Tuesday, December 31, 2013

Officially 27th

Assalamulaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Masih berpeluang hidup sehingga ke hari ni. 




Read More ->>

Weekend Terakhir 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lusa dah masuk tahun 2014. Tak sedar pun masa berlalu kan. 

Nak cerita pasal semalam. Sabtu lepas kakak ipar datang bermalam kat sini. Best kut ramai-ramai kat umah. Hehehe. Riuh jadinya. 

So sabtu tu en.abg ajak pegi Danau Kota. Saja nak isi masa kosong malam tu. Tak beli banyak barang pun. Sempat grab few baju untuk anak and anak buah je. Untuk diri sendiri tak larat nak bersesak tauuu. 

Semalam pulak kitorang pegi Tugu Negara. 1st time tau sampai sini. Sebelum masuk tu kitorang layan makan dulu kat area parking tu.


Tu Aisya ngan kazen dia Syamina kemain makan ayam goreng. Hehehe. Tengok cermin mata Aisya pakai tu. Dia taknak tanggalkan tu. Adoiii la anak. Jangan ikut umi ngan ayah yang bercermin mata ni tauuu.


Makan bertambah juga me masa tu coz tak sempat nak breakfast kat umah. Nak siapkan Aisya kena main kejar-kejar dulu 2 3 round baru dia serah diri nak mandi. Kurus umi if tiap-tiap hari macam ni anak. Tu Aeera tak besar lagi tu. Hehehehe.



Sempena nak meraikan kejayaan budak dapat 8A PMR jugak ni. Alhamdulillah. Anak kakak ipar merangkap anak buah juga la tu kan. Hehehe. Dah jadi tukang tolak stroller Aeera pulak semalam. 


Tukang dukung Aisya pun dia jugak ni. Hahaha. Kemain Aisya senyum dengan spek dia tu. Hahaha.


Bila penat dukung Aisya, bagi di tumpang keta Aeera pulak. Aeera masam je tengok kakak dia tumpang. Hahaha.


Pas kuar dari Tugu ni dah takde arah tujuan. Huhu. Pas tu en.suami bincang-bincang ngan adik dia. Akhirnya diputuskan pegi Genting. Hah! Dah lah tak bawa sweater bagai nak pegi tempat sejuk tu. "bagi anak ayah kuat sikit tahan sejuk..." Kata en.abg. Adoii. Bertiah betul tau. Dah lah anak kecik lagi.

Tapi sampai atas tu kemain sedap Aeera tido tau. Nasib baik arr dalam beg ada baju tido dia. Bagilah dia pakai baju double. Kurang sikit sejuknya. Aisya? Hahahaha. Tak payah cakap arr. Dia lagi suka.


Orang dah gigil dia sibuk nak kuar dari keta. Nak berembun jugak. Ades. 



Pas tu kitorang pakat nak balik. Letih kut. Masing-masing tido dalam keta. Tinggallah en.abg sorang drive. Hehehe. 

Next time nak pegi Genting kena siap sweater segala sebab memang sejuk. Semalam pun kabus tebal sangat. Masa nak turun tu few times pesan kat en.abg suruh hati-hati. Takut + risau.

Pasni nak ajak pegi Cameron Highlands pulak. Heeeee~













Read More ->>

Thursday, December 26, 2013

Ephyra Dah Sampai

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Few weeks ago abg Ben ada menganjurakn satu segmen ringkas bersama warga facebook. Tapi me takde pulak snip segmen tu. Huhu. Bukan tak ingat but excited sangat nak join. 

Yelah. Sebelum ni ramai jugak yang post pasal Ephyra ni kan. So, just try my luck arr.. Sebelum ni ada jugak join contest anjuran blogger MiaLiana but takde rezeki. And kali ni alhamdulillah rezeki menyebelahi me. 

Nak jugak #kulittulusmulushalusgebumacammemey. Hahaha. Berangan kau kan. 


Ni la yang membuatkan me terrpilih as one of the winner. Simple je segmen nya. :)

Mata panda? Seyes ada. Huhu. Macam-macam produk dah try. Eyemask. Garnier yg untuk mata tu. timun. Tomato. Segala jenis sayur ai tempek kat mata tu but still the same. Hurm...


Happy tau bila dapat parcel ni tadi. Hehehe. Tertunggu-tunggu jugak sebelum ni mana lah tau me salah bagi alamatkan. Hehe.


Dan-dan tu jugak buka tau. Hehe. Alhamdulillah. Syukur.

InsyaALLAH me akan kongsikan hasil yang me dapat dengan minum Ephyra ni. 

Sok jugak me akan start. Hahahaha. Nampak sangat tak sabar kan. 

Hope akan dapat kesan yang baik untuk Ephyra ni. Be good to me dear. Heeeee~

If ada kesan yang baik mungkin akan ada kotak kedua nanti. En.abg dah bagi green light but kena guna duit sendiri arr. hehe. Tak kisah pun. Nak cantik pun untuk dia kan. Ngeee~

















Wahai pemenang GA Pearl by mOoN, minta maaf sangat-sangat sebab mungkin hadiah akan sampai lewat. Ai is tersalah isi kat borang poslaju. Alamat pengirim terletak nama uolls pulak. Ades.



Read More ->>

Sunday, December 22, 2013

Ada Yang Nak Tolong Tak?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Adoiyaiiii. Sebakul baju Aisya n Aeera yang perlu dilipat. Tu belum baju me dengan en.abg lagi tu. Basuh baju kemain rajin tapi bila part nak melipat tu tersangatlahhhh ...... (Sila isi tempat kosong). Huhuhu.

Tiba-tiba teringat pernah buat pembentangan tentang inovasi mesin basuh dulu. Mesin tu kononnya pas basuh baju akan dikeringkan guna somekind of energy pas tu kuar-kuar dari mesin tu siap lipat sekali. Huhu. Ada tak orang yang nak cipta mesin cam tu. rasa cam nak beli jeee. Hehehe. 




Tak sangka sok dah isnin......~~~
Read More ->>

So true...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Betulkan macam ni.. 
Read More ->>

Saturday, December 21, 2013

Lagi Lagi Untitled

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam sabtu semua. Hari ni kena duk umah jep. En.abg keja. Huhuhu. Xpe..xpe.. Sok en.abg dah janji ngan Aisya nak bawa kuar jalan.  Jangan tak jadi sudah. Hehe.

Hari rabu ri tu bawa Aeera pegi cucuk 3 bulan. Nangis jap je. Terkejut la tu kna cucuk. 

Berat dah 5.5kg. Alhamdulillah. Naik sekilo. 



Tak sedar dah seminggu jugak me masuk keje semula. Seminggu juga Aisya n Aeera duk dengan pengasuh. Alhamdulillah. Tak banyak ragam. Aeera nangis masa hari pertama tu je. Pas tu dah ok kata Kak Nora. Aisya pula bila ada kawan confirm tak nangis. Lagi dia suka ada. Hehehe.









1st time post guna IPad ni. Tak biasa lagi. Hehehe. 
Read More ->>

Thursday, December 19, 2013

Menang Ipad Mini Dari Emerald

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni cerita semalam sebenarnya. Me dapat Ipad ni sebab join quiz yang pihak Emerald buat sempena Xplorasi PTAR 2013.

Haruslah excited tau. Baru plan nak beli hp baru. Cewaahhhh. Macam banyak duit kan. Nasib baik tak sempat pegi membazir. Hahaha.

Tak sangka menang sebenarnya sebab ramai kut yang join. Maybe I'm just the lucky one kan. :)

Alhamdulillah. Rezeki baby ni.

Sila abaikan muka yang sememeh tu. Hahahaha.

Read More ->>

Wednesday, December 18, 2013

Yeayy! Jumpa Anis Ayuni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam kak Anis Ayuni telah dijemput untuk mengisi salah satu slot untuk program anjuran PTAR. Sememangnya masa tengok tentatif tu rasa macam nak lompat bintang seratuskali. Hahahaha.

Rasa teruja sangat coz she's one of my favo novelis. Semalam me telah melengkapkan koleksi 11 buah novel nukilan kak Anis Ayuni. Hebat tak? hehe..

Ingat nak spent time kat booth kak Anis je semalam tau. Hahaha. Saja nak buat muka tak malu tapi kak Anis pulak ada sesi lain xkan me nak kacau pulak kan. :)

Tak sabar nak tunggu next novel pulak. Katanya cerita pasal doktor.

publish via blogger-droid

Read More ->>

Tuesday, December 17, 2013

Tips Hantaran Tunang dan Kahwin

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Hujung-hujung tahun ni pasti ramai yang nak bertunang or kahwin kan. Bagi pasangan yang masih tercari-cari barang untuk dijadikan hantaran, meh sini me nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh membantu anda. :)
Read More ->>

Sunday, December 15, 2013

Aeera Sayang Oyang


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


"Entah bila lagi saya dapat jumpa kamu.." kata atuk hari tu.

Sedih tau bila atuk cakap macam tu. Rasa macam nak nangis bila dengar. 

InsyaALLAH tahun depan kami balik lagi. Aeera masa tu dah boleh kenal orang. :) 

Aisya pun mesti excited jumpa oyang dia lagi nanti. :)

Aisya dan Aeera sayang oyang sangat-sangat. Nanti kami balik jumpa oyang ea. Tunggu tauuuu.
Read More ->>

Saturday, December 14, 2013

3 Bulan Sudah Aeera

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Alhamdulillah. Hari ni genap 3 bulan anak umi ni. Tak terasa masa berlalu. Semoga jadi anak yang solehah sayang. Umi, ayah dan kakak saaaaaaaaayang Aeera. :)







Next week masuk kerja sudah. Rasa cam tak semangat pulak nak tinggalkan anak-anak kat pengasuh.Huhuhu. Semoga ALLAH lindungi Aisya dan Aeera. Amin.
Read More ->>

Thursday, December 12, 2013

Contest Hijrahku

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sudikah anda berkongsi cerita anda atau kisah benar yg anda tahu?

 CONTEST BERMULA 3 DECEMBER 2013 
dan BERAKHIR PADA 13 JANUARI 2014
Antara hadiahnya ialah :

Wang tunai bernilai rm50 
    1 set drazma habbatussauda kapsul dan oil by Kak Yong bernilai RM56
    1 set kombo mashed potato dan cheezy sauce by Kak Yong bernilai RM21
Kasturi Emas by Hadina bernilai RM35
3 Topup kredit by Harnani bernilai RM30
1 Pashmina by Eleena bernilai RM35
1 Paisley Square Scarf  by Hannamaira bernilai RM30
2 Masker SAVEE by Syahoney bernilai RM10
3 Kerongsang esklusif by Eca bernilai RM30
1 Bibo Shawl MirrorbyMaera bernilai RM35
1 Wide Square Satin Hijab by MirrorbyMaera bernilai RM49
1 set Tasbih mutiara 99 biji by Jari Bulan bernilai RM80
1 Shower Gel Bidara by maeraismail.com bernilai RM19.90

Apa anda dapat sebagai contestant? 

PERTAMA, peluang memenangi hadiah!
KEDUA, setiap entry yang dihantar akan direpost kembali dalam blog www.maeraismail.com!


Moga apa yang kita kerjakan hari ini boleh memberikan manfaat kepada rakan muslim muslimat. InsyaAllah.


Terima kasih semua. Wassalam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MACAM MENARIK JE.. MACAM BEST JE..
HEHE... JANGAN MACAM JE TAPI MEH RAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN CONTEST NI..
DENGAN CONTEST NI KITA BUKAN SEKADAR BERCONTEST TAPI DALAM TAK SEDAR KITA TELAH BERKONGSI SATU KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN.. :) 

NAK JOIN? DAH BUAT ENTRY? JANGAN TINGGALKAN LINK URL ANDA DI SINI TAPI TINGGALKAN DI SINI ... 
Read More ->>

Wednesday, December 4, 2013

Senarai Pemenang 3rd GA Pearl by mOoN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Berakhir sudah episod pemilihan pemenang. Cek if ur name listed sebagai pemenang. :)


Pemenang 4 hadiah misteri


1 hadiah khas 


Tahniah buat para peserta yang bertuah.. Pada yang kurang berjaya, insyaALLAH akan ada lagi GA Pearl ni di masa akan datang.. :)

Bagi para pemenang, mohon emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke jaribulan@yahoo.com selewat-lewatnya esok sebelum tengah malam.  Kepada yang gagal berbuat demikian, hadiah anda akan diberikan kepada peserta bertuah yang lain. :)

Terima kasih sekali lagi pada mereka yang join dan support GA ni. 
Read More ->>

Saturday, November 30, 2013

3rd GA Pearl by mOoN di Tutup Dengan Rasminya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia




Dengan ini me mengumumkan bahawa 3rd GA Pearl by mOoN DI TUTUP! Terima kasih buat mereka, mereka dan mereka yang sempat join simple giveaway ni. Thanks jugak buat mereka, mereka dan mereka yang support me dalam penganjuran GA ni. Sayang korang ketats-ketats.. hehe..

InsyaALLAH jika ada kesempatan di masa akan datang, me akan kembali dengan giveaway yang sama sekali lagi. :)



Read More ->>

Mommycha 1st Giveaway

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semangat tau nak join GA ni. Tak sedar pun sok dah tarikh tutup. Nasib baik lah kotak memori ni still berfungsi even kadang-kadang tak beri kerjasama. Hukhuk.

Haaaa..ni banner penganjur contest.. :) 


Aisya dan Aeera..
Amanah terindah dari ALLAH..
Permata hati umi..
Mutiara hati ayah..
Sungguh kehadiran puteri-puteri ini menjadi penyeri keluarga kecil kita..
Read More ->>

Jom Menderma Bersama Nuffnang #NNForPH


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom..Jom.. Just follow the simple step. Login ke dalam akaun nuffnang. 

Klik je kat salah satu banner yang ada kat sebelah kiri atau kanan my nuffnang. 


Banner tu akan direct kan kita ke link Donation


Kita diberi 2 pilihan. Method 1 kita boleh menderma melalui pendapatan Nuffnang kita dan Method 2 pula menderma melalui akaun Paypal (jika pendapatan nuffnang kita tidak cukup).

1. Kita boleh pilih untuk menderma as anonymous. Just klik kat petak tu. Rendah diri gituu.. :)
2. Select amount yang kita nak dermakan. Serendah RM5.00 dan pilihan maksimum RM50.00. 
3. Just klik Donate.

Me pilih Method 1 tu jee.. :)
Dah habis akan keluar noti berjaya dalam petak kaler hijau macam ni.


Dan di page Earnings pun akan kuar 


Simple kan? Jom lah kita menderma. Biarpun sedikit namun besar maknanya bagi mereka yang memerlukan. 
Read More ->>

3rd GA Pearl by mOoN


*STICKY POST*
Sila tekan Backward untuk entry baru...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

BERITA BAIK PUNYA!!!!

GIVEAWAY PEARL by mOoN KEMBALI LAGI!


Syarat-Syarat penyertaan :

apa yang perlu anda buat :

1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,,
  • antara warna putihpeach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...

2. Letak banner kat atas dan linkkan ke entry ini...

3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...

4. Sila like  page Jari Bulan Shop (WAJIB)

4 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah.. :)

GiveAway ni akan berlangsung 8 hari sahaja bermula hari ini dan berakhir pada 30 November 2013. Tarikh GA tidak akan dipendekkan atau dilanjutkan.

tinggalkan link URL anda kat entry ni ea...:)
Read More ->>

Senarai Peserta 3rd GA Pearl by mOoN (UPDATE)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Antara peserta yang berjaya join GA kali ni.. 

  1. http://cinqleafclover.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  2. http://chinky-winky.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  3. http://simpledoubletriple.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  4. http://iniblogcontest.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  5. http://mimiaquamarine.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  6. http://blogibuhasif.blogspot.com/2013/11/ga3rd-ga-pearl-by-moon.html
  7. http://kesahceriterachenta.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  8. http://destiny1011.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  9. http://ilyamel.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  10. http://fizmi.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  11. http://queen-of-colors.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  12. http://heartstoryteller.blogspot.com/2013/11/ga-pearl-by-moon.html
  13. http://nanakimie.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  14. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon_9671.html
  15. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  16. http://hellomynameisnazira.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  17. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  18. http://formonestudent.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html
  19. http://imaginasictmah.blogspot.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html?m=1
  20. http://tengku-boyz.blogspot.com/2013/11/giveaway-pearl-by-moon.html

Setakat ni peserta-peserta yang dah join GA ni. Ada masa lagi until 11.59pm malam ni. Masih sempat siapa yang tak join lagi.. :)
Read More ->>

Wednesday, November 27, 2013

Pasangan Muda Akhirnya Bercerai

Suatu ketika dulu kita pernah digemparkan dengan pasangan remaja yang ingin berkahwin dalam usia muda. Namun beberapa hari sebelum genap usia perkahwinan setahun, pasangan Nor Fazira Saad (13) dan Mohd Fahmi Alias (20) disahkan bercerai talak tiga. Tidak mampu meneruskan ikatan perkahwinan kerana tidak sehaluan.

Usia masih terlalu muda untuk melalui ujian ni. Namun apapun alasannya, bertabahlah dik. bukan mudah menempuhi alam perkahwinan ni lebih lagi di usia muda. 

Tak ada pasangan yang berkahwin mahukan perkara seumpama itu terjadi dalam perkahwinan. Mungkin ALLAH telah tuliskan jalan yang lebih baik buat keduanya.

'Ya ALLAH restui hubungan kami. Semoga kami sentiasa berada dibawah lindungan kasih sayang-MU ya ALLAH. Amin'

Read More ->>

Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Read More ->>

Review : Marine Essence Bamboo Salt Set

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Malam ni nak buat review sikit pasal this set. Actually sebelum ni tak minat pun nak try set ni but after my sister beli, me pun join sekali guna. And guess what? Selepas consume this set me sangat-sangat berpuas hati. Wangi pun wangi. :)


Nourishing Body Wash


My sister yang lebih awal consume body wash ni kata kulit dia semakin lembut dan kesan hitam di celah badan (celah ketiak dan paha) semakin berkurangan. :) And YES! Me pun mengalami pengalaman yang sama. Best!!

Nourishing Shampoo


Sebelum ni macam-macam dah shampoo yang me guna and kesannya hanya dalam jangka masa pendek. Mungkin tak serasi dengan me but with this shampoo i love it so damn much. Ia mengurangkan rambut gugur dalam masa yang singkat. Rambut rasa lembut dan wangi. Kulit kepala pun rasa selesa. Takde dah rasa gatal-gatal. Serius best.

Dan yang best dan terbest produk ni PARABEN FREE! :) 


Read More ->>

Monday, November 18, 2013

Kejutan Penutup Akademi Fantasia 2013

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

FAIZUL JUARA AKADEMI FANTASIA 2013!!!! Finally....Yeayyyyy!! Ahahaha...

Me bukanlah tengok sangat AF 2013 ni. Hanya beberapa konsert jep yang me follow. Tu pun sebab kebetulan masih berjaga. Yang tengok mak jep. Hehehe.

Terkejut jap tadi coz tetiba Azhael pun ada rupanya ada AFMasuk ea.

Sebenarnya me dapat rasakan ada sedikit bias bila juri komen Azhael. As a judge boleh je if ada favo tapi jangan ketara sangat. Kan I dah cop bias. Orang lain me tak tau.

And me memang dah jangka yang Faizul akan jadi juara. Nothing impossible. Faizul nyanyi ok apa. I like the way he sing.

Tahniah Faizul!!

Semoga anda terus sukses di luar.

Tahniah juga pada semua pelajar Akademi Fantasia 2013.

Bye Akademi Fantasia 2013. Akan ada lagi ke AF ni tahun depan? Tunggu dan lihat...hehehe


















Like and support me at Jari Bulan Shop.


motif sangat pic bawah ni kan.. next entry..

Read More ->>

Saturday, November 16, 2013

Support Me Yaaa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Serius baru berkesempatan nak update. Sebenarnya banyak benda yang terjadi dalam bulan November ni but later me update satu persatu. For now, i need ur support. 

Like my page.. baru nak berjinak-jinak dengan dunia online business ni..


Apa yang ada dalam Jari Bulan Shop? Jemputlah jenguk.. :)

Akan ada promotion sempena pembukaan Jari Bulan Shop. Bila? Tungguuu.. Hehe. Thanks tau yang support. Appreciate sangat. 
Read More ->>

Saturday, November 2, 2013

Selamat Pagi Dunia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aeera bangun terus ajak borak. Kemain senyum pagi. Alhamdulillah. Sayang anak-anak umi.

Rindunya kat en.abg. Aisya n Aeera pun rindu kat ayah. Lambat lagi nak jumpa. Huhu.




Read More ->>

Saturday, October 26, 2013

Bila la Nak Pupus...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Korang geram or marah tak bila korang que punya lama tetiba bila sampai giliran korang tiba-tiba ada orang yang dengan rileks dan selamba potong que korang? Me memang geram sangat-sangat dengan spesies manusia macam ni.

Ceritanya hari ni me menghadiri bengkel 6 jam untuk ambil lesen memandu. Masa nak buat pembayaran tadi kena la ikut giliran kan? Tapi bila sampai giliran me ada sorang ahkak ni tiba-tiba masuk terus pegi ke kaunter bayaran. Pas tu boleh pulak dia tengok me dengan muka yang tak bersalah tu. Grrrrrrr.. memang geram sangat.

Ingat nak sound je. Bagi ceramah sivik sikit but malas arr nak argue ngan orang 'bijak' macam ni. Nasib baik sangat mood me hari ni ok.

If orang kurang upaya or warga emas me boleh consider lagi tapi ni mampu apa. Tengok kemain sihat je.

Bila la nak pupus sikap tak bertanggungjawab macam ni? Ni salah satu punca yang boleh bawa pada pergaduhan.

Jangan lupa, kadang-kadang isu yang kecik boleh membawa pada padah yang besar. Sama-sama kita beringat.

Read More ->>

Thursday, October 24, 2013

Favorite Menu Ketika Berpantang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke-40 me berpantang. Maknanya dah 40 hari jugak umur baby Aeera. :)

Lagi 4 hari nak habis pantang. Yes! Sukanya. Hehehe.

Selama berpantang ni, termasuk masa pantang bersalinkan Aisya dulu, menu yang me suka sangat is sup ayam. Ada orang kata tak boleh minum or makan something yang berair sebab nanti rahim kembang. Sejauh mana kebenarannya me tak tau but untuk ibu yang breastfeed memang perlu minum air yang banyak.

Hurm...

Sup ayam yang me suka tu tak perlu ditambah apa-apa rempah pun. Just ayam, halia, serai n garam. Itu jep. Lagi sedap if letak halia bebanyak.  Fuh! Berpeluh kaww. Baby pun tak kembung.

If dapat ayam kampung lagi best. Tak dapat nak bayangkan. Tapi sekarang ni ayam kampung agak susah nak cari. If ada pun mahal. Itu kata orang. Taktau la. Hehe.

Mak beli hari tu sekor ayam kampung hidup rm20. Agak mahal jugak kut. Hurm...~







Bila nak tidokan anak rasa cam ngantuk sangat tapi bila anak dah tido mata pulak takmo lelap. Adeii la mata. Ingat nak rehat jap.



p/s : ada sesiapa yang berminat nak beli tasbih mutiara tak? Boleh buat cenderamata utk marhabban majlis cukur jambul or apa2 majlis yang bersesuaian. If berminat wassap me yaa.. 019-5829302..

Read More ->>

Friday, October 18, 2013

Baru Nak KPP

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang tengah tunggu kelas KPP start. KPP tu apa? KPP stand for Kurikulum Pendidikan Pemandu.

Hokey. Hokey. Tau arr. Me ni dah nak tua baru nak amik lesen memandu. Sangat ohsem kan. Huhuhu. Jeles tau ngan uolls yang dah ada lesen. My adik2s semua dah ada lesen kecuali yang bongsu. Baru 14 tahun kot.

Actually dulu me dah penah nak lepas amik lesen ni but tetiba sekali eksiden bawa kereta macik trus trauma. Sebabnya sebelum eksiden tu ada sorang budak kecik lintas depan kereta. Nasib baik lah terbabas pas budak tu melintas. If tak xtau apa nak jadi. Huhu. Pas tu asyik terfikir 'apa akan jadi if budak tu tengah lintas tadi?' Adoi.. sebab tu asal pegang stereng kereta mesti gigil.

Try juga fikir positif but still tak boleh lupakan kejadian tu. Ni pun baru ada kekuatan sikit nak mula pegang kereta lagi. Untuk kebaikan diri dan keluarga kecik me. Hurmmm..

Hope dapatlah habiskan P sebelum balik semenanjung semula.

Anak-anak? Me minta tolong adik me jagakan kejap untuk hari ni. Hope Aisya & Aeera tak meragam arr. Thanks so much buat adik Maziah Mohamad Izzan sebab sudi tolong me. Huhu.

Adoi. Lambatnya nak start.

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in