Saturday, January 12, 2013

# Malam Pertama Di Syurga

Golongan Yang Pertama Masuk Syurga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Manusia yang pertama masuk syurga adalah Rasulullah SAW, menyusul kemudian Abu Bakar Siddiq.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Kelompok pertama yang akan masuk syurga tanpa hisab berjumlah 70,000 orang. Mereka saling bergandingan tangan hingga masuk syurga semuanya. Wajah mereka seperti bulan purnama." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa mereka adalah orang yang tidak meruqyah (jampi yang berunsur syirik) dan tidak meminta diruqyah (dijampi), tidak melakukan tathayyur dan hanya bertawakkal kepada ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Adapun tiga orang yang pertama kali masuk syurga adalah syuhada, seorang hamba yang tidak disibukkan oleh dunia dan taat kepada Rabbnya, dan orang fakir yang memiliki tanggungan namun ia menjaga diri dari meminta-minta." (HR. Ahmad)

"Orang-orang yang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang-orang kaya kerana mereka tidak memiliki sesuatu untu dihisab. Selisih waktu antara keduanya adalah 40 tahun." (HR. Muslim)

Ibnu Qayyim di dalam kitabnya 'Hadiul Arwah' menyimpulkan bahawa tidak semua penduduk syurga yang pertama kali masuk syurga akan jadi lebih tinggi kedudukannya daripada orang terakhir. Boleh jadi yang terakhir kali mendapatkan darjat yang lebih agung, seperti orang kaya yang pandai bersyukur dan bertaqarrub kepada ALLAH dengan berbagai kebajikan dan sedekah. Ia lebih tinggi kedudukannya daripada orang fakir, kerana orang fakir tidak mampu berbuat sebagaimana yang diperbuat orang kaya tersebut.

sumber : Buku Malam Pertama Di Syurga

Wallahu' Alam.. Sharing is caring..

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan