Thursday, January 24, 2013

7 Bulan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Hari ni genap usia Aisya 7 bulan. Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana memanjangkan usia me untuk membesarkan Aisya. Melihat dia membesar di depan mata me adalah perkara yang amat bermakna buat me.
Sekarang ni Aisya dah banyak akal. Semakin aktif dan semakin nakal. Hehe. Dah pandai cari barang yang me sembunyi bawah bantal. Dah pandai kejut me if nak main tengah2 malam.
Tak nak duduk diam dah. Asyik nak main and gelak. Sangat-sangat terhibur dengan gelagat c kecik ni.
Kesian kat en.abg sebab terlepas banyak peluang melihat Aisya membesar. :'(
p/s : Salam Maulidur Rasul.. :)

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan