Thursday, February 14, 2013

Aisya Sudah Pandai Merajuk

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nite semua warga dunia. Update cepat-cepat and ringkas seringkasnya malam ni. Update sementara Aisya tido. Heeee~

Aisya dah semakin, semakin dan semakin aktif. Takmo dipegang. Dia nak bebas jep. If dilarang mulalah nak jerit and merajuk. Hehehe.

Semalam Aisya nak panjat meja tv. Me amik dia and letak atas tilam. Pas tu dia gerak lagi. Kali ni nak panjat sofa lak. Me amik and letak lagi atas tilam. Dah start merengek. Me biar dia gerak lagi. Mula sepahkan barang-barang dalam raga kain pulak. Me dukung dia and cakap if gegel tak boleh sepah-sepah. Kena tolong umi kemas-kemas. Dia gelak jep but bila me letak atas tilam mula lah dia jerit. Kuat woooo dia jerit. Nyaring lak tu. Hehe.

Pastu tarik-tarik stokin. Tarik-tarik baju. Mula nak marah geram ngan umi dia ni. Bila me nak pujuk dia guling-guling p jauh dari me. Bila me dekat dia buat bunyi macam marah. Hehe. Me dekat lagi then dia guling lagi jauh. Terus me peluk and cium dia.

Bisik kat dia yang umi minta maaf. Bukan umi marah pun. Saja nak sakat Aisya. Dia diam jep pandang me. Macam faham lak apa yang umi dia cakap.

Lucu jep bila tengok Aisya dah pandai merajuk bagai. Bahagia sangat tengok perkembangan dia. Lagi 2 minggu nak masuk 8 bulan dah. Tak sedar sangat masa yang dah berlalu tu.

Terfikir kesiannya en.abg yang terlepas melihat perkembangan Aisya selama 7 bulan lebih ni.

Bilalah dapat pindah. Huhu

p/s : Tak dapat nak up pic Aisya lagi. Huhu

p/s/s : i don't think i'm needed here so please let me transfer.. :'(

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan