..... ~











Sekarang ni sibuk usha-usha baju kurung online. Persediaan raya la kononnya. Hehehe. Nak hantar kain kat tailor tapi sedikit malas nak jalan cari kain kat kedai. Bukan apa,, susah sikit nak berkenan ngan kain-kain yang ada kat pasaran. 

Lagi pula,, beli kain plus upah jahit lebih kurang je kut dengan baju yang kita beli ready made tu. Yeker? Me main agak je. Hehehe. Baju me and en.abg dah beli. Tahun ni rasa nak pakai kaler pink! Ahahaha. Actually en.abg kata kaler pink tak menyerlah so kena cari kaler lain but me tetap nak kaler pink. 


So,, diam-diam me dah pun beli baju kaler tu. Tapi en.abg tak tau lagi. So,, kira nak surprisekan dia pagi raya nanti. Hahaha. Jahatnya I. If ada rezeki lebih, me belikan la kaler yang en.abg nak tu. InsyaALLAH. :)

En.abg kata pakai je baju raya last year tapi me taknak. Baju last year tu boleh pakai masa raya kedua. Baju tahun ni,, nak pakai kaler lain la pula. Bukan apa,, actually me tak berkenan sangat ngan kaler purple ni. Sebab? Hurm,, xde sebab yang khusus pun. :p

Hehehe. Rejab pun baru mengangkat tirai dah sibuk nak fikir Syawal lak kan. Ahaks! Saja nak readykan awal. Nanti dah bersalin, nak sibukkan diri ngan baby pulak dah. Baby dah lahir nanti baru shopping baju raya untuk baby lak. :)

Beli awal-awal ni dengan harapan size sebelum peknen dengan size selepas bersalin nanti still sama. Hahahaha.


Tahun ni baju raya korang kaler apa?
Read More ->>

Baby Nak Panggil Apa?










Semalam ada terbaca kat entry cikpuanrara mengenai panggilan untuk parents bila baby dah lahir nanti. Hehehe. 

Me ngan en.abg pun awal-awal dah bincang pasal perkara ni. Sebelum me peknen pun dah start gaduh-gaduh manja. Hahaha. Excited kut. 

Mula-mula kononnya me nak baby panggil kitorang mummy dan daddy. Bila tengok my lil cousin panggil parents dia cam tu, nampak comel sangat. Lagi-lagi bila dah pandai speaking. Geramnya!! So,, bila imagine baby panggil cam tu,, rasa cam comel sangat. Tapi en.abg kata cam tak sesuai sebab omputih sangat. But me tetap juga nak panggilan tu tapi bila en.abg dah start dengan hujah-hujah dia,, mengalah juga akhirnya me. Hehehe.

Pas tu en.abg cadangkan panggilan ibu untuk me dan ayah untuk dia but me pulak yang tak berkenan. Kenapa? Entahlah. En.abg kata, kan comel bila baby panggil macam tu nanti. Me tetap taknak. 

Fikir punya fikir,, akhirnya me decide biar baby panggil ummi dan ayah. Hehehe. Bab-bab ni pun nak demand jugak kan. En.abg pun setuju. 

Kata en.abg,, sekurang-kurangnya taklah omputih sangat anak kita nanti. Hahahaha. 


Read More ->>

Thursday, May 24, 2012

Info : Pendarahan Di Akhir Kandungan









Petang semua. Ikut kiraan baby bump,, kandungan dah masuk 35w. Another 5w to go. Wah!! Tak sangkanya. Rasa cam cepat je masa berlalu. Sekarang ni memang agak risau bila duk sorang-sorang kat umah. Bukan apa,, risau bila jadi apa2. 

But, doakan me agar semuanya selamat sentiasa ea. Selalu pesan kat baby,, if nak kuar nanti,, kena tunggu ayah balik dulu. Ada juga peneman dan penguat semangat masa nak bersalin nanti. Tapi en.abg (xnak la sebut hubby dah.. hehe) cuti seminggu 4 hari sebelum edd me. Agak-agak sempat tak ea? Huhuhu. 

Apapun,, if baby tak dapat nak tunggu,, nak buat acane kan. Hurm,,

Kali ni me nak share 1 artikel dari Dr. Giena. Me suka baca artikel-artikel yang Dr. Giena kongsikan ni. Sangat-sangat berguna bagi ibu-ibu yang mengandung. Banyak yang me dapat dari perkongsian dengan beliau. Yang penting,, beliau sangatlah tidak lokek dengan ilmu yang beliau tau. :)


Pendarahan di akhir kandungan

Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya menandakan salah satu daripada tiga perkara.

1. Uri pada pintu rahim
2. Accidental haemorrhage
3. Incidental bleeding
1.Uri pada pintu rahim (placenta previa)

Uri yang pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, kadang-kala sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.Dengan ujian ultrasound yangdilakukan ketika ibu melawat doktor pakar perbidanan, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samaada di tempat biasa iaitu di bahagian atas rahim atau di bahagian luar biasa iaitu di pangkal rahim .

Langkah-langkah tertentu perlu diambil setelah dikesan kedudukan uri tersebut untuk mencegah berlakunya perdarahan yang banyak khususnya apabila kehamilan mencapai ke peringkat lapan bulan atau lebih.

Kedudukan uri dibawah 'placenta previa' merangkumi dua jenis, pertama ialah dimana uri menutupi pintu rahim sepenuhnya 'placenta previa major' dan keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak apabila berlakunya kuncupan rahim khususnya di peringkat akhir kehamilan.

Kuncupan rahim sering disebabkan oleh kepenatan, tekanan mental dan penyakit jangkitan kuman khususnya pada pundi kencing atau bahagian tubuh yang lain.

Apabila berlaku perdarahan ibu mesti terus masuk ke hospital kerana biasanya pembedahan cesarean secara cemas perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan nyawa bayi tersebut.

'Placenta previa minor' ialah apabila uri hanya terletak pada bahagian bawah rahim tetapi tidak menutupi langsung pintu rahim.Keadaan begini tidaklah begitu mengancam dan biasanya tidaklah menyebabkan perdarahan yang banyak sangat.Adakalanya dalam keadaanini kelahiran normal masih boleh dilakukan.

2. Accidental haemorrhage (abruptio placenta)

Ini bermakna pendarahan berlaku dalam rahim di belakang uri dan keadaan ini sangatlah merbahaya kerana pendarahan di luar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim menyebabkan rahim itu sangat keras dan membesar. Keadaan ini sangat merbahaya dan mengancam nyawa bayi dan ibu.Jika terlambat kadang-kala bayi telah mati dalam perut sebelum ibu sampai ke hospital.Dalam keadaan yang sangat teruk, ibu tersebut juga boleh meninggal kerana bila keadaan ini berlaku ibu sebenarnya berdarah dengan banyaknya dalam rahim dan perdarahan tidak boleh dikawal kerana semua sel-sel pembekuan darah (platelets) telah habis terperangkap dalam bekuan darah dalam rahim.

Keadaan ini digelar dengan nama 'disseminated intra-vascular coagulation' iaitu satu keadaan yang amat merbahaya kerana pendarahan bukan sahaja berlaku dalam rahim tetapi di semua organ-organ dalam badan khususnya hati dan otak.Keadaan inilah yang boleh membawa maut kepada ibu tersebut.

Kelahiran mesti dilakukan secara cemas untuk menyelamatkan ibu, mungkin yang paling selamat sekali ialah dengan pembedahan cesarean.Transfusi darah serta lain-lain cecair untuk menggantikan cecair, logam dan sel-sel pembekuan perlu dilakukan dengan banyak dan cepat.

3) Pendarahan 'incidental'

Ini mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkati kuman, atau saluran darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran faraj.Keadaan ini tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang juga memerlukan perhatian.
Perlu dipastikan bahawa sebab-sebab utama seperti 'placenta previa' dan 'abruptio placenta' tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian ultrasound.Tiada rawatan yang khusus untuknya melainkan rehat. 

Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan

Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan tujuh bulan.Kadang-kala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang adalah di antara mereka yang terdedah kepada masalah ini.

Pemeriksaan 'antenatal' setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali,adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan.Setiap kali ibu hamil datang ke klinik di antara pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya ialah mengukur tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.

Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandungi albumin.

Baca lebih lanjut di Pendarahan Di Akhir Kandungan




Read More ->>

Tak Habis-Habis







Nak share artikel yang adik me tag kat fecabook. Mana dia dapat pun me xtau. Me juz snip je artikel tu.



Dah baca? So,, apa pandangan korang? Me? Hurm,, 

Tu semua mentaliti ahli politik. Macamana pula mentaliti anak bangsa kita sendiri? Takkan nak tunggu debat baru nak start fikir kut? Kata ada wawasan. Tak perlu nak debat bagai untuk tunjuk bahawa depa hebat. Pegang pendirian kita sendiri. Baru debat sikit cam tu dah goyah. Taktau jalan mana nak pilih. Huh...


Apapun,, me tetap nak kata,, "Mansuhkan Bayaran Masuk Tandas Awam Sebelum Mansuhkan PTPTN"


Read More ->>

Wednesday, May 23, 2012

Kosong







Suddenly 'tersuka' pula dengar lagu Najwa Latif ni. Tak tau kenapa. Takde alasan. Ahaks! Nak kata ada kaitan dengan diri me,, macam xde sangat la juga. Ahahaha. Kind of ada la juga tu kan. :p


Kau melihat diriku 
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong.. Kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong.. Kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong.. Kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong.. Kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku 

Kosong.. Kosong

Berapa banyak 0 daaaa.. Hahaha..
Read More ->>

Tawaran Berkhidmat Dengan UiTM







Berita baik buat mereka-mereka yang sedang mencari kerja di luar sana. Pihak UiTM menawarkan 49 jawatan kosong untuk diisi oleh mereka yang berminat untuk berkhidmat dengan UiTM. 

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a.

Untuk Bukan Staf UiTM


Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
b.

Untuk Staf UiTM sahaja


Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui
Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 28 Mei 2012.




Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian dari keluarga UiTM Di Hatiku.
Read More ->>

BE Lagi











Even lama tak update blog,, ada juga BE yang singgah. Alhamdulillah. Ni yang buat me sedikit rasa bersalah terhadap en. Nuffnang. Apapun,, pas ni akan cuba update sekerap mungkin. InsyaALLAH. 
Read More ->>

Friday, May 18, 2012

Nama Baby~











Salam Jumaat semua. Alhamdulillah. Another day for us. Syukran Ya ALLAH.

Sekarang ni tengah sibuk belek-belek buku ni. Nama untuk baby dah ada actually tapi saja nak belek lagi. Hehehe. Bukannya apa,, manalah tau 'tersangkut' kat nama lain lagi. But hati kata, stick ngan nama yang dah pilih first tu and hubby pun kata suka ngan nama yang me pilih. :)


Apapun,, buku ni memang me bawa dalam beg tangan. Suka kut tengok semua nama-nama dalam ni. Hehehe.

Nama baby will only be reveal after baby lahir nanti. So,, tunggu... :)

p/s : Another BE singgah kat blog. Alhamdulillah.
Read More ->>

Monday, May 14, 2012

Persediaan Menyambut Kehadiran Baby








Selamat hari Isnin semua. Dalam entry kali ni,, me nak sharekan barang-barang yang me dah beli untuk persediaan baby lahir nanti. Actually, entry ni dah lama ada dalam draf cuma tak habis type jep. Hehehe.

Kelengkapan Baby
  1. Baju lengan pendek dan lengan panjang
  2. Seluar pendek dan seluar panjang
  3. Sarung tangan dan sarung kaki
  4. Topi
  5. Lampin (2 dozen)
  6. Sapu tangan
  7. Kain bedung
  8. Barut baby
  9. Tuala mandi
  10. Beg baby
  11. Bakul baby
  12. Tilam dan bantal baby
  13. Botol susu (Avent)
Mandian Baby
  1. Sabun
  2. Syampoo
  3. Losyen
  4. Bedak
  5. Cotton Bud
Kelengkapan Lain
  1. Baby oil
  2. Wet tissue
  3. Minyak telon
  4. Pencuci baju baby





Setakat ni itu jep yang penting me rasa. Hurm,, baju me beli 10 pasang and rompers 4 helai (2 helai pemberian adik). Kelengkapan baby tu me beli dalam jumlah yang sikit dulu. Baby dah lahir nanti baru me belikan lagi. 



p/s : Petua nak beli baju baby, untuk newborn size, beli 3 or 4 pasang jep sebab baby cepat membesar.  
Read More ->>

Friday, May 11, 2012

Dugaan Cinta Jarak Jauh






Just wanna share this artikel dengan mereka-mereka yang senasib dengan me. Dapat from email just now. :)

Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.


- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.



Teringat kenangan masa mula-mula kenal dulu. Memang rasa sunyi sangat. But ternyata berjauhan membuatkan hubungan kita semakin erat dan berasa semakin dekat. Alhamdulillah,, hubungan tu kekal hingga ke jinjang pelamin dan insyaALLAH akan kekal selamanya atas izin ALLAH.

p/s : sebelum kahwin dulu, boleh dikira dengan jari berapa kali me and hubby jumpa. Huhuhu.


Read More ->>

Wednesday, May 9, 2012

:)







Dah lama sangat kut tak update kan? Last month pun 2 kali jep singgah update rasanya. Huhuhu. Sekarang ni rasa macam ada penyakit M bila nak update. Hehehe. Bukan apa, dah bosan tengok komputer ni hari-hari. Alasannya~ :p

Tak sangka dah masuk bulan Mei. Cepatnya masa berlalu. Lagi few weeks tiba masa untuk bersalin. Dub dab dub dab dah ni. Barang-barang baby semua dah beli. Set bersalin memang tak beli dulu. Kena tengok keadaan baby nanti macamana. Sebab risau dah beli mahal-mahal kang tak digunakan pulak. Mana tau in case baby ada jaundice ke, memang tak sesuai makan jamu-jamu ni. But hope baby tak de masalah. InsyaALLAH.

Even baru masuk 33w, me dah siap pack in semua barang keperluan me dan baby dalam beg. Just in case, terawal ke kan. Dah lah sekarang ni pun me tinggal sorang-sorang kat umah tu. Hubby amik cuti seminggu sebelum edd me. Hope baby dapat tunggu ayah dia balik Sabah. Hehe. 

Keadaan badan sekarang ni ok just kadang-kadang memang cepat mengah. Jalan sikit semput. Cakap kat tepon pun boleh mengah u. Apapun, demi baby, ummi akan kuatkan semangat. 


p/s : Lama tak update, tapi ada jugak BE yang singgah. Thanks nuffnang. :)
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in